2009 September 01

Alololo, nak raya dah yea abang Norman? ke nak kahwin? haha memang comel pulak diorang photongshot camni tapi admin tetap tak leh terima. Yerla dulu dengan Abby manja-manja gak, then now dengan orang lain. Tapi tak apa, life must goes on, then if you don’t change, who want to change you? tak apa mari kita lihat.

Seperti pasangan lain juga, pada awalnya anda juga seperti begini. haha apabila isteri anda sudah tidak berbentuk dan tiada jisim yang tetap. Maka semua kasih sayang anda akan pergi. Kesimpulannya, keadaan jisim isteri anda menentukan kasih sayang anda kepada isteri.haha memandai je aku.

P/S : Thank you to mediamalaya. By the way, nanti admin nak photongshoot kat Bukit Nanas, situ lawa la.hahaha

Credit to : Ala-Mak

Maaf..entry ini terpaksa di publish lagi sekali..
kerana ada masalah server beberapa hari yang lalu..
maka entry ini di ulang tayang kembali..
khas tuk tatapan pembaca di Sumijelly…

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangan saya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……

Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasik hempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akan ditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!….

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk ‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawi kamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni…..

Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!….

HAAA TERUSKAN MEMBACA CERITA PASAL JEJAI DAN LAIN-LAIN.

Jom baca selanjutnya…. »

Minyak naik lagik??

On September 1, 2009, in Blog, Orang awam, Surat Khabar, by Sumijelly
Minyak

ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) mengisi minyak kereta pada Majlis Pelancaran Penjualan Petrol RON95 di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Tan Lian Hoe (kiri) dan Mohd. Zain Mohd. Dom (tengah).

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Harga petrol RON95 yang akan dijual bermula esok ditetapkan pada RM1.80 seliter dan boleh diperoleh di semua stesen minyak di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, petrol RON97 pula dijadikan petrol premium dengan harga ditetapkan RM2.05 sen seliter.

”Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009.

”Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Penjualan Petrol RON95 di seluruh negara bermula esok di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd. Sabaruddin Mohd. Amin.

Ismail Sabri memberitahu, berdasarkan pada harga produk petroleum dunia, kementerian yakin harga RON95 dan RON97 dapat dikekalkan sehingga akhir tahun ini.

Katanya, RON95 merupakan bahan bakar yang mematuhi spesifikasi Euro2M di mana ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan.

”Spesifikasi Euro2M adalah merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan mengurangkan kandungan sulfur daripada 3,000 bahagian perjuta (ppm) kepada 500ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara,” katanya.

Beliau memberitahu, 80 peratus pengguna telah bertukar menggunakan RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya pada 12 Mei 2009.

Tambahnya, sehingga kini tiada rungutan ataupun aduan diterima daripada pengguna mengenai prestasi enjin kenderaan akibat daripada penggunaan RON95.

Jelas beliau, kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direka bentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.

”Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia masa kini seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95,” katanya.

Ismail Sabri juga mengumumkan bermula esok petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaan petrol tersebut adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus sahaja daripada keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...