Oct
31st

Koleksi Majalah Karangkraf

Korang pernah dengar karangkraf??Aku rasa korang mesti biasa dengar… sebab karangkraf nie populer mengeluarkan berbagai2 majalah kan? korang mesti ingat.. mak aih..rajin nyer aku membaca majalah.. hahaha… korang jangan terpedaya… sebelum kawen YA! tapi pas kawen TIDAK! :)

Majalah yang rajin aku baca adalah majalah keibubapaan la yek… aku sudah lama tinggalkan majalah REMAJA, URTV, HAI dan macam2 lagi… (rindu lak nak baca urtv) hehehe

Sekarang nie more pada PA&MA atau majalah yang ke arah ibubapaan la yek..

karangkraf

sekali 5 buah buku aku dah ada tuk wat koleksi… koleksi ni kuar tiap tahun bermula pada tahun 2005 yek…

Aku kawen 2004, anak pertama lahir pun ujung tahun 2004 kiranya pass aku bersalin baru aku dapat kumpul buku mini pertama dari karangkraf.. :)

karangkraf

Buku 40 MINGGU NAN INDAH ini memamaparkan kisah kehamilan dan kelahiran. Kat dalam majalah nie memacam petua yang diturunkan.

Petua cam ner nak tahu waktu subur, macmamana nak dpt jantina anak apa kakedah nya. Tp aku x der la ikut.. pasal tahu2 dh pregnant jer.. :)

Tapi kat dalam nie pun ada gambar ibu bersalin normal dan pembedahan. Pada yang x tahu mcm mana bayi tu dilahirkan.. haa.. kat dalam ni ada gambar rajah yek.. yang fresh tau.. maksudnya snap dari perut ibu tau..

Majalah aku nie dh teruk dah..hampir nak koyak dh muker depan nie.. pasal tiap kali mengandung, baru aku g cari dan dalam masa 8 bulan duk pegang jerr buku ni..

Buku ni pun ada panduan dari awal kehamilan hingga la kelahiran. kira lengakp la 40 minggu kehamilan. Bayi besar mana, berat ibu pulak macam mana.. dan apa simptom2 nya..

Tapi buku ini bukan lah 100% apa yang di alami oleh ibu2 yang hamil. Ada sebahagian mungkin YA ada yang mingkin TIDAK.. ini adalah panduan sahaja… pepandai la korang menilainya yek!

karangkraf

Buku ini diterbitkan pada tahun 2006. kira selepas 40 minggu nan indah kuar pulak edisi PANDUAN PEMAKANAN ANAN SIHAT & PINTAR.

Dalam buku ini sumer resepi makanan ada kat dalam nie. Dari yg korang rasa remeh hingga yg simple. Sumer ada..

Lebih kurang dalam 70++ resepi dalam nie khas untuk anak2 yang berumur 6 tahun kebawah. kira kalu rajin leh la cuba.

Aku??emmm… ada lah cuba beberapa resepi.. nak cuba sumer hehehe.. x reti.. tapi aku tetap simpan majalah nie..

Korang nak wat tuk makanan korang sekali pun boleh.. at least apa korang makan, sure anak2 pun makan kan?

Buku nie kiranya mengajar kita makanan yang sesuai tuk anak2 kita la.. x derla more pada kolestrol.. tapi banyak kepada sayur, kaborhidrat, vitamin dam memacam lagi la..

karangkraf.

ini pulak buku yang ke-3 Majalah RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS. yang dikeluarkan pada tahun 2007 selepas pemakanan tu kan..Masa ni aku dah bersalin anak yang ke -2, Iskandar…. hehehe

Buku ini menerangkan mengenai anak yang berumur dari 0-6 tahun. Kiranya selepas kelahiran mesti kita nak tahu perkembangan anak2 pulak kan. Dah 40 minggu dalam perut, bila kuar kene tahu langkah demi langkah anak2 pulak.

Dari menangis, mengensot, merangkak, memanjat dan mula belajar sesuatu yang baru. Buku ini amat sesuai pada ibu2 yang baru mempunyai anak pertama dalam ahli keluarga.

Buku ni x menerangkan 100% yek.. tapi boleh dijadikan panduan. Ada sesetengah bayi tumbuh gigi dahulu baru boleh berjalan, ada sesetengah bayi pulak berjalan dulu baru tumbuh gigi.

Sebenarnya ikut pada perkembangan bayi… kalu x sama. jangan gusar.. ia akan mengambil masa jugak.

karangkraf

Ini buku yang ke 4. dikeluarkan pada tahun 2008. Selepas majalah RAHSIA ANAK CERDAS & CERGAS kuar pula SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU.

