2008 November

Aku di TAG lagi oleh ATIELA!!!!!!!!!!

On November 12, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Wa…….wa……..dunia ini amatlah tidak adil…….
adakah aku di TAG seramai (ramai ker??) dua olang……
ini dua olang arr…..x da kerja meh….
kerja dia meng’TAG’ olang aja…..
apa hingat aku nie x der kerja meh…….
sebaik time lunch,……
leh la wat…….

siap korang……

sekarang aku wat olang yang bernama ATIELA dulu….
sesedap kuih karipap jer meng’TAG’ aku…….
so ATIELA ini lah jawapan pada TAG anda…….
(siap ko!!!!)

Kiranya ku mampu:

1.Mahu miliki apa??
2.Alasan mahu memilikinya ??
3.Bagaimana untuk mencapainya??

1. Rumah
alasan: sebab ia adalah tempat aku ngan keluarga aku yang akan bertambah nie (maklum la nak masuk yang ke-tiga) haa……atiela, ko mesti x tau kan akak tgh pregnant kan…muahahahaha……

bagaimana: ala senang jer……suh la suami belikan…….sebab akak memang x mampukan…so..suami jer mampu….akak just masuk umah baru jerla…… muahahahahaha……

2. Kereta
alasan: ishk.ishk…..kenderaan ini amatlah diperlukan…..sebab kan.kalu x der kereta kan…macam mana la nak sampai opis, g kedai, g hantar anak ke taska…… nak pulak aku nie jenis x reti naik bas….. rasa-rasaya dah 4 tahun x pernah naik bas… agak-agak ingat lagi ker cara-cara nak naik bas…… muahahahaha……….

bagaimana: la……senang jer nak memilikinya……disebabkan akak memang x der kereta….entah cam ner, bila kawen dapat lak suami yang ada kereta….kira impian dah terlaksanalakan… (leh x jawab macam tu) muahahahahaaaaaaaaa…………

3. kamera DSLR yang terkini
alasan: hohohohoo………..ini memang nak aku kejar sangat. Sejak norfa bawa balik camera kawan dia kan (habisla aku snap gambar anak aku yang hensem tu jer sejak dapat kamera tu), so…..ini adalah impian yng perlu aku laksanakan….. nak jugak camera tu..sebab rasanya pueh hati dengan hasil kerja dr isi perut camera tu…

bagaimana: oh…..ini kene la kumpul sendirla kan…… x main la mintak2 kat suami lagi….. x adventure la….. so, nampaknya kene la mintak RM200 kat norfa….sbb nak suh dia yang beli kan…….nanti leh la akak pinjam……. then x perlu pinjam kawan dia punyer lagi…..muahahahaha (ini di kira impian jugak…..)

4. Komputer (sy nak laptop pulak, pc dh ada kat umah) yang hebat.
alasan: supaya leh la mengedit gambar dan men’download’ sumer software bagaimana nak meng’edit’ gambar dengan begitu chantik……..

bagaimana: laaaa……..senang aja…….sekarang ada dah PC kat umah, norfa ada lap top kat umah, so…tunggu norfa beli lap top baru, lao top lama kasi sama aku la….(ni pun kira angan-angan gak tau) muahahahahah

Saya ingin miliki semua yang saya sebut diatas.
alasan: supaya hidup aku lebih terasa kerana kesudian adik ku yang sudi memberikan aku camera DSRL dan lap top dia. manakala umah dan kereta perlu di ucapkan terima kasih x terhingga pada suami tercinta……… muaaaaaaaahhhhhhhhhhhh……….

bagaimana: mauahahaha………akak hanya perlu menuggu masa dan waktu nya tiba sahaja…..hahahahaha
~!! chayok2~!!

So..atiela….. selesai sudah TAG ko, akak laksanakan…..
so….baper credit ko nak bagi nie??
muahahahahaaaaaaaaa………………

Tinta: Kemelut rumah tangga

On November 11, 2008, in Surat Khabar, by Sumijelly

Tinta: Kemelut rumah tangga

Oleh Fadzlena Jafar
fadzlena@bharian.com.my

Setiap masalah perlu diselesaikan melalui perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian

SEPANJANG minggu lalu, kemelut rumah tangga beberapa pasangan selebriti menjadi tajuk perbualan hangat masyarakat sehingga menjadi pilihan muka depan akhbar tempatan. Tetapi, berita yang paling menyentap emosi masyarakat, tentunya berita tangkap khalwat pelakon berstatus suami dengan seorang pelakon muda, apatah pula ketika itu si isteri yang juga pelakon terkenal masih lagi berpantang selepas melahirkan anak ketiganya.

