2008 June 13

Selamat Hari Bapa…….

On June 13, 2008, in Hari-hari terpilih, by Sumijelly

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…..
hinggalah sekarang baru aku tersedar,
ia sudah melimpah ruah…….

kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah

abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah

Untukmu…….

On June 13, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Visual Poetry - ImageChef.com

Bila terlahir ke dunia,
suara tangisan nyaring,
dan di saat itulah,
kita melihat dunia,
menghirup nyamannya udara,
mendengar bisingnya dunia,
di mandikan,
di selimutkan,
di dodoi,
di sayangi dan di manjai,
bermula saat itu,
semakin lama mengenali dunia,
semakin itu memahaminya,
ini lah dunia,
ini lah penghuninya,
ini lah ragamnya,
bak kata pepatah,
bukanlah ianya manusia tanpa sengsara,
bukanlah ianya manusia tanpa cabaran kegetiran,
bukanlah ianya manusia tanpa dugaan,
kerana itulah hidup mesti di teruskan,
kerana kita patut bersyukur menjadi manusia…
di dalam penantian,
ada kebahagiaan,
di dalam kerinduan,
ada kebahagian,
di dalam dugaan,
tetap pasti ada kebahagiaan,
teruskan usaha,
pasti gembira dan bahagia akan terbina…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...