Buku ini adalah pelengkap kepada 40 minggu yang indah. kira para ibu sudah bersedia menuju ke alam baru di mana antara ibu dan anak yang dikandung.

Maka tercipta la SEDIA MELANGKAH KE ALAM BARU. kandungan ini amat sesuai pada para ibu yang ingin mencari penjagaan diri sendiri sepanjang kehamilan.

karangkraf

dan buku yang terakhir buku yang ke-5 (buat masa ini la) yang diterbitkan pada tahun 2009. PENJAGAAN IBU & BAYI. Masa ni aku sudah melahirkan anak yang ke 3..Zulfadhli. :love:

Yer..selepas si ibu melahirkan anak. sure nak tahu penjagaan ibu dan anak nya kan? Buku ini memberikan panduan korang nak jaga bayi yang sekecil tu. Mesti pada ibu2 yang baru mendapat anak pertama pasti terpinga2.. sebab masih baru

kat dalam buku ini ada cara nak bedung, mandi, pegang dan tidurkan sekali. so.. rasa2 nak buat simpanan buku ini. aku rasa amatlah digalakakan.

Ok..setelah menceceh pasal buku ni (entah korang baca @ tidak..hehehe) kat mana yek nak dapatkan?

Aku selalu order melalui KARANGKRAF ONLINE aja. Kalu ada kat kedai buku yang berhampiran, baik korang beli jer.. setiap bukku berharga RM 11.90 sahaja.

Selalu buku ini aku suker hadiahkan pada pengantin baru. buku ini pun persediaan bagi mereka yang ingin menimang cahayamata gak.

So..pada korang yang x tahu nak bagi hadiah apa.. apa kat akorang hadiah kan buku ini. Pasti kengkawan korang suker.. sekurang2nya kita memberi ilmu yang x ternilai pada kawan kita. Betul x?

Have a good day!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
31st

Penonton setia yang cukup setia!

Wah..hari ni hari sabtu.. emm.. entry hari nie pun x berat sangat.. kisah anak2 jer.. lama dah x citer pasal 2 beradik nie.. nak tahu apa aktiviti derang waktu malam…

Ini acara kalu x buat setiap malam mau meroyan si Danial..

game

Selalu aku suh ngaji dulu baru leh dapat main.. kla tidak.. x der la nak bergerak iqra nya..

Kalu dapat komputer, memang susah la nak berganjak.. aku yg nak guna internet pun terpaksa mengalah la.. nak pulak dapat main game kereta.. 2-3 kali raound dia tibai….

Sebaik si Iskandar x ngaco kalu time abang dia main game. Dia leh duk panjat kusi kat tepi tu.. pas tu bertenggek la tengok abg dia main.. cukup setia samapi la abg dia habis main..

game

kekadang siap bawa botol susu, bawa bantal dan tido bagai kat atas kerusi tu.. tau..tau dah lelap..

emm…mungkin sekarang dia x kaco.. nanti bila dia dh teruja nak main.. mana tahu dia akan kaco..

game

emm…nampaknya kene standby mainan lain ni.. kalu tidak.. ibu pun x dapat guna komputer tu.. :)

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
30th

The Balm Roadshow

Files under Events | Nak Jatuh Cinta??

sexy mama fashion show

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
30th

Pameran Jenayah Perang di PWTC

Files under Blog, Events | 8 Yang Jatuh Cinta

Yer…lupa lak nak citer. Sekarang nie kat PWTC skrg tgh berlangsung Pameran Jenayah Perang bermula dari 28.10.2009 – 31.10.2009 yang telah di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28.10.2009

Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pameran ini dapat mendidik masyarakat dunia mengenai erti peperangan serta menanamkan sifat sukakan keamanan, kasih sayang dan belas kasihan.

Persidangan ini akan sampai ke kemuncak apabila Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mendengar keterangan saksi-saksi yang menjadi mangsa kekejaman dan jenayah perang di Iraq selepas pencerobohan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya pada 20 Mac 2003.

Seramai lapan saksi dari Iraq akan memberi keterangan berhubung apa yang dilalui oleh mereka sepanjang menjadi tahanan di bawah tentera penceroboh di negara tersebut.

Bahan-bahan bukti yang diperoleh semasa keterangan pada suruhanjaya tersebut akan dibawa untuk pendengaran kes di Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada hari terakhir persidangan Sabtu ini.

Walau apa pun hasil akhir yang diperoleh daripada persidangan ini, ia telah pun mencipta satu sejarah. Sekurang-kurangnya terdapat usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak dan tokoh-tokoh yang cintakan keamanan untuk menghapuskan peperangan.

