2009 June 08

Erra tempuh pengalaman berharga

On June 8, 2009, in Media Hiburan, Surat Khabar, by Sumijelly

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

BELUM pernah ada dalam sejarah penerbitan tempatan, kehidupan artis wanita popular yang baru bergelar ibu dirakamkan dan disiarkan untuk tatapan umum.

Apabila Fazira Wan Chek (Erra Fazira), 35, membenarkan kehidupan sehariannya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan anak sulungnya, Engku Aleesya dirakam dan disiarkan dalam rancangan bercorak realiti Gu Gu Gaga Erra, ia pasti menimbulkan pelbagai persepsi.

Gu Gu Gaga Erra akan mula ditayangkan di Astro Ria bermula 9 Jun ini pada jam 9 malam dan ulangannya setiap Ahad jam 1.30 petang

Sebelum ini Engku Emran pernah memberitahu dia tidak membenarkan anaknya berlakon dalam mana-mana drama atau filem. Pembabitan Aleesya dalam Gu Gu Gaga Erra sudah tentu menimbulkan pertikaian.

Pada waktu sama pastinya ada yang membuat andaian pembabitan Erra sekeluarga dalam rancangan diterbitkan Box Lite Film Sdn Bhd itu turut membabitkan bayaran besar. Apatah lagi, ia turut ditaja pengeluar barangan penjagaan bayi Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Menjelaskan perkara itu, ketika majlis pelancaran Gu Gu Gaga Erra di Bangsar Village, Kuala Lumpur kelmarin, Erra berkata, dia dan Emran memang tidak membenarkan Aleesya muncul dalam mana-mana drama mahupun filem.

“Bagaimanapun, berbeza dengan rancangan realiti TV ini kerana ia membabitkan kami sekeluarga. Hendak menggunakan anak orang lain rasanya kurang manis kerana konsep Gu Gu Gaga memaparkan pengalaman saya dan Emran pertama kali menjadi ibu serta ayah.

“Dalam menjayakan rancangan ini memang ada sejumlah bayaran diterima, tetapi itu bukanlah soal utamanya. Lebih penting banyak perkara baik yang saya pelajari sepanjang rakaman dijalankan apatah lagi Johnson & Johnson menyediakan pakar penjagaan bayi.

Di petik dari : Metro Online

Teratak ku…tadaaa……..

On June 8, 2009, in Rumah, by Sumijelly

wah…dah 3 bulan duk umah baru nak kasi tunjuk yek..
marah Zana kat aku…
sebab dia dari hari tu suh tunjuk…

x dan la my prenz… ni baru sempat..
hehehe……. jgn marah yek..

ala..umah aku bukan nyer lawa pun..
boleh la tuk aku anak beranak duduk..
janjji dapat berteduh dari panas dan hujan..

ruang tamu

ades...adik Is... tepi arr.. kan nak ambik gambar adik..

ruang tamu

sibuk benar ngan 'peace' tu...

meja santap

6 kerusi + 1 meja makan..cukupla anak beranak

tmpt masak

sini sepatutnya dry kitchen, tp aku nak wat tmpt masak gak... alasannya, kalu kat belakang nanti x nampak anak2 nanti...

Ni tempat aku membasuh pinggan mangkuk...

Ni tempat aku membasuh pinggan mangkuk...

ni antara ruang ke depan, aku letak meja makan yang lama...

ni antara ruang ke depan, aku letak meja makan yang lama...

ni la sebahagian part kat tingkat bawah…
tingkat atas hanya 3 bilik tido dan 2 bilik air….
x kan ruang atas pun nak ambik gak…
bilik tido jer…
kan ada apa yang menarik…
nanti2 la yek…
huhuu……..

so pada ZANA… hopefully ko pueh hati yo…
lamo x jenguk blog ko…
apa la kisah terbaru yek…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...