2009 June

Website currently unavailable

On June 30, 2009, in Anak-anak, Blog, by admin

baru aku teringat…
Chicky Club KFC anak aku x update alamat…
ialah…sejak rumah baru nie sumer alamat surat menyurat kene tukar..
aku pun lupa aku punya surat apa yg nak kene tukar..

web KFC

bila teringat anak aku nyer keahlian kene update..
konon nak masuk laman web nya..
sekali tengah dalam proses pengubahsuaian la pulak..
nampaknya kene g mana2 outlet KFC la pulak..

kalu dh g KFC, kene la makan KFC..
kan dah kene kuar duit lebey….
x pepasal kene makan KFC la pulak……… :-)

The Mouth of Truth…

On June 29, 2009, in Blog, It's Me!!, by admin

hehehe…….
tadi lunch g la makan kat The Mall….
nunnnnn jauh kat atas…

time turun nak balik opis…
terjumpa la pulak The Mouth of Truth
tingat la pulak time sekolah dulu2…
rajin gak masuk kan duit kat mulut mesin nie….

Mesin tu la

kuar resit tang bawah tu…
ni la result aku…

resit 1

- Your often prefer quantity to quality
- You don’t like other to rush you
- You are deeply mystical and intuitive by nature
- You are sometimes over idealistic and you should learn to be more cautious to avoid disappointment
- You are inclined to brood and so pass the day whitout getting anything done
- You tend to dissipate your energy and lose the concentration you need to think effectively

resit 2

Life – 9 star
Love – 3 star
Luck – 6 star
Health – 4 star
Sex – 9 star

hehehe………leh percaya ker ngan kata2 itu…
ala….untuk suker2 apa salahnya..
habis RM0.40 aku mesin nie telan…
hehehehe……….

PANDUAN : Breast Pump

On June 26, 2009, in Blog, It's Me!!, Panduan, by admin

wah…wah..wah…
aku ni kan..bagi info x lengkap sungguh…
mcm tu la kalu buat entry x ada persediaan…
sepatutnya bagi la detail cikit kan..
ni x…bagi cikit2 jer…
maaf la yek…

ni nak kongsi la sikit…
pengalaman memerah susu @ pam susu…
aku dah praktikkan masa anak pertama dahulu, Danial..
masa Danial 2 bulan aku dah start kerja..
masa tu kakak ipar aku yg suh pam..
maklum la anak pertama, mana la nak reti kan..

aku berjaya mengepam susu sehingga anak aku berusia 6 bulan.
tapi masa tu terlalu naif sikit..
x reti nak cari panduan mcm mana nak pam..

aku guna la pam PUREEN tapi yang manual

breast pump basic

memang letih giler ar aku mengepam nya…
letih arr jugak..
tapi berjaya la pam susu gak..
masa tu aku ada la campur susu bdan ngan tepung..
time tu Danial minum susu lactogen..

bila anak kedua..
aku mengeluh kat my IR..
penat la pam guna pam tu..
aku suh la IR aku belikan Pam jenis lain..
tapi pureen gak yang aku suh cari..
maybe aku rasa murah cikit kot…

pureen baterry

bila Iskandar lahir aku berjaya gak memerah susu sehingga 6 bulan..
tapi kali ni memang aku x campur susu tepung..
FULLY susu badan… setiap kali balik kerja..
sure pass susu badan kat pengasuh..
kali nie aku guna yang leh pakai baterry @ letrik..
letrik aku guna soket charger nokia yang lubang tebal cikit…

kali nie bila aku dah bersalin yang ketiga..
cousin aku Ayu yang introduce mesin nie kat aku..
dia kata senang cikit kalu pakai 2 pump sekali..

pump

aku memula cuak gak nak pakai…
tapi bila dengar keberkesanan cara dia mengepam..
alhamdulilah..sekarang stock susu aku dah banyak..
kalau ku tahu.. masa pantang tu hari aku pam bebanyak…

mesin spectra

mesin pump

tapi tu la..kalu orang x guide kita, memang kita x tahu..
dengan itu aku suker kongsi ilmu dan panduan pada orang lain..
sekurang-2 nya bakal2 ibu lebih bersedia..

