Mar
28th

HATI

Nah, ambil la benda ni. ..Apa ni?
Ini adalah hati…Hati aku…..

Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku….Kau lebih dari seorang kawan..
Terima kasih… . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke… tapi maaf….Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya…..Cuma sebahagian saja…

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga…..Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri…..Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya…
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya….Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. “Musuh”, mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu…..Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika… sehingga hatinya pulih seperti sediakala….Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah……..

sumijelly

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
28th

Kenali diri anda………

Adakah anda cukup mengenali diri anda sendiri? Ikutilah tips yang telah dibuat oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah melalui kajian beliau.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 23 Februari 1974 (23 02 1974)

Langkah 1:
Mula-mula lihat kotak pertama, iaitu 23. Tambahkan setiap angka, 2+3=5. Untuk kotak pertama nilainya adalah 5.

Langkah 2:
Kemudian campurkan kesemua angka yang ada,
2+3+0+2+1+9+ 7+4=28
Jika hasil lebih daripada 9, campurkan lagi angka-angkanya sehingga menjadi satu angka sahaja,
2+8=10

Jika hasil masih lebih daripada 9, campurkan lagi angka-angkanya sehingga menjadi satu angka sahaja,

1+0=1

Langkah 3:
Campurkan hasil dari Langkah 1 dan Langkah 3,
5+1=6
Langkah 4:
Selepas itu lihat jawapan di atas, maka jawapannya adalah…

5. Boleh Berbincang
1. Pemimpin
6. Angin

Maka anda sudah mencerminkan diri anda sendiri. Mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda tanpa diketahui dan mana tahu mungkin satu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi orang yang berguna…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
28th

tazkirah pagi ini………..

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM….

Ilmu utk dikongsi bersama :
Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang
sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallah
hi wabarakatuh”

Beri salam – assalamualaikum”
Jawab salam – “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim
salam assalamualaikum pada Anis ye” contoh lerr..
Bukannya : “Kirim salam kat Anis ye”

Dan bukannya ” Kirim salam maut” statement ini adalah berdosa, walaupun
sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: “Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”
Maksud singkatan ” A’kum”

Assalamu’alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan
perkataan “Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud
‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang
bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”, kita ingatkan
dia guna “Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
27th

cube cebut………..

catu cenje, ciput cia-cia came copot
cambil cari cengkerik. ciput
cuke cia-cia came copot cebab copot
cahabat ciput.

cemace ciput came copot cari cengkerik,
ciput cakcikan catu cahye
cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat
cerah campai ciput came
copot
cilau.

cahaye cerah cube culik copot. ciput
cangat cuak. ciput
cepat-cepat camba copot cebelum cehaye
cerah cempat culik copot.
copot
cangat cuak came. ciput came copot
cepat-cepat cari chelter cambil
cepat-cepat cembunyi.ciput came copot
cembunyi cenyap-cenyap cupaye
cahaye cerah cucah cari ciput came copot.

ciput cakap came copot, “chuuu…
chuuu… cenyap… cenyap
copot…”. copot cambung cakap, “copot
cudah cenyap… ciput cenyap
camelah…”.celepas cejam, cahaye cerah
cudah chow cebab cucah cari
ciput cape copot.

ciput came copot cangat cuke cebab
cahaye cerah cudah chow. copot
cenyum cambil cakap, “copot cayang ciput
cebab ciput celamatkan
copot…”. ciput cenyum cambil chow came
copot…
cekian…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
27th

LAWAK UNTUK HARI INI

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.

Si Alipun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!”

Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang.

He heee…”

Tok imam pun terkedu & terpana…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Mar
27th

Suami cerewet – lihat dari sudut positif

Sikap cerewet biasanya dikaitkan dengan wanita. Cerewet bab makan, penampilan mahupun kebersihan adalah paling sinonim dengannya. Malah kerana terlalu cerewet suami sendiripun naik rimas dibuatnya. Tapi jangan sangka sikap cerewet ini hanya ada pada wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan, malah kadang-kala tahap kecerewetan mereka lebih ‘parah’ daripada wanita.

Ada lelaki yang cerewet bab berpakaian, sebagai contoh pakaian mestilah sentiasa kemas, semua pakaian termasuk t-shirt perlu digosok. Tak kurang pula yang cerewet mengalahkan wanita tentang makanan. Tak boleh terlebih masin dan tak boleh terlebih manis, hidangan pula tak boleh sama setiap hari. Kalau tak kena dengan selera mulalah dikomen bermacam-macam hingga naik panas telinga dibuatnya.

Situasi ini mungkin dialami oleh sebahagian isteri di luar sana. Ada yang boleh bersabar dan mengikut saja tapi tak kurang juga yang memberontak sendiri dalam hati. Sekiranya inilah yang anda hadapi setiap hari, di sini disertakan tip terbaik buat anda berhadapan dengan kecerewetan sang suami.

Teliti tahap kecerewetannya

Tidak semua kecerewetan suami adalah perkara yang negatif. Sebagai contoh, apabila suami mengomel tentang urusan memasak tapi bersedia membantu anda di dapur. Maka hal ini mungkin tidak menjadi masalah buat anda.

