2008 August

My Lunch for Today 15.08.08

On August 15, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

hehehe…….
sebelum tulih……..gelak dulu……..
sbb………nanti korang sure gelakkan aku dulu…
baik aku gelakkan diri aku sendiri…….
kehkehkeh……
nak-nak pulak si lip ngan lily………
confirm gelak punya……..

hari nie……jumaat, lunch kan lama……
macam nak makan benda yang best….
maklum la…lagi 2 minggu nak poser…….
aku ajak member opis aku…….
kan ramai pun, ajak sorang jer……..
g makan kat PIZZA HUT………

terasa lak nak makan pizza…….
g ler makan kat The Mall…….
korang jangan x tahu…..
aku berdua, tapi kami order tuk 3 org makan…..
nak merasa pizza ngan spaggethi punya pasal la ni,……


ni pizza perasa Chili Chiken Lemon


ni pulak pizza perasa Tuna Chiken

ni lak Speggethi meat ball…….

air lak.jgn cakap la 3 gelas…..


sup lak sampai 3 cawan…….

ni jer roti yg sempat aku snap……
yg lain dh bedal dulu….

perghhhhhh………
kenyang giler aku makan………
kawan aku pun x dpt habiskan makanan tu,……..
aku la yg bedal….
kehkehkeh………

x per la……..next month tahan selera la….
maklum la……dh poser…..
hehehe…….

arr…tu sure tgh gelakkan aku kan……
hampeh la korang….
gelak……gelak……
apa pun………enjoy my lunch……..
peace………

Jeruk dah mai!!!!

On August 13, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

hehehe…….sonoknya…….
JERUK yang aku order dah sampai…..
thankkkkkkk youuuuuuu LILO…..
cayunk LILO……………..

JERUK dari PENANG yek….
bukan sebarang JERUK nie……
jauh datangnya…..
berbatu-batu.
kalau nak g beli pun, ambik masa berjam2…..
tapi kawan aku sorang nie jerla yang rajin…..

THANKS yek LILO…
next time leh ler order lagi….
k la…..
nak menjamah jeruk pulak….
Layanzzzzzzz……………….

40 minggu nan indah

On August 13, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

40 minggu nan indah bukan sekadar kompilasi bahan daripada Pa&Ma yang telah diterbitkan. Sebaliknya buku ini adalah rangkuman dan tambahan daripada banyak sumber lain yang terbaik. Semua yang ada di dalam buku ini adalah dipetik daripada sumber yang sahih dan boleh dijadikan panduan. Tetapi anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar yang bertauliah terlebih dahulu.

40 minggu nan indah adalah hadiah untuk semua pembaca yang selama ini telah begitu setia bersama Pa&Ma. Penerbitan buku seumpama ini adalah langkah pertama yang bakal diikuti dengan penerbitan yang seterusnya. Semoga para pembaca sekalian dapat memanfaatkan buku ini sebaik mungkin.

Jadi, jangan ketinggalan dapatkan catatan lengkap sepanjang kehamilan dan kelahiran ini dengan harga RM8.90 sahaja. 12 muka surat Diari Kehamilan juga percuma untuk anda.

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...