seelok-2 nya…kalu nak mengepam..
makan mesti la teratur..
jangan la makan banyak… makan secukupnya, tapi kerap..
contoh mcm makan nestum, buat milo, makan biskut, roti..
atau apa2 kudapan la…

kendian pam susu setiap 2-3 jam..
contohnya :
6.30 pagi (sebelum pergi kerja)
9.00 pagi (selepas makan pagi)
1.00 petang (sebelum makan tengahari)
4.30 petang (selepas makan tengahari)
7.00 malam (selepas pulang kerja)
11.00 malam (sebelum tido)

tu hanya la contoh…
depend pada seseorang…
kalu ras anak banyak lagi susu…
waktu pagi antara kul 1.00 pg – 5.00 pg pun boleh..
tapi aku x leh bukak mata la pulak pepagi..
maka aku selalu buat bila bangun pagi..
sebelum bersiap nak ke kerja..

sebab klau betul2 ikut rutin tu, x mustahil leh dapat 21 oz kan??
aku rasa maybe leh dapat lagi lebih adalah…
betul…bila aku buat mcm tu… aku berjaya pam 1 hari sebanyak 21oz..
kalu x ikut waktu boleh la dapat dalam 16 oz…

bila rutin tu dah kita buat selalu..
insya allah susu secara automatik akan mengalir…
nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

terpulangla pada hak memasing…
bagaimana nak mengepam, cara nak mengepam, bila nak mengepam
asalkan tidak memberi kesan pada kerja dan orang sekeliling
so..aku harap dengan panduan ini..
korang dapatla serba sedikit tips untuk sendiri atau kengkawan..

terima kasih kerana sudi membaca entry aku yang panjang lebar..
insya allah…
andai ada tambahan info akan aku selitkan…

PANDUAN : Stock susu badan

On June 24, 2009, in It's Me!!, Panduan, by admin

ehehehe…hari tu dah buat Panduan Bedung ngan Pakai Lampin kan..
kali nie nak buat panduan tuk stock susu badan..
selalunya selepas bersalin..
sesuai tuk ibuk-ibu yang bekerja…

betul..mcm aku la.. sehingga sekarang masih lagi menyusu badan..
dah hampir 4 bulan Zulfadhli x pernah campur susu lagi..
still menyusu badan tapi melalui botol la…

seelok-eloknya… simpan stock susu sebulan sebelum bekerja..
aku patutnya buat macam tu…
tapi x der orang nak bg guideline so..terbazir masa lak..
sebaik ada sepupu aku bg tau..
dia suh aku perah susu kat opis setiap 2 jam sekali..

kalu ikut kan pengalaman terdahulu..
aku selalu perah bila rasa susu dh penuh …
tapi sebenarnya salah cara aku..
patutnya 2 jam sekali kene perah
umpama kita tgh menyusukan anak setiap 2 jam..

x caya..?? korang try la buat pada yang nak memulakan penyusuan badan…
memula memang dapat sikit..
lelama setelah mengikut peraturan dan waktu..
aku berjaya mendapat bejalan susu sekurang2nya 16oz tuk sehari..
dan pernah paling sedikit 10 oz dan paling banyak 21oz..

beg susu

beg susu 1

aku selalu simpan dalam PLASTIK atau TUPPERWARE kecil..
sebaik kat opis ada peti ais…
sekurang2nya dapat gak aku simpan selepas perah…
selalunya aku perah kat surau
sebab situ ada sinki tuk aku cuci peralatan memerah…

botol

kalu ingin menambah bekalan susu untuk anak :-

1) sebaik2 nya buat sebulan sebelum kerja
2) buat sekurang-2nya setiap 2 jam, paling lambat 3 jam
3) walaupun mendapat susu yang sedikit x mengapa sekurang2nya ada jua bekalan untuk anak..
4) aku x pernah pantang makan, sumer makan..tapi kerap dan selalu..
(kiranya atas meja aku sure ada kudapan)

stock susu

itu ajalah panduan yang aku boleh kongsi bersama…
kalu korang rasa ada yang lain tuk tambahan…
korang leh bagi maklum balas di bahagian ‘comment’ yek…

stock susu 1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...