Sana-sini masyarakat menghentam si gadis yang dikatakan menjadi punca kepada keretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Malah, si suami turut dihentam hebat berikutan adegan drama yang dilakukan sebelum itu terutama apabila menafikan gosip cinta tiga seginya dengan pelakon yang seksi itu.

Malah, sehingga ke hari ini, masyarakat masih lagi memberi tumpuan kepada kemelut rumah tangga berkenaan dan ramai yang ingin tahu penyudah kepada adegan drama itu. Adakah bakal berakhir dengan perceraian atau mungkinkah si isteri akan menerima nasib malang apabila si suami mengambil keputusan untuk berkahwin dengan teman wanitanya demi menjaga maruah gadis berkenaan?

Hakikatnya, rumah tangga mana yang tidak berantakan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ada kalanya punca yang menjadi masalah itu begitu kecil, tetapi tiada perbincangan antara kedua-dua belah pihak boleh menyebabkan masalah yang kecil menjadi besar.

Lebih-lebih lagi jika ada pula orang ketiga yang mencelah dalam keadaan bergelora itu. Daripada pasangan yang bergaduh itu boleh berbaik kembali, kehadiran orang ketiga mengeruhkan suasana apabila si suami merasakan dirinya lebih dihargai orang lain daripada isteri sendiri.

Justeru, tiada kesungguhan daripada dirinya untuk menjernihkan masalah kerana berasakan lebih selesa apabila berada di samping si teman baru itu. Maklum hubungan orang bercinta tidak sama dengan hubungan suami isteri yang terpaksa berkongsi tanggungjawab, apatah pula apabila sudah beranak-pinak.

Malah, kenyataan si suami bahawa kehadiran gadis berkenaan dalam hidupnya sedikit sebanyak memberi ketenangan terutama apabila berhadapan dengan masalah rumah tangga, sebenarnya dialog biasa yang sudah sering kali diungkapkan lelaki lain apabila berhadapan masalah sama, walaupun situasi berbeza.

Orang kata bila bercinta semuanya indah belaka, kata-kata dan layanan teman baru itu dilihat lebih baik daripada si isteri. Pendek kata, ketika itu teman baru itu jauh lebih baik daripada isteri yang terpaksa melakukan kerja rumah dan menjaga anak daripada pagi hari hingga ke tengah malam.

Semua pengorbanan isteri yang mengabadikan diri untuk kesenangan keluarganya dipandang sepi, sebaliknya perbuatan isteri yang sering membebel kerana kepenatan menguruskan rumah tangga, dianggap memualkan. Isteri mana yang tidak membebel jika suami selalu balik lambat dan tidak mengendahkan rumah tangga khususnya anak yang masih kecil.

Bagi kebanyakan lelaki, status suami bagaikan memberi lesen bagi mereka melakukan apa saja yang diimpikan dan menyerahkan tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan anak-anak sepenuhnya kepada isteri. Mereka boleh pergi memancing setiap malam, atau berkaraoke dengan rakan atau minum di kedai kopi sehingga lewat pagi, hanya kerana mereka adalah suami.

Apa yang mereka tahu, tugas isteri ialah menjaga anak dan menyediakan keperluan suami termasuk pakaian dan makan minum. Ringkasnya, apabila balik ke rumah, makanan sudah siap dihidangkan dan baju sudah siap digosok. Masalah lain khususnya berkaitan anak, tidak perlu ambil tahu asalkan mereka sudah memberikan wang untuk urusan rumah.

Lelaki perlu sedar, sebagai ketua keluarga, mereka adalah khalifah kecil yang memimpin keluarganya ke jalan yang diredai. Tanggungjawab sebagai suami begitu besar bukan sekadar memberikan wang untuk keperluan keluarga, sebaliknya mereka perlu memastikan segala keperluan rumah termasuk perkembangan anak dipantau sepenuhnya.

Tindakan keluar dari rumah atau melarikan diri kononnya untuk mencari ketenangan bukan jalan terbaik, sebaliknya anda hanya akan menimbulkan pelbagai masalah lain seperti apa yang sudah berlaku kepada pasangan selebriti yang sedang hangat diperkatakan.

Cara terbaik, hadapi masalah dengan bijak dan jangan lari daripada masalah. Perbincangan dihadiri orang lain khususnya yang mempunyai latar belakang agama dapat mungkin dapat merungkaikan masalah di hadapi. Kepada pasangan yang menghadapi kemelut rumah tangga, apabila berkahwin tumpuan kita ialah untuk membina keluarga yang bahagia hingga ke anak cucu, bukan keluarga yang berantakan hanya kerana ingin memuaskan hati sendiri. – fadzlena@bharian.com.my

Artikel dari : BERITA HARIAN (11/11/2008)

Abby tidak rela bermadu

On November 6, 2008, in Surat Khabar, by Sumijelly

Abby tidak rela bermadu

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Suasana dramatik pelakon ini nekad menuntut cerai daripada Norman di saksikan wartawan dan krew penggambaran drama Gerak Khas

“CERAIKAN saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga,” jerit Abby dalam nada tegas penuh emosi kepada Norman Hakim sewaktu mencelah temu bual yang dilakukan sekumpulan pihak media di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju pada 3 November lalu.

