2008 August

Kegilaan di dalam dunia blog

On August 22, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, kali ini aku ingin berkongsi beberapa kegilaan yang wujud sama ada kita sedar atau pun tidak di dalam dunia blog yang semakin hari semakin mendapat perhatian di kalangan para ahli politik wang, artis, selebriti, personaliti, pelajar dan sesiapa sahaja. Pada pandangan saya, berikut adalah kegilaan yang wujud.

Gila spamblogger jenis ini memang suka melakukan aktiviti singgah dan pergi, send to all, forward to all dan berbagai-bagai cara lagi untuk mendapatkan perhatian secara paksa.

Gila trafik – blogger jenis ini terbahagi kepada dua iaitu sampah dan kualiti. Ini kerana ada blogger yang sukakan trafik dalam masa yang sama mengambil berat akan isi kandungan yang dihidangkan dan satu jenis lagi tulis je apa yang dia rasa boleh dapat trafik, kualiti posting belakang kira.

Gila duit – blogger jenis ini pula begitu aktif dan tekun menyertai pelbagai skim dan program yang boleh mendatang duit melalui blog. Impiannya cuma satu, mendapatkan seberapa banyak wang. Er..pembaca sila klik iklan di tepi tu ya. (contoh je ni)

Gila promote – blogger jenis ini pula banyak kita lihat berada di shoutbox dan di ruangan-ruangan komen. Ayatnya simple-simple sahaja yang penting ada tinggal jejak di situ dengan harapan ada orang perasan dan ingin menekan link yang ditinggalkan tersebut

Gila theme – blogger jenis ini amat rajin menjelajah ke setiap pelosok website dan blog semata-mata mencari wordpress theme yang diidam-idamkan dan mereka tidak pernah puas dengan theme yang dimiliki. Kesannya dapat dilihat apabila sesebuah blog tu menukar wordpress theme nya setiap 1 jam!

Gila posting – blogger jenis ini juga wujud dikalangan kita. Manakan tidak duduk dihadapan komputer dan menulis menulis dan menulis menulis dan publish. Siapa ada rekod peribadi posting entri blog lebih 50 kali sehari tanpa copy and paste?

Hm..perkataan gila tu rasanya agak kasar la pulak. OK saya tukar bukan gila tetapi Semangat. Er..ada lagi tak semangat-semangat lain yang saya tak sebut?

*dipetik dr http://vangardx.net/blog/kegilaan-di-dalam-dunia-blog/

Pantun Muncung

On August 22, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Pantun Muncung… . (lebih molek dibaca di hadapan cermin… pastikan mu membacanya dengan gaya dan intonasi yang betul… jangan nak tipu aaa… )

Du’u tugu kucung burluru,
Munu nuk sumu su kucung bulung,
Du’u tugu buluh ku curu
Munu nuk sumu cuk uduk surung.

Gunung du’uk burcubung tugu,
Huncur budun du kundung tunuh,
Budu yung bu’uk dukunung jugu,
Du’u tugu kucung burluru.

Bu’uh cumpuduk du luur pugur
Umbul guluh tulung julukkun,
Humbu buduk buru burlujur,
Kulu suluh tulung tunjukkun.

Pusung umus dubuwu burluyur
Musuk subujuk du utus putu,
Hutung umus buluh dubuyur,
Hutung budu du buwu mutu…

Suku’un turumu kusuh…

Cerita bermula dari huruf K

On August 21, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, “Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam… kenapa?” Ketam kata,
“Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!”

Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, “Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?”
Ketam ketawa, “Kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih.. Kuh..kuh..kuh. .kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? ”

Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?”
Ketam kata, “Kelakar.”
“Kelakar ke kurang-ajar? ” kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketok kepala ketam kuat kadar kilat.

“kelekuk ! kepala Ketam kebengongan kerana kena ketukan Kodok.
Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketok kepalaku? Kan kesakitan.” Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepalanya kena ketok.

P/S:
Kalau kiranya korang kerja, kembali KERJA!

Hari yang suram……

On August 19, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Sabtu [16.08.08]

Tetiba bunyi SMS masuk……
tgk Jam kul 6.50pagi….sapa lak htr pepagi nie……
dari adik aku…..
msg nya bertulis begini :

“Abg apiz merangkap kwn abg yg keje kat TV3 tu,
laki kak ida, ayah kpd Balqis dan Tisha — meninggal dunia
maghbrib smlm.sesak nafas sakit dada.
pertanyaan lanjut tepon abg.
mak ayah follow sekali abg g melaka.tq”

Innalilah-e-wa-inallahai rajioon.

errrk………….aku blur tetiba…..
terkejut, terkedu, terperanjat…….
sumer ada…….

selepas trima SMS tu, ayah aku cal sampai 3 kali…
tp aku x angkat pun……..
KAGET…….itu yg mampu ku nyatakan……
kali ke-4, aku telefon kembali ayah aku……
tp…yang keluar hanya la esakan dari aku……
aku hiba…..hingga menitiskan air mata……
x terkata, x tercakap……

kenapa aku nangis?? dia bukan sedara aku!!
bukan adik beradik aku!! SALAH……..
walaupun dia bukan sedara aku……tp sedara seislam…….
mana mungkin aku leh lupakan nya…….
Abang APIS ngan Kak IDA……
anak2 nya…..mak aku yang jaga…….dr kecil sampai besar…..
cuma bila dia mengandung tuk kali ke-3, dia x htr lagi anak2nya….
sbb…..dia dh ambik orang gaji…..dan x mahu menyusahkan mak aku….
tp…….anak2 nya………dah macam ank buah aku…..

sebelum aku kawen lagi, aku juga turut menjaga mereka…..
yang sulung baru 6 tahun, kedua baru 4 tahun dan yang bongsu baru nak masuk 2 tahun…….
apa la yang mereka mengerti………
aku terfikirkan mereka yang masih kecil……..
tapi suadah menjadi anak yatim……..
kerana kehilangan seorang AYAH tercinta……

(maaf….aku terlalu sedih lagi)
bagaimana la KAK IDA akan mengharungi kehidupan nya…..
kerana kematian suaminya begitu pantas sekali….
dalam usia 34tahun……dia telah dijemput ILAHI…….
aku cuba bayangkan jika aku berada ditempatnya…….
mampukah aku untuk mengharunginya……
bisakah aku untuk menjalani kehidupan yang selama ini
diterangi oleh 2 orang…….sekarang……
hanya seorang sahaja yang akan menerangi kehidupan ini….

(aku menangis lagi……….)
susah tuk ku nyatakan perasaan aku…..
apa yang aku harapkan….
hanyala KETABAHAN dari dirinya……
semoga dia mampu untuk melayari kehidupan
dengan TABAH dan CEKAL…..

untuk abang APIZ….
AL-Fatihah yang mampu ku hulurkan dari jauh….
semoga ALLAH menempatkan beliau dengan orang2 yang beriman…….dan dicucuri rahmat…
AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...