2008 June 06

Kempen pemakaian tali pinggang

On June 6, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Kempen pemakaian tali pinggang belakang bermula Jun hingga Ogos 2008.

Penumpang di tempat duduk belakang kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar akan hanya diberi nasihat dan amaran.

Mulai September 2008, penguatkuasaan peraturan bermula dan saman akan dikenakan kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan berkenaan, tetapi kadarnya belum ditetapkan kerana masih pada peringkat rundingan.

Bagi kes jika terdapat penumpang keempat pula, tindakan tidak akan diambil terhadap penumpang tersebut memandangkan hanya terdapat tiga set tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang.

Penguatkuasaan peraturan baru itu tidak tertakluk kepada kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 1995 dan kereta Perodua Kancil serta Kenari yang dikeluarkan pada pertengahan 1998 hingga 2004.

Pesanan Penaja
Pastikan anak anda memakai tali pinggang keledar dgn betul…bukan seperti di bawah:-

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...