2009 February

Apakah itu G6PD??

On February 18, 2009, in Others, by Sumijelly

Ingat kah entry hari tu……
pasal aku kata, aku nie pembawa G6PD……??
so..kat sini aku masukkan entry penyakit tu….
x der la banyak info…..
just nak share ngan u all makna dan kesan jer…

Penyakit nie x berbahaya…
dan selalu nya penyakit keturunan….
so…… untuk keterangan lanjut, better u all tanya kat spital @ klinik..
kang aku bg tau info salah kang, memandai2 jer kan..
so…better pergi rujuk pada yang pakar yek…….

Apakah itu G6PD??

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.

Penting

Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD hendaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan “rantai perubatan” yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.

P/s : sekarang nie kat umah, ubat gegat, spray2 yg berbagai jenis, dan segala yg x leh digunakan kene sorokkan….sbb tkt dijumpai dek anak2 susah pulak… kacang parang pun x leh makan tau…..huhuhuh..kene la pantau kalu g umah orang….

Persiapan kelengkapan bersalin

On February 16, 2009, in Baby, It's Me!!, Kehamilan, by Sumijelly

huhuhu….. skrg nie aku dh masuk 37 minggu…….
bermakna aku ada lagi 3 minggu lagi…
itu kalu ikut due date aku 12.03.2009 la….
watnyer bersalin awal……. habis la aku…

so……weekend hari tu…
aku wat persiapan kelengkapan bersalin…….
menyediakan barang-barang yang perlu di bawa ke spital…
biar la sediakan awal2….. nanti x la kelam kabut….

memandangkan ini anak aku yang ke-3…
maka persiapan tu x der la berlebih2 pun…….
kebanyakkan aku gunakan barang Danial dan Iskandar….

pakaian baby

(ni pakaian asalnya dari Danial…so kira turun temurun la yek….)


Pampers

(ni kene la beli baru..mana leh pakai yg lama…..hehehe)


Meternity pad

(ni musti bawa……spital jarang sediakan yek….)


barang 1

(oh..keperluan yg amat penting..penjagaan diri ku….)


bra maternity

(ha…yang nie mesti la ada…senang nak susukan baby…. 2-2 anak, aku bagi FRESH MILK.. no tepung, tepung yek…..)


seperti sebelum-belumnya….
jikalau aku bersalin, aku pasti akan duk lama kat spital….
sbb aku adalah pembawa G6PD….
tau ker korang apa tu G6PD??
Masalah dengan enzim darah merah (G6PD) atau
bahasa omputihnya Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency
nak ku huraikan ……
adess…nanti panjang lak entry nie…
nanti la…..aku try cari makna, simptom dan ubatnya yek…..

Pati ikan haruan

(ni elok tuk ibu-ibu yang baru pas bersalin..keperluan nie)


sekarang,………barang2 sumer dh standby.
dah ku masukkan ke dalam bonet kete…
so……sekarang..hanya tunggu masa tuk bersalin jer..
hopefully sumer mudah dan selamat……
doakan aku yek kengkawan……

Beg + pampers

so..barang sumer dah siap…..
aku hanya tunggu masa aja…….

Time for kerja sekolah……

On February 16, 2009, in Anak-anak, Tadika, by Sumijelly

Selalunya kalu cuti jer…..
cikgu PASTI sure kasi kerja sekolah……
selalunya x banyak…….
unless kalu cuti tu lama….
setakat sabtu ngan ahad…
cikgu bagi satu jer buku latihan….

jawi

nak menyuruh wat kerja sekolah…
Ya Allah…..kemain susah ko…..
pueh aku suruh……..
x nak la, x moh la….
kang kalu suh wat petang2 kang….
aku lak nak duk kat depan taman…..
malam kang, sure la dh ngantuk….

Jawi 1

maka……pagi ahad tu, aku paksa gak suh wat….
dengan muker bangun tido….
aku suh wat gak…..
kali nie buku latihan JAWI…
menulis dan mem’bulat’ kan huruf BA
hehehe………….

Jawi 23

Ikan yang x berwarna….

On February 16, 2009, in Anak-anak, Tadika, by Sumijelly

lakaran ikan

huhuhuu………
tgk la ikan anak aku nie……..
cikgu suh kaler……
tapi x serupa kaler pun……
setakat conteng cikit-cikit jer…..

Danial……danial…
cam ner la ko kat PASTI….
mesti x wat kerja sekolah kan??
sebab, kalu bab kaler anak aku nie mesti berdolak dalih…
penat la, nak tido la, nak milo la….

tapi cuba aku suh g main basikal kat luar….
semua tu leh dilupakan..
cergas dan cerdas lagik…..
hahahahaha…………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...