Apa yang telah dilalui oleh negara-negara yang menjadi mangsa peperangan seharusnya menjadi pengajaran. Peperangan tidak menjanjikan masa depan. Baik kepada pihak yang memulakan peperangan apatah lagi pihak yang menjadi mangsa.

Jadi pada yang x tahu nak kemana2 hari sabtu ini. Mari kita beramai2 pergi melihat PAMERAN ini sebagai tanda sokongan ANTI JENAYAH!

poster

Ayuh semua datang melihat pameran ini!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
29th

Check-up 8 bulan

Oh ya… semalam aku pulang awal dari biasa.. hehehe… kul 1.00 ptg aku dah balik yer… sebabnya nak bawa si kecik g check up… Anak yek check u… bukan ibunya yek! sila paham dengan betul…

Maaf kali nie x der gambar lak… sebbnya.. terlampau banyak barang nak di pegang.. maka beg aku tinggalkan pada adik aku..

Berat masa 8 bulan : 7.4kg..

Berat masa 6 bulan : 6.74kg..

oh..makin naik lagu rupanya… alhamdulilah.. makin sihat dan cergas anak aku nie…

zul

hehehe…gambar lama jer aku tempek.. sbb malas nak upload gmbr baru…

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
29th

Tips to new and old bloggers dari REDMUMMY

More tips dari REDMUMMY yek… aku nak kongsi bersama korang. Amat..amat..amat… berguna pada sumer blogger2 kat luar.. apa salah nya berkongsi kan… untung pun dapat kat memasing punya blog gak.. hehehe..

Meh..meh..kita baca tips dari kak Red kita lagi….

1. Jangan kedekut letak link bloggers lain.

tak tau camne nak letak? belajor ler. nak duit riban2 tapi simple thing letak link pun tak nak belajar. jangan tamak kalau ko dah gemer ke dah sedang2 naik or langsung tak gemer tp tak nak letak link bloggers yang ko sebutkan dalam entry ko tuh.

Those link RM in your entry, aku leh detect. sometimes aku baca leave comment lah kat blog ko tu, biasanya aku diam seribu bahasa. ataupun aku tepek kat RM as a featured blogger.

so all in all, janganlah kedekut link, wpun diorg tak ckp gini:

eh malulah,janganlah letak link saya

segannya, saya bagi ikhlas tuh

alah, kang ramai datang blog saya

percayalah….if they dont want people to know their link, awal-awal diorang dah set kan blog diorang Private. bayangkan kalo aku cover event, abih sume link blog tu aku carik, wpun diorg tak letak pun link blog aku kat blog depa, but i ve done my part. at least in that entry, aku dah buat keje aku to please the others. if they dont please me, back to the nature, orang tolong ko, ko tolong orang. orang tu tak nak tolong, bloggers lain bley tolong.

2. Jangan kedekut bersedekah jariah

ni bukan sedekah yang kat fakir2 miskin tu, ni sedekah sket dari duit blogging ko tuh kat readers ko. i mean kalau takdak duit blogging pun, tapi kalau asik menerima jer adiah dari readers/bloggers lain, ulur2 lah gak. I always treat my readers nicely by giving them lots of stuff. aku bukan bragging kay, tapi aku sangat2 menjaga hati readers aku, aku buat contest dah berpuluh, aku bagi ole2 kat readers/bloggers di setiap tempat aku travel, 3 suku je adiah2 untuk orang (sampai kena tahan ngan kastam!). sapa datang support aku, memang akan mendapat. when u give,u will get it back, dalam cara yang berbeza.

i have heard some bloggers asyiklah dapat adiah sana sini, ada yang siap lah letak kat komen kat blog orang sana sini cakap ‘aku penah bg dia adiah, tapi dah 2 tahun 5 adiah aku bagi dia tp takde satu pun dia balas’. mouth spread up and it comes to me. katanya Ratu Advertorials kan, lajulah orang report kat aku.

memanglah orang melayu kita ni sokmo je cakap alah janganlah gitu, tak yah lah, saya bagi ikhlas.

tapi orang melayu pun geti berbudi bahasa…balaslah wei. So pikir balik napa rezeki ko asik tersekat jer, ko asik lah nyalak2 nak adiah itu ini, but untuk orang ko buat dek jer.

saya mungkin tak show off yang saya memberi to my readers, but apa saja barang yang berlebih2 kat umah aku tuh, baik dr personal stuff, things yang saya beli sendiri, from the sponsors, semua aku campak kat korang. alo kalo dak takkanlah buy shoes one free 1 deyy!

that s bout me lah, but for the rest, panjang-panjangkanlah rezeki yang ada.