Bagaimanapun, Norman cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dan berlalu seketika daripada penglihatan rakan media, tanpa berkata apa-apa. Cukup dramatik sekali melihat adegan yang membabitkan mereka ini, apatah lagi Abby secara tegas mempersoalkan apakah hubungan yang terjalin antara Norman dengan Memey? Tidak berjawab, soalan itu terus tergantung dan meninggalkan tanda tanya.

Ironinya, lokasi penggambaran drama ini juga menjadi saksi di mana Abby menuntut cerai kepada Norman Hakim pada dua tahun lalu. Bezanya waktu itu ia berlaku di Jalan Chow Kit menjadi lokasinya dan terbaru pada 3 November lalu di Wangsa Maju.

Penggambaran drama ini juga terganggu seketika gara-gara ‘ketegangan’ yang tidak disangka-sangka ini.

Bagaikan melihat adegan drama sebenarnya melihat watak realiti yang dipegang Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 30, begitu nekad untuk menuntut perceraian buat kali keduanya terhadap si suami bernama Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 32. Pasangan ini pernah dilanda badai gara-gara wujud orang ketiga hingga terjadi kes perceraian singkat pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin. Bagaimanapun mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006.

ABBY dan Norman dikerumuni wartawan yang ingin mengetahui kisah mereka.

Tetapi kali ini, Abby sudah nekad ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan perceraiannya. Bagaimanapun, ia gagal kerana Abby perlu mendapatkan beberapa salinan dokumen dan maklumat berkaitan suaminya.

Menurut Abby, hasratnya untuk menuntut cerai sudah dimaklumkan kepada Norman. Atas alasan untuk mempercepatkan urusan perceraiannya, Abby tanpa teragak-agak bergegas menemui Norman di lokasi penggambaran Gerak Khas.

“Memang sudah lama berniat untuk menuntut cerai kerana sudah terlalu lama saya menunggu dan terus menunggu. Saya sudah tidak nampak ruang terus memperbetulkan keadaan yang sedia keruh. Keadaan yang membuatkan saya buat begini.

“Usaha saya kali ini gagal kerana dokumen membabitkan dia (Norman) belum lengkap. Saya hanya perlu kerjasama dia untuk memudahkan hal ini. Ingatkan mudah nak uruskan hal ini, nampaknya banyak yang perlu dilakukan dulu,” kata Abby yang hadir seorang diri tanpa ditemani siapa-siapa.

YUSOF HASLAM menasihati Abby.

Kata Abby lagi, anak-anak masih terlalu muda untuk diperjelaskan situasi ini.

Mengenai kehadirannya menemani Norman sebagai tanda sokongan sewaktu kes penangkapan khalwat Norman dan Memey pada 30 Oktober lalu, Abby berkata, dia berasa ralat apabila Norman meminta bantuannya untuk menyelamatkannya dan Memey pada masa yang sama, hingga menimbulkan rasa sangsi Abby terhadap suaminya.

Dia mengakui menghubungi Memey dan ia bersambut. Dalam nada tegas, Abby bersedia bersemuka dengan gadis yang dikaitkan Norman itu.

Katanya lagi, jika benar gosip bertiup kencang mengatakan suaminya dan Memey sudah berkahwin, dia tidak rela untuk dimadukan.

“Saya masih boleh terima kalau dia (Norman) meminta untuk saya menyelamatkan dirinya. Yang pelik, dia meminta saya menyelamatkan Memey juga dan saya rasa macam ada sesuatu antara mereka.

“Saya pun tak sangka dia (Memey) akan mengangkat panggilan telefon yang saya buat. Cara jawabnya memang sangat menyakitkan hati apabila diingat kembali. Dia boleh cakap apa yang sudah terjadi itu sudah terjadi. Jika saya berada di tempat dia sekalipun, saya mungkin tidak angkat mengangkat panggilan itu.

“Tidak timbul soal bermadu di sini, kerana saya memang sudah nekad untuk bercerai dengannya. Kalau mereka kahwin sekalipun, saya akan pastikan yang saya bukan madu dia (Memey),” ungkap Abby yang bersedia untuk bertemu Memey biarpun hakikatnya dia jelek melihat pelakon baru itu.

Menurut Abby lagi, dia rasa tidak mungkin Norman akan datang merayu kepadanya lagi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka seperti perceraian yang terdahulu. Kata Abby, sayangnya masih ada kepada Norman, cuma dia bimbang kasih sayang itu terus dipersiakan kembali.

