2008 November 19

Benci nya!!!!!!!!!!!!!!!

On November 19, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Argghhhhhhhhhhh………………
Tension nya aku rasa…………
kenapa baru terjadi!!!!!!!!
waaaaaaaaaa………………. :cry: aku nak nangesssss!!!!!!

HP

tgk……tgk…………………
apa nampak….
ader jalur gemilang jer yang aku nampak!!!!!!
mana la nak cari HP pengganti lak ni!!!…….
!&@#$#@!%^&%^%%$$!@##

Disebabkan aku x nampak paparan di SCREEN HP aku….
maka dengan ini…..
aku war-warkan pada kengkawan aku…….
mulai saat ini, ketika ini, waktu ini, masa ini la kan……..
jangan la sesekali hantar melalui SMS @ miss call………
aku x akan nampak apa2 pun…….
setakat bunyi jerla aku leh dengar………..

tapi kalu di opis……insya allah….
aku leh balas SMS dan tgk MISS CALL……
sbb ada ‘cable’ yang menyambungkan ker komputer…
kene la terima kasih pada NOKIA PC SUITE nie…..
dalam keadaan macam nie…….
dapat jua meringankan beban aku…….
hahahahaa…………….

JADI………….

PADA SUMER SEKELIAN,
JANGAN LA CUBA-CUBA NAK HANTAR SMS……
AKU X NAMPAK APA-APA PUN………….
MISS CALL PUN X LEH…….
NAK CALL, CALL TERUS…………..
waaaarrrgggggggg………………….

Wonder Pets lagi ker??

On November 19, 2008, in Anak-anak, by Sumijelly

Wonder pets…. wonder pets…….
kami datang membantu anak haiwan dalam kesusahan….
kami tak besar…….
dan kami tak kuat…….
Bila bekerjasmaa semua jadi mudah……..
Hey……wonder pets….
yeahhh!!!!!!!

Hik….hik………
2 entri sebelom nie aku letak tajuk wonder pets jer…..
huhuhuhu…..
aku sebenarnya x berapa pasan pun citer nie….
bila dah berborak ngan kawan group Ibu nie………
tetiba tertarik nak cari citer Wonder Pets ni…….
pernah gak dengar si Danial nyanyi…
tp x berapa ambik port sgt…….
rupanya citer nie dh pemes……
huhuhu (aku jer yg ketinggalan rupanya)…….

so….aku pun ter’tengok’ la citer nie…….
TV9, walaupun arial umah aku x berapa clear…….
(maklum la astro dh x der…..)
anak aku punya la suker bila bab nyanyi….
bila aku tukar channel lain, siap cakap….
“lom habis lagi la ibu”………..
so, terpaksa la ngadap sampai 1/2 jam….

emm……not bad gak citer nie…..
leh la di tonton oleh kanak-kanak selain citer Mickey Mouse…….
si Iskandar pun dah pandai……..
tapi dia hanya pandai bab bila sebut ”Yeaaaahhhhhh” jer……
yang lain x der bunyik pun…..
huhuhuhuhu……

skrg aku dh download lagu Wonder Pets tu masuk dlm hp aku…
siap wat SMS ring tone lagik…….
saja jer……….
tp bila dengar lagu tu, si Danial sure nyanyi….
kehkehkeh………..

apa-apa pun………
siaran kanak kalau kita perhatikan..
memang mengajar kanak-kanak bercakap, menyanyi dan berlakon…..
x caya, cuba letak anak depan TV…
pergh……kalu tgk tu……mcm pepaham jer…..
hehehehe………

sekian jerla komen aku wat takat nie…
kang kalu ada yang best leh la tambah lagi…….

Apa yang penting……
Kerjasama…….
Apa yang penting………
Kerjasama………….

Struktur episod – Wonder Pets

On November 19, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Struktur episod

Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.

Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:

Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris
Linny: “Telefon, telefon berbunyi!”
Ming-Ming: “Telefon, kami datang!”
Tuck: “Telefon, telefon berbunyi!”
Linny: “Ada haiwan dalam bahaya…”
Ming-Ming: “Ada haiwan dalam bahaya…”
Tuck: “Ada haiwan dalam bahaya di sana!”
Linny: “The phone, the phone is ringing!”
Ming-Ming: “The phone, we’ll be wight theowe!”
Tuck: “The phone, the phone is ringing!”
Linny: “There’s an animal in trouble…”
Ming-Ming: “There’s an animal in twouble…”
Tuck: “There’s an animal in trouble somewhere!”
Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:
Tuck: “Itu anak [haiwan]
[Dalam bahaya tertentu.]”
Ming-Ming: “Ini serius!”
Tuck: “Mesti tolong dia”
Linny: “Selamatkan [haiwan]!”
Semua: “Selamatkan [haiwan]!”
Tuck: “A baby [animal]
[In the specific peril.]”
Ming-Ming: “This is se-wious!”
Tuck: “We have to help him/her”
Linny: “Let’s save the [animal]!”
Semua: “Let’s save the [animal]!”
Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “Dan Ming-Ming juga!”
Semua: “Wonder Pets datang membantu!”
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “And Ming-Ming, too!”
Semua: “We’re Wonder Pets and we’ll help you!”
Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama “Flyboat” dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!”
Ming-Ming: “Kami tak besar,”
Tuck: “Dan kami tak kuat,”
Semua: “Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!”
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! We’re on our way
To help a baby [animal] and save the day!”
Ming-Ming: “We’re not too big,”
Tuck: “And we’re not too tough,”
Semua: “But when we work together we’ve got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!”
Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, “Ini serius!” (bahasa Inggeris: “This is se-wious!”) Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi:
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “Dan Ming-Ming juga.”
Semua: “Wonder Pets datang membantu!”
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “And Ming-Ming, too.”
Semua: “We’re Wonder Pets and we’ll help you!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan”
Ming-Ming: “Kami tak besar,”
Tuck: “Dan kami tak kuat,”
Semua: “Bila bekerjasama, semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!”
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! We found a way
To help the baby [animal] and save the day!”
Ming-Ming: “We’re not too big,”
Tuck: “And we’re not too tough,”
Semua: “But when we work together we’ve got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!”
Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juha. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan.

Wonder Pets

On November 19, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos, 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O’Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul “The New Adventures of Linny the Guinea Pig,” di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Pets sahaja.

Gaya animasi yang dipakai dalam pembikinan Wonder Pets bergelar “photo-puppetry”, yang mana para animator boleh memanipulasi gambar foto haiwan sebenar. Teknik ini juga menggunakan lukisan objek-objek (bukan watak), jadi hasilnya boleh dikatakan berupa animasi media campuran.

Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod.[1] Untuk melengkapkans setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.[2]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...