2 simple tips for today.

Dari Red Mummy Blog

nak lagi tips dari Redmummy… korang g jer jenguk kat sideabar dia.. ada satu entry khas mengenai Tips-tps to be a blogger

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
28th

Congrats to my SIS for ur KONVO!

konvo

wah…punya la lama adik aku dh g KONVO dia… baru hari nie aku nak wat entry khas…. hahahaha… apa punya kakak la ni kan??

kira ok la tu…. ada gak entry khas tuk adik aku… aku punya?? ada ker entry khas kat blog dia.. hahaha… maka… seperti biasa lah.. kalu x der gmbr x best arr nak bercerita kan.. di sebab kan aku menunggu gmbr la yg menyebabkan aku lewat nak wat entry ini..

Oh ya… adik aku baru jer lepas menghabiskan pengajian kat UiTM, Shah Alam dalam bidang Seni Persembahan.. rasanya dia baru habiskan Ijazah kott…hahaha… ada ker kot aku cakap.. tapi tul la.. Ijazah.. saja jer ngetest otak jap..

Parents aku x g, maka di gantinya kengkawan sahaja sebagai wakil. korang tau kenapa mak ngan ayah aku x moh g.. sebb boring lama duk dalam… tgk anak naik sekejap jer… dan ada satu jawapan dr ayah aku … korang nak tahu apa…

ala…dah pernah tgk masa diploma..sama jer baju tu...” hikhikhik… pemikiran org tua x sama ngan pemikiran org muda yek… maka biarkan aja..

maka..meh kita layan gambar sambil aku mengomen di setiap gambar yek!! ayuh kita bergumbira sedikit… hahahaha

konvo

bersama Atiela kawan baik nya semasa belajar… sebaik sama-sama ambik Ijazah… leh la menumpang DSLR dia..maklum la baru beli ko..hahahaha

sebelum masuk Dewan..diwajibkan memakai MASK..ko nampak belakang adik aku tu… still gak yg lom bukak mask kan?hahaha dh mcm MASK RIDER lak..

konvo

ni suasana sebelum masuk dewan kot… maka aku pun x tahu di mana.. maka aku terpaksa mencipta sendiri ayat la yek..hehehe

konvo

Ni no giliran nak ambik Ijazah… Atiela no 14, adik aku no.15.. kira sebelah menyebelah jer la… dah la duk deeeepan sekali..

konvo

bersama rakan2 sekuliah @ rakan2 duk menumpang nak bergambar… itu aku x tahu la kan.. (tafsir sendiri jer aku nie)

konvo

oh… ini budak aku selit sikit la.. Terima Kasih jerla datang yek…konon wakil la tu.. tp wakil x rasmi la yek.. sbb lom ada ikatan kan.. maka harusla gambar letak cikit jer… hahaha.. tunggu rasmi baru leh tempek banyak cikit gmbr yek!…

Ni BF adik aku la… namanya AKI… bukan anjang AKI yek… dia ngah belajar lagi… kata kat Sarawak.. emmm… ko turun ke KL semata2 nak tgk nopa Konvo je ker?? rugi jer… lain kali x yah turun.. suh jer nopa kirim gambar by emel.. hahahaha

konvo

ni bersama Julie dan Atiela… kawan kemana2 aja bersama.. tapi julie still tgh sambung study.. dia hari tu ter’break’ kejap.. maka lewat la konvo nya..

emm..agak2 ada x Julie ajak masa dia g Konvo nanti?? hehehe

konvo

dari tadi duk ke hulur-hilir bunga tu.. dh la dalam bunger tu ada teddy bear. memang gitu ker derang bungkus? maap la yek.. aku x pernah terima apa2 aijil or ijazah..

yang aku terima adalah Sijil Kursus Kahwin jer.. hahaha…

konvo

huhuhu…atas gelongsor pun leh ambik gambar yek?? dh x der tempat ker??

konvo

oh ya… pada pembaca diluar..sila jgn buat mcm nie… kesian adik 2 org tu.. terpaksa mengalah kat 2 org kakak ini semata2 nak ambik gmbr atas jongkang jongkit…

aku rasa.. confirm budak tu bengang.. dia tgh syok main kene kacau ini 2 org kakak… layan jerla dik oit…….

konvo

konvo

sebenarnya banyak derang posing depan UiTM signboard nie.. tapi aku tempek 2 jerla..kalu ku tempek sumer… mau lambat loading kang..

mak aku ada tanya kat adik aku..

“ko x pernah ke bergambar depan signboard nie?”

yup…selalu aku perhatikan peljar kat citu mcm tu.. asal habis konvo..confirm ambik gmbr depan UiTM la, depan isgnboardla.. tepi jalan la.. mungkin masa belajar ngan dah habis belajar ada beza kot..

sentimental value yg sebenarnya pada gambar yg di ambil selepas belajar la..hehehehe… pendapat memasing mesti berbezakan??

konvo

yer…sebagai penutup gambar.. ku sajikan kegembiraan adik aku setelah mendapat segulung ijazah kan..

maka..pas nie.. bila dapat gaji jgn lupa bayar itu..ini..itu..ini yek! hahahaha

sekian sahaja entry aku… selamat membaca!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
28th

KL Sunday 1Malaysia Family Fair

KL 2

Mana korang nak g pada hujun gminggu ini?? meh cini aku nak bagi tahu. Ada satu tempat baru di buka ko, kat Jalan Ampang. KL Sunday 1Malaysia Family Fair. Pernah dengar x?? emm…korang mesti x pernah dengar kan?

haaa….. g la hari ahad ni. Acara ni dah bermula pada 25 Oktober yang lepas. Kiranya, ahad nie korang sempat la g lagi…ala..bukan jauh pun, kat MaTiC je Acara ini akan diadakan pada setiap hari Ahad pada jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan kraftangan. (chewah….mcm wat iklan promosi lak..hahahaha) So..kalu korang nak dapatkan barangan cenderamata… leh lah g ke sana.. leh dapat dengna harga yang berpatutan yek!

Nak ke sana mcm mana??

Wei..kete leh park sana… bas pun leh berhenti depan MATIC tu.. ada MONORAIL lagi.. so… x kan tu pun susah gak nak g kan?? bawa la keluarga, ajak la kawan… sebarkan sekali kepada jiran tetangga…

KL 1

ni aku attach sekali peta tempat tu.. x tahu gak.. memang la korang..

nama jer duk KL.. hahaha…

ingat…sepanjang 25.10.2009 – 27.12.2009…setiap hari Ahad pukul 8.30pg – 3.00 ptg…

K..selamat berhibur bersama keluarga di hujung minggu yek!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
27th

40 Tips mudah untuk dapat 3K

Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian.

KESIHATAN

1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2 Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan sarapan, berserdehana ketika  makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam.

3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.

4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)

5 Peruntukan masa untuk bersolat.

6 Lebihkan permainan yang membina minda.

7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)

8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari

9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.

10 Tidur selama 7 jam.
PERSONALITI

11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.

12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.

13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.

14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.

15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.

16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya.

17Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.

18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagian anda sekarang.

19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.

20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda.

21Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri anda sendiri.

22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah ‘sekolah’ untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.

23 Banyakkan senyuman dan tertawa.

24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju.

KOMUNITI

25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.

26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.

27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.

28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan  yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil)

29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.

30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.

31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya ingat mereka.

HIDUP

32 Lakukan perkara yang betul.

33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.

34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.

35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.

36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.

37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.

38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah

Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).

39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah kedamaian.

40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi ini) kepada orang yang anda sayang).

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Oct
26th

‘Bayi AirAsia’ bersama ibu dapat terbang percuma sepanjang hayat

Files under Blog | 6 Yang Jatuh Cinta

SEBUAH kapal terbang AirAsia yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuching terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan pada hari Rabu lalu apabila salah seorang daripada penumpangnya menunjukkan tanda-tanda sakit hendak bersalin.

Tetapi, penumpang tersebut, Liew Siaw Hsia melahirkan seorang bayi lelaki sebelum kapal terbang itu sempat mendarat dengan bantuan seorang doktor yang turut berada dalam kapal terbang dengan dibantu oleh beberapa orang pramugari.

“Bayi lelaki serta ibunya yang berumur 31 tahun itu boleh terbang secara percuma untuk sepanjang hayat mereka,” menurut Pengarah Operasi AirAsia Moses Devanayagam selepas menziarahi mereka di hospital hari ini.

“Bayi itu dilahirkan pada ketinggian 2000 kaki di udara ketika kapal terbang AK 6506 berada di sekitar Kuala Lumpur,” tambahnya lagi.

Dua beranak itu dikejarkan ke hospital yang berhampiran sejurus mendarat.

“Untuk meraikan peristiwa yang bersejarah ini, kami memutuskan untuk menghadiahkan mereka penerbangan percuma untuk seumur hidup,” jelas Moses lagi.

Di petik dari Mstar Online pada 23.10.2009

ishk..ishk… bertuah tul ibu dan anaknya tu yek.. leh la setiap hari naik kapal terbang free yek… tp..dia berdua jerla kan? yg lain kene bayor yek?? emmm….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes