2008 October 30

x der kerja, cari kerja…..

On October 30, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Ni la kerjanya kalu orang x der kerja kan??kan??
Ada ker aku yang chantik, lawa, cerdik, ni kene TAG……??
aku pun x tau mana la datang perkataan TAG nie…..
aku ingat name TAg ker, TAG Touch N Go ker…..
rupanya TAG soklan……
ceh………hampes……hampes…….

Nah la……aku jawab la……
walaupun ada yang aku tak jawab….
hahahaha…nasibla……..

THE SELF
[01] Real name: Norsuhaila Binti Mahdi
[02] Nickname: Sumi, Sue, Suhaila
[03] Married: Dah kawen pun, anak nakmasuk 3 dah
[04] Gender: Perempuan la…dah ada binti…..
[05] High School: SM (P) Bandaraya, Key Ell
[06] College: kalu setakat jejak kaki jer boleh kira x??
[07] Height: 161 cm (had minimun ketinggian peramugari)
[08] Weight: 56kg (sbb aku tgh pregnant la….)
[09] Do you like yourself: definitely yezzz
[10] Piercings: ada, tp masa dolu-dolu skrg lobang dh tutup la…….
[11] Right or left: dua-dua belah la
[12] Are you a freak : iyerla kot……
[13] Hair: kejap keringting, kejap lurus (maklum la guna teknik rebonding)
[14] Skin: sawo matang yg gebu……(kehkehkeh)
[15] Allergic: aku alah pada…….orang…….(hahahaha)
[16] What are you doing now: ni buat menatang nie la…membazir jer masa aku……
[17] What will you doing 1 hour later: lor…baru lepas makan jamuan raya tadi…(raya dah habis ker??)
[18] What will you doing 10 years later: duk umah jaga anak aku yang sedang membesar…….hahahahah

THE FAMILY
[19] Live with mother/father/parents: oit,………dah kawen, duk ngan laki la…
[20] Siblings(included you): 4
[21] Eldest: adik aku la…..
[22] Youngest: abang aku la…….
[23] Love/hate your family: gila apa kalu benci….meatil asayang oit………

THE LOVE <—-ini soklan aku x reti nak jawab yek…….muahahaha
[24] You found your another half: (^^,)
[25] If yes, who is he/she: (^^,)
[26] If no, who you want he/she to be: (^^,)
[27] Time(s) you in relationship: (^^,)
[28] Ever woo boy/girl: (^^,)
[29] Anyone woo you before: (^^,)
[30] Did anything wrong to your other half: (^^,)
[31] What was/were the wrong you had done: (^^,)
[32] Ever argue with your other half: (^^,)
[33] You with your other half since: (^^,)
[34] Are you straight/Lesbo: (^^,)
[35] Reasons you love your other half: (^^,)
[36] You and your other half in which stage: (^^,)
[37] You woo he/she or he/she woo you: (^^,)
[38] Ever think of marry he/she: (^^,)

THE FRIENDS
[39] Your first best friend: x bley tulis.nanti ada yang kecik hati….muahahaha
[40] Your first enemy: ni pun sama…….nanti susah hati…..muahahahaha
[41] The friends you love the most: pun x leh nak tulih, nanti ramai yg terasa hati…….muahahaha
[42] The enemy you hate the most: ni pun x leh nak tulih………..takut ada yang pedih hati ..muahahaha
[43] Your most beautiful girl friend: chantik ker derang?? chantik lagi aku kot……muahahaha
[44] Your most handsome boy friend: entah la..x pasan lak derang tu hensem ker tidak……….hahahaha
[45] The kind of girl you hate the most: x der jenis la….kalu aku rasa x suker, x suker la……
[46] The kind of boy you hate the most: ni pun sama jer…..kalu rasa x suker, x suker la…hahahaha
[47] You fall in love with your close friend before: emmm…….ada la kot…..(kot jerla…….hahahaha)
[48] Your best friend is your ex-lover: x la, kalu leh nak buang nun jejjjjjaaaaaauuuhhhhh…….hahahaha
[49] If your friend backstabbing you: entah, aku dh lupa..sbb lama x kena tikam….hahahaha
[50] If your friend betray you: nipun dh x ingat, sbb dh lama x kene khianat…..hahahaha
[51] If your friend woo your lover: aku x paham la sok lan nie……
[52] If your friends fall in love with you: ee….mana leh, aku ni bini orang daaaaa……….
[53] If you fall in love with your best friend: x akan dan x mungkin, sbb aku kan isteri solehah……hahaha

THE STUDIES
[54] Are you a good student: baik sangat, samapi chekgu pun x terlayan..hahahah
[55] You always done your homeworks/assignments: mestila siap, sbb aku just copy paste jer…..hahaha
[56] The teacher/tutor you love the most: hahaha….tu kene tanya chekgu aku la……
[57] Always late to school/college: pecah rekod tu…………..
58] Your class: 5A5
59] You love your seniors: eeee……x layan
[60] Senior who you love the most: ramai la juga, sbb ramai nak jadi kakak angkat aku kan….
[61] Your classmates good/bad: campur2 la…..mana ada yg baik aja kan??kan??…….
[62] Excellent result classmate: entah..x ingatla..
[63] Laziest classmate: mana la nak ingat……

THE PEOPLE
[64] Smart people: yg pakai kemas2 kot…. hahahaha
[65] Stupid people: yg bodoh la ……
[66] Good looking people: emmmmmmm……….
[67] Ugly people: alien………hahaha
[68] Funny people: yang tetiba wat lawak la……..
[69] Cute people: anak-anak aku la……
[70] Bad people: yang selalu polis kejar tu la…….
[71] Honest people: yang suker tolong menolong sesama manusia…….
[72] Acting people: carila dalam TV tu, berlambak ada…….
[73] You are what kind of people: sumer ada………hahahaha

THE PREFER
[74] Lip or eyes: emmmmm…………
[75] Hugs or kisses: emmmmm…………
[76] Shorter or taller: emmmmm…………
[77] Hesitant or spontaneous: emmmmm…………
[78] Nice stomach or nice arms: emmmmm…………
[79] Listener or talker: emmmmm…………
[80] Romantic or rich: emmmmm…………
[81] Good wife or Good mum: emmmmm…………

THE FUTURE
[82] Age to get marry: 4 tahun yang lepas la……
[83] Numbers of kid(s): beranak jerla selagi leh beranak……
[84] Career: yang leh menapung kos kehidupan aku dah la….
[85] Salary: tengok keadaan, kalu kerajaan nak bagi lebey aku ambik jer, janji jgn kurang..hahaha
[86] Retirement age: tengaok la mana yang sempat……
[87] Properties value: sumer pun bernilai…..
[88] Wishes: semoga sapa yg jawab soklan ni dapatla menjawabnya……hahaha

THE VICTIMS
[89] ?Ayu?
[90] ?Tulip?
[91] ?Lily?
[92] ?Cicak?
[93] ?Kantoi?
[93] ?Nuyul?
[93] ?Anis?

dntah apa2 la aku jawab…
lantak pi la….
janjji berisi…….
hahahaha……
Adios ……………..

P/S : nah ambik arr bali TAG ko nie Mila……..x koser u………

Mewah Bahasa: 'Nak buat report kopek hilang'

On October 30, 2008, in Mewah Bahasa, by Sumijelly

Mewah Bahasa: ‘Nak buat report kopek hilang’

DUA gadis bersahabat baik dari Ipoh, Perak, Leeya dan Zoera, pergi melancong ke Perlis Indera Kayangan. Sedang mereka bersiar-siar di Kangar, tiba-tiba mereka berdua ditegur oleh seorang lelaki pertengahan umur.

Lelaki: Cik adik! Kopek jatuh!

Leeya berbisik kepada Zoera: Kurang ajar betoi orang tua tu… gatai! Aku dah pakai saiz yang betoi tadi, baru beli pulak tu.

Mereka berdua terus berjalan laju meninggalkan tempat itu. Lelaki itu juga kelihatan cuba mengekori mereka.

Lelaki: Ooi!, tunggu sat! Kopek ni, …tak mau ka?

Leeya: Jom cepat Zoera, orang gila agaknya tu. Dahlah cakap bukan-bukan, dia kejar kita pulak tu.

Selepas beberapa ketika lelaki terbabit tidak mengekori mereka lagi. Kedua-dua gadis terbabit singgah di sebuah gerai. Di gerai berkenaan, Leeya mendapati dompetnya hilang. Mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan di balai polis.

Leeya: Saya nak buat report, beg duit saya hilang, sekali dengan lesen, kad ATM dan MyKad. Tak taulah, kena copet ke? Atau jatuh masa berjalan tadi.

Polis: Nak buat report kopek hilanglah ni ya?! Cik isi borang ni. Lain kali pegang elok-elok, kalau tak pun, bagi orang lain pegang.

Leeya: Maaf encik, encik kata apa tadi?

Polis: Saya kata tadi, kalau tak boleh jaga, bagilah orang lain pegang kopek tu. Biar dia yang simpan.

Leeya berbisik kepada Zoera: Pak Cik Polis ni pun sama. Tak padan dengan dah tua, nak menggatal lagi. Ada yang kena pelempang karang ni.

Zoera: Bagilah pelempang tu, tapi kalau kaumasuk lokap, aku tak nak jamin.

Setelah selesai mengisi borang, Leeya menyerahkannya kepada anggota polis yang bertugas itu dengan diiringi jelingan geram.

Polis: Oo! Ni Cik Leeya binti Azhar ya?! Tadi ada orang dah jumpa dan serah pada kami. Ni ha kopek Cik Leeya. (Sambil mengunjukkan dompet).

Leeya: Laa! Kopek tu dompet ke? Ingatkan benda tu tadi. Patutlah tadi ada orang terjerit-jerit sebut benda tu. Ingatkan orang gatal nak mengurat. Kesian abang bermisai tebal yang kejar kita tu tadi kan Zoera. Menyesal pula rasanya.

Kopek membawa tiga makna mengikut kawasan dan konteks penggunaan. Pertama bermaksud dompet duit atau uncang menyimpan duit. Penggunaan untuk maksud ini meluas di kawasan utara Semenanjung Malaysia yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Yang kedua pula bermaksud payu dara. Bagi maksud ini, ia digunakan secara meluas di negeri lain terutama Perak (kecuali Perak Utara) dan Kelantan. Dalam situasi formal dan dalam bentuk persuratan formal, perkataan ini tidak digunakan. Perkataan ini juga membawa makna ‘mengupas’, iaitu seperti mengupas kulit buah-buahan.

Nota kaki:
Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

Dipetik dari Berita Harian : 30 October 2008 (Khamis)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...