Tetapi sekiranya suami asyik memberi komen tentang masakan anda tidak enak dan tidak kena dengan selera namum tidak pula mahu membantu, sudah pasti anda akan terasa hati. Sebagai isteri, komentar sebegini akan membuatkan anda merasa bahawa anda bukanlah isteri yang baik untuk suami anda.

Anda perlu tenang dan bijak dalam menghadapi sikap suami yang sebegini. Apapun bentuk kecerewetan pasangan, anda telah memilih dan menjadikannya pasangan hidup. Sekiranya sikap cerewet suami anda itu masih dalam tahap normal dan masih boleh anda tangani, maka tidak perlulah dibesarkan. Hadapi saja dengan sikap positif dan hati yang terbuka. Namum jika suami cerewet mula mengomel sesuatu yang pada akhirnya mengganggu kehidupan dan perasaan anda, maka situasi ini perlu dibincangkan sebaik-baiknya melalui jalaan perundingan. Cari jalan penyelesaiannya dengan cara meluahkan kepada suami bahawa anda hanyalah manusia yang tidak lepas dari kesalahan dan kekurangan. Sebagai pasangan, dia perlulah menerima segala kelebihan serta kekurangan anda.

Renungkan kata-kata suami

Sikap cerewet suami yang kadang-kala tentang hal remeh-temeh memang sesuatu yang menyebalkan tapi mahu tak mahu harus anda hadapi. Namun sekiranya anda sudah tidak tertahan menghadapinya dan sakit hati, cubalah untuk berdiam diri seketika dan renungkanlah kata-kata atau komen suami anda.

Mungkin disebalik komentarnya ada aspek positif yang cukup berguna buat anda. Cuma mungkin cara penyampaiannya saja yang kurang halus hingga mebuatkan anda menganggapnya terlalu cerewet.

Selain itu, anda mungkin juga boleh memandang bahawa komen suami itu perlu juga untuk mengingatkan anda terhadap hal-hal yang mungkin anda terlupa. Dalam pada itu, cubalah anda renungkan bahawa seburuk mana pun komen pasangan anda, percayalah bahawa dia sebenarnya tidak bermaksud menyakiti hati anda. Mungkin kadang-kadang anda tidak dapat terima dengan semua komennya.

Jika memang ada sikap cerewet suami yang menyakitkan dan dikomen dengan cara kasar, jelaskan bahawa anda tidak dpat menerima jika diperlakukan sebegitu. Tapi pastikan anda meluahkan perkara tersebut dengan cara yang tenang dan bukannya dalam keadaan marah dan emosi.

Kesan jika terlalu cerewet

Sekali-sekala suami bersikap cerewet mungkin boleh diterima tapi jangan lakukannya terus-menerus atau membabi buta. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang berat buat pasangan.

Isteri terutamanya yang tidak pandai meluahkan perasaan pasti akan makan hati dengan sikap suami begini. Sikap suami cerewet yang asyik dipendamkan dalam hati akan meletup jua, suatu hari nanti. Namun kesannya suami cerewet bukan hanya setakat itu saja, ia juga akan meberi kesan pada aspek lain dalam diri isteri seperti:

1. Hilang nafsu seks : Akibat terlalu sering dikomen, isteri mungkin akan berasa rendah diri hingga menjejaskan hasrat untuk brsama dengan suami di ranjang. Isteri akan hilang ghairah kerana berasa tidak setaraf dengan pasangannya.

2. Tertekan : Kata-kata suami yang merendahkan, sedikit sebanyak akan membuatkan isteri berasa tertekan. Seolah-olah segala apa yang dibuat serba tidak kena di mata suami. Isteri juga akan berasa keliru dan kesal.

3. Hilang keyakinan diri : Perasaan rendah diri sekali gus akan menyebabkan tahap keyakinan diri seseorang mula menghilang. Pasangan yang merasa terus-menerus dipersalahkan, dalam tahap yang lebih ekstrem dia kan merasa rendah diri. Tidak hanya di hadapan pasangannya, tapi juga dengan orang lain di persekitarannya.

4. Cemas dan takut : Sikap cerewet suami juga boleh menyebabkan isteri berasa takut-takut dan tidak tenteram. Sebagai contoh, jika suami cerewet bab kebersihan rumah, isteri mungkin akan berasa cemas tatkala suami berada di rumah. Cercaan, cemuhan dan omelan daripada pasangan seolah-olah nasib yang harus diterimanya.


Satu jenaka yang dipetik dari internet untuk mengatasi masalah suami cerewet:

To deal with the grumpy ones, sometimes this is the best remedy…


He didn’t like my pudding, and he didn’t like my cake,
My biscuits were too hard, not like his mother used to make.
I didn’t perk the coffee, and I didn’t make the stew,
I didn’t mend his socks like his mother used to do.


As I pondered for an answer, I was looking for a clue.
So I turned and boxed his ears, like his mother used to do.

(author unknown)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes