2009 August 14

Pasu apa lak nie???

On August 14, 2009, in Blog, Rumah, by admin

Pasu 1

P.A.S.U… (dalam nada mengeja yek!) pasu…
hehehe…. pasu nie aku beli kat TESCO kajang…
korang cuba teka baper??
aku beli dengan harga murah..
aku x tau la murah atau sebenarnya boleh dpt murah lagi..

Pasu 2

memula mat bangla tu jinjing 2 biji pasu nie..
aku saja jer usha..boleh lak dia berhenti..
dia kasi tawar menawar, tp guna calculator la..
x reti berbahasa melayu yek..

letak 2 biji pasu RM90.00..
pas tu aku saja letak RM50.00…
my IR terus grab calculator tu tekan harga RM40.00
hehehe…kiranya 1 biji jadi harga RM20.00

aku latak pasu nie kat almari TV
letak kiri kanan..
agak2 korang la..
nak biarkan ada bunger ker @ bior macam tu jer??
huhuu……..

Meh Follower aku…..

On August 14, 2009, in Blog, It's Me!!, Panduan, by admin

dari sehari..ke sehari aku nak wat entry nie…
x berbuat..buat…
akhirnya dapat jua aku wat benda alah ni

ni pasal FOLLOWER jer..
kan apa ke benda nya…
nak bagi tau kat korang…
leh x tolong add kat aku nyer follower….
sapa dah add tu, bagus..bagus…
sapa yang lom…di persilakan yek…

Follower

korang nak wat gak ker mcm aku ??
korang g ler blog sweetdarling aku nie…
dia siap ajor cam ner kakedahnya…
aku nak wat cam malas…
nak copy paste pun malas…
korang g jerla entry Tutorial Follower.com dia…….

thanks yek sweetdarling… i lap u… :love:

Lampu Kristal Garam (Rock Salt Lamp)

On August 14, 2009, in Blog, by admin

Garam Bukit Longok

RAHSIA / KELEBIHAN MENGGUNAKANLAMPU KRISTAL GARAM ( ROCK SALT LAMP )

LAMPU KRISTAL GARAM BUKIT – bertindak sebagai natural nature ionizer.

Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah altenatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas diseluruh dunia.

Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit,yang mempunyai fungsi- fungsi tertentu.

Kebanyakan kita sekarang hidup dan bekerja dalam tempat yang dikelilingi oleh TV,komputer,copy machine,printer, microwave,air cond dan macam macam lagi..alat alat ini semua mengeluarkan ion ion +ve yang berlebihan kedalam udara yang kita sedut hari hari…

Dari sudut kesihatan, menyedut berlebihan ion +ve boleh menyebabkan gangguan mental dan fizikal terutama paru-paru. Kita mungkin perasan yang kita lebih nyaman dan selesa pada tempat tempat seperti kawasan pergunungan,air terjun,tepi pantai atau pun selepas hujan lebat.

Ini adalah kerana ditempat tersebut dan ketika selepas hujan lebat, kandungan ion -ve adalah lebih tinggi pada ketika itu yang menghasilkan elektrikal balance atau dipanggil ionic balance.

Fungsi-fungsi lampu garam ;

* Meneutral dan meningkatkan kualiti udara (udara bersih).
* Mengurangkan pencemaran udara.
* Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
* Menyembuhkan luka akibat terbakar.
* Memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria.
* Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung didalam udara dirumah.
*Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
*Melegakan resdung,migrain,pening kepala,demam panas dan serangan selsema.
*Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosenterasi.
*Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
*Mengurangkan perasaan cemas/berdebar-debar.
*Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah.
Lampu kristal garam ini sangat sesuai digunakan dimana-mana ruang dalam rumah atau pun pejabat (jika dibenarkan) untuk mengurangkan kesan-kesan radiasi.

Lampu kristal garam ini jauh lebih baik daripada mana-mana buatan ionizer lain sebab ianya tak mengeluarkan bunyi bising dan tidak memberi/menghasilkan ozone yang tidak baik.

Promosi RM25.00 sahaja!

Dikatakan juga bolih membuang/menghindari dari tenaga negative/ masaalah gangguan halus ditempat dimana sinaran cahaya lampu garam berada…., menenangkan fikiran…sekitaran udara bersih….

Garam Bukit

** Lampu boleh di hantar terus kerumah untuk sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang. (Sekitar lembah kelang akan dikenakan [sekali sahaja] RM6.00 sebagai kos penghantaran)

lampu

oh ya…lampu nie sekali ngan mentol dan tapak dia..
tapak dia x bercantum jadi berhati2 ketika mengalihkan pasu nie yek..
takut terjatuh, pecah la pulak…. Mentol lampu nie leh beli kat kedai, dlm harga RM2.00 ke bawah tuk sebiji.

Sila buat temujanjji dahulu sebelum order dan penghantaran. Penghantaran hanya di lakukan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut pesanan dan lokasi pembeli, kerana penghantaran akan dibuat sekali gus dengan pelanggan yang lain juga.

agak-agak korang nak beli…sila la PM aku yek…

Got X, Got Friends Promotion

On August 14, 2009, in Blog, Produk, Suka-suka, by admin

wah…siapa pelanggan CELCOM terutamanya XPAX..
ada peraduan untuk korang yang menjadi pelanggan setia XPAX

Got X, Got Friends yang berlangsung dari 27 July 2009 – 8 November 2009
hadiah lak terbahagi pada 2 peringkat, mingguan dan utama….
yang penting hadiah utamanya RM15,000.00 ko….
x moh ker?? mana tau ada tuah ker…
kot terpilih, jgn la pulak lupa kat aku nie..

so…dari aku membebel..meh sini aku tunjuk cara nak masuk..
aku pun masuk tau…mana tau tuah anak2 la katakan…
aku pulak pelanggan setia celom dari tahun 1998 tau..
no hanpdhone pun masih kekal sehingga ke hari ini…
tengok..tengok… bertapa setia nya aku tau….

k… memula korang masuk la laman web XPAX dulu..
kalau x macam mana nak sertai peraduan ni…
kendian korang baca la syarat2nya…
tapi aku suggest korang register dulu sebelum masuk..
kalu register lagi bagus tau, sebab mana la tau ada peluang nak berparty
berparty ngan POP SHUVIT tau……
ala bukan lama pun nak register…
sekejap jerrrr………

xpax 1

Jom baca selanjutnya…. »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...