Gugurnya air mata Norman

Ketika hadir di lokasi penggambaran drama Gerak Khas dengan membawa borang permohonan perceraiannya, kelihatan Abby cuba menepis tangan Norman yang mahu memegangnya. Suasana agak tegang tetapi kedua-duanya masih dapat berbincang secara baik. Sesekali terjatuh air mata Norman mengenangkan hala tuju rumah tangganya.

Memahami keadaan ini, ‘aksi’ mereka dibiarkan oleh media dan jurukamera yang hadir supaya kedua-duanya dapat berbincang secara baik di sudut lain.

Menurut Norman, dia bersedia memberi kerjasama kepada Abby memenuhi hasratnya untuk bercerai. Bagaimanapun dalam nada sedih, dia tetap berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

“Saya akan pertahankan rumah tangga kami demi anak-anak. Anak-anak harta dunia akhirat saya. Saya terima dengan reda setiap dugaan dan cabaran (termasuk merujuk kepada kes penangkapan khalwatnya dengan Memey) ini, sama ada ia dirancang atau sebaliknya. Setiap hari, saya berdoa semoga diberi petunjuk.

“Saya sedih sangat jika rumah tangga kami berakhir dengan perceraian. Dalam apa juga situasi dan keadaan, banyak hati yang perlu saya jaga. Abby masih isteri saya yang sah,” kata Norman yang bersedia untuk mendengar nasihat mana-mana pihak termasuklah pihak wartawan.

Norman juga sanggup menghadiri sebarang rundingan kaunseling jika ia menjadi alternatif terbaik untuk meredakan ‘masalah’nya dengan Abby.

Ditanya mengenai Memey, Norman seperti kenyataannya sebelum ini menafikan sebarang hubungan cinta terjalin antara mereka. Dia mengaku menyuruh Memey supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan dan bercanggah.

“Jika dia (Memey) bukan artis, mungkin ia tidak seteruk sekarang. Dia masih naif. Dia masih ada ibu bapa,” kata Norman sebelum Abby mencelah hingga tercetusnya kisah seperti di atas.

Berbuih bagi nasihat

Hip juga mendapatkan komen Datuk Yusof Haslam mengenai kisah Abby dan Norman yang kebetulan berada di tempat kejadian. Menurut pengarah tersohor ini, mereka perlu tenang berdepan dan menangani situasi yang sedang dihadapi mereka.

Katanya, bukan tidak beliau menasihati mereka, sebaliknya sebagai orang yang lebih tua, sudah berbuih mulutnya memberi kata nasihat.

“Saya harap mereka akan menyelesaikan masalah ini dengan baik. Apa sekalipun yang bakal berlaku, ia adalah satu proses kehidupan. Biarpun hal ini bersifat peribadi, ia juga membabitkan imej drama kepolisian yang dilakonkannya kini,” katanya ringkas.

Sempat menenangkan dan memahami keadaan Abby yang cukup bercampur baur, Yusof memberitahu Abby supaya membuat keputusan dan bertindak secara rasional. Katanya kepada Abby, berilah masa kepada Norman untuk membuat keputusan berhubungan isu perceraian ini dan yang paling penting, fikirkanlah soal ketiga-tiga anak mereka iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha Hakim.

dipetik dari : BERITA HARIAN

Welcome NEW BABY GIRL!!!!

On November 6, 2008, in Belum ditentukan lagi, by Sumijelly

Salam, hehehe……..
jangan ingat aku dah bersalin…
baru jer post entry semalam yang kandungan aku nak masuk 6 bulan
x kan la aku dah bersalin kot……….
hehehehe…….

Ni kawan aku punya baby………
Kawan aku semasa aku kerja kat Kementerian, Putrajaya…
TAHNIAH pada Sulfaziatul kerana sudah menjadi seorang IBU!!!
“Ibu…….ibu….ko la ratu hatiku…….”
ewah…ewah….menyanyi la pulak aku yek…….
hikhikhik…….

Ini la permata hati Sulfaziatul yang pertama

Baby sulfaziatul

Nama : Nur Fyra Irfya Bt Mohd Ilham
Tarikh dilahirkan : 16 Oktober 2008
Berat : 3.3kg
Umur : baru 22 hari
Kegemaran : Menyusu, menangis, tido dan jaga….. kehkehkeh…..

Ibu dan anak
ni mama nya…….hehehehe

linda & yatt
baby dengan aunty Linda dan aunty Yatt

Aku lum ada kesempatan lagi nak menjenguk dia lagi…..
insya allah, ada masa aku datang la yek……..

Sekali lagi aku ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT BERPANTANG…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...