2008 November

Struktur episod – Wonder Pets

On November 19, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Struktur episod

Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.

Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:

Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris
Linny: “Telefon, telefon berbunyi!”
Ming-Ming: “Telefon, kami datang!”
Tuck: “Telefon, telefon berbunyi!”
Linny: “Ada haiwan dalam bahaya…”
Ming-Ming: “Ada haiwan dalam bahaya…”
Tuck: “Ada haiwan dalam bahaya di sana!”
Linny: “The phone, the phone is ringing!”
Ming-Ming: “The phone, we’ll be wight theowe!”
Tuck: “The phone, the phone is ringing!”
Linny: “There’s an animal in trouble…”
Ming-Ming: “There’s an animal in twouble…”
Tuck: “There’s an animal in trouble somewhere!”
Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:
Tuck: “Itu anak [haiwan]
[Dalam bahaya tertentu.]”
Ming-Ming: “Ini serius!”
Tuck: “Mesti tolong dia”
Linny: “Selamatkan [haiwan]!”
Semua: “Selamatkan [haiwan]!”
Tuck: “A baby [animal]
[In the specific peril.]”
Ming-Ming: “This is se-wious!”
Tuck: “We have to help him/her”
Linny: “Let’s save the [animal]!”
Semua: “Let’s save the [animal]!”
Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “Dan Ming-Ming juga!”
Semua: “Wonder Pets datang membantu!”
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “And Ming-Ming, too!”
Semua: “We’re Wonder Pets and we’ll help you!”
Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama “Flyboat” dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!”
Ming-Ming: “Kami tak besar,”
Tuck: “Dan kami tak kuat,”
Semua: “Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!”
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! We’re on our way
To help a baby [animal] and save the day!”
Ming-Ming: “We’re not too big,”
Tuck: “And we’re not too tough,”
Semua: “But when we work together we’ve got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!”
Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, “Ini serius!” (bahasa Inggeris: “This is se-wious!”) Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi:
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “Dan Ming-Ming juga.”
Semua: “Wonder Pets datang membantu!”
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “Apa yang penting?”
Semua: “Kerjasama!”
Linny: “Linny,”
Tuck: “Tuck,”
Ming-Ming: “And Ming-Ming, too.”
Semua: “We’re Wonder Pets and we’ll help you!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Linny: “What’s gonna work?”
Semua: “Teamwork!”
Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan”
Ming-Ming: “Kami tak besar,”
Tuck: “Dan kami tak kuat,”
Semua: “Bila bekerjasama, semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!”
Semua: “Wonder Pets! Wonder Pets! We found a way
To help the baby [animal] and save the day!”
Ming-Ming: “We’re not too big,”
Tuck: “And we’re not too tough,”
Semua: “But when we work together we’ve got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!”
Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juha. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan.

Wonder Pets

On November 19, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos, 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O’Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul “The New Adventures of Linny the Guinea Pig,” di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Pets sahaja.

Gaya animasi yang dipakai dalam pembikinan Wonder Pets bergelar “photo-puppetry”, yang mana para animator boleh memanipulasi gambar foto haiwan sebenar. Teknik ini juga menggunakan lukisan objek-objek (bukan watak), jadi hasilnya boleh dikatakan berupa animasi media campuran.

Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod.[1] Untuk melengkapkans setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.[2]

Basikal baru telah tiba!!!

On November 14, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Huhuhu………..pejam celik, pejam celik….
rupanya umur si kecik tu dh nak masuk 1 tahun 9 bulan….
ini bermakna lagi 2 bulan Iskandar akan mencapai 2 tahun….
then, aku baru perasan, si kecik ni x pernah pun memiliki mainan sendiri…..
BASIKAL…………

so, semalam aku g check up…
setelah berbincang dengan suami aku….
kami mengambil kata sepakat, untuk membelikan sebuah basikal……
basikal yang akan mendorong dia lebih diri dihargai…(cewah!!)
sebenarnya…aku baru perasan,……
si Iskandar nie aku x pernah ajar dia mengayuh seperti abang dia….
dulu si Danial, rasanya umur dia 1 tahun aku dah belikan ….
dan nampaknya perkembangan mengendlaikan basikal amatla memuaskan….
kiranya cepat belajar la………

Jadi merasakan ada sesuatu kekurangan pada pembelajaran…..
maka semalam aku meng’hadiah’kan anak aku
sebuah BASIKAL……..

Basikal

aku harap Iskandar dapatla belajar mengayuh….
buat masa ini, basikal tu leh main kat dalam umah jerla dulu…..
nanti rasa dah stabil membawa nya……leh la main kat luar lak……
hehehe…………

Is 1

seronok tengok gelagat anak aku bila dapat basikal……
si abang lak sibuk sahaja mengekori adiknya……
biasalah…..tanda-tanda cemburu kerana si adik dapat basikal baru……..

Orang yang meng'TAG' aku adalah MILA

On November 12, 2008, in Suka-suka, Tagging, by Sumijelly

Ishk…ishk……
aku kene la jugak siap kan TAG lagi sorang nie…..

Sekarang , nak selesaikan misi dr Cik Mila la pulak…..
hampes tul la anak dara nie….
siap ko lepaih nie…….

1. Take a recent picture of yourself
2. Dont change clothes. Just take ur picture.
3. Post that picture with NO EDITING
4. Post this inscruction with ur picture
5. Tag 10 people to do this.

My Picture
(ni gambar selepas makan tengahari…..burpppp…..kenyang tu…..kehkehkeh)

hanya tinggal nak mencari pemangsa jer…..
ada ker orang nak jadi mangsa nie…….
emm…..rasanya……ambik 2 orang jerla at the moment…
jeng.jeng…….jeng…..
orang nyer adalah….

1. Atiela
2. julie

Hambik ko………so.korang telah di TAG….
muahahahaaaaaaaaaaaaaa………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...