2009 October

40 Tips mudah untuk dapat 3K

On October 27, 2009, in Blog, Orang awam, Panduan, by Sumijelly

Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian.

KESIHATAN

1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2 Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan sarapan, berserdehana ketika  makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam.

3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.

4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)

5 Peruntukan masa untuk bersolat.

6 Lebihkan permainan yang membina minda.

7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)

8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari

9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.

10 Tidur selama 7 jam.
PERSONALITI

11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.

12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.

13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.

14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.

15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.

16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya.

17Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.

18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagian anda sekarang.

19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.

20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda.

21Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri anda sendiri.

22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah ‘sekolah’ untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.

23 Banyakkan senyuman dan tertawa.

24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju.

KOMUNITI

25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.

26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.

27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.

28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan  yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil)

29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.

30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.

31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya ingat mereka.

HIDUP

32 Lakukan perkara yang betul.

33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.

34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.

35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.

36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.

37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.

38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah

Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).

39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah kedamaian.

40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi ini) kepada orang yang anda sayang).

SEBUAH kapal terbang AirAsia yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuching terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan pada hari Rabu lalu apabila salah seorang daripada penumpangnya menunjukkan tanda-tanda sakit hendak bersalin.

Tetapi, penumpang tersebut, Liew Siaw Hsia melahirkan seorang bayi lelaki sebelum kapal terbang itu sempat mendarat dengan bantuan seorang doktor yang turut berada dalam kapal terbang dengan dibantu oleh beberapa orang pramugari.

“Bayi lelaki serta ibunya yang berumur 31 tahun itu boleh terbang secara percuma untuk sepanjang hayat mereka,” menurut Pengarah Operasi AirAsia Moses Devanayagam selepas menziarahi mereka di hospital hari ini.

“Bayi itu dilahirkan pada ketinggian 2000 kaki di udara ketika kapal terbang AK 6506 berada di sekitar Kuala Lumpur,” tambahnya lagi.

Dua beranak itu dikejarkan ke hospital yang berhampiran sejurus mendarat.

“Untuk meraikan peristiwa yang bersejarah ini, kami memutuskan untuk menghadiahkan mereka penerbangan percuma untuk seumur hidup,” jelas Moses lagi.

Di petik dari Mstar Online pada 23.10.2009

ishk..ishk… bertuah tul ibu dan anaknya tu yek.. leh la setiap hari naik kapal terbang free yek… tp..dia berdua jerla kan? yg lain kene bayor yek?? emmm….

Aku adalah Redmummy Fan!

On October 25, 2009, in Blog, It's Me!!, by Sumijelly

Aku adalah REDMUMMY Fan!! wah…poyos jerkan bunyi nya… sibuk tul aku.. habis satu blog ni aku nak canang kan?? macam la aku sorang jer…padahal Redmummy tu dh beribu-ribu yang menjadi pengikut setia nya… aku ni baru jer… baru?? emm…dalam sekitar tahun 2008 bulanOgos kot…aku baru kenal kak Red…

Aku kenal Redmummy Blog nie pun setelah aku ter’tengok’ di blog org… memula aku jadi pelik…sebab nya..habis setiap blog org mesti ada REDMUMMY…apa la yang menariknya blog Redmummy ni yek! aku pun g la terjah….

wah…ko.. bila dh terjah… makin menjadi2 lak aku menerjah… mcm pepatah melayu tu…x kenal maka x cinta, bila dah kenal..maka dah cinta.. bila dh cinta..hari2 aku jadi perindu… hahahaha…

Bila dia ada Blog.. aku jadi member dia, bila dia ada FB Redmummy aku add jadi member dia, pastu bila ada FB Fan Redmummy, aku add jadi Fan dia.. ada Twitter pun aku add gak… aku rasa apa yang Redmummy bukak..sumer aku add… pasni apa yek…hahahah…giler ah aku kan??

tapi aku bukan nak citer tu… aku nak citer lain…yg ini la.. masa aku tengah syok melayari blog kak Red nie.. aku terpandang kat bahagian sidebar dia.. ala…yang BECOME A FAN tu… faham x?.

img

ha..ingat x paham.. letak gmbr baru korang paham yek…

Sekali pandang …eh..eh…muker aku la..hahahaha… seyes ko… cam malu lak.. tetiba gmbr aku terpampang di blog org pemes lak tu… hahahaha… siapa lah aku nie kan??

img 2

ni aku kasi print screen tunjuk kat korang…hahahaha… bapak besau aku tempek kat blog aku… mesti korang kata “ee…poyo jer sumijelly…tu pun nak heboh sekampung” hahahaha… bukan aku punya gambar jer… sepupu aku si Ayu pun ada…selang sebelah jer ngan aku…

“Ayu…. ko ni mcm x leh berpisah ngan aku yek.. dimana ada aku, disitu pun ko ada walaupun dalam blog kak Red yek!! hahahaha”

pedulik apa aku…janjji muker aku terpampang kat citu…poyo x poyo… aku memang poyo pun… hahahah!!

maka…sila la jangan muak tgk blog aku yek! hehehehe

Kandungan Budget 2010

On October 25, 2009, in Blog, Orang awam, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Berikut ialah kandungan Bajet 2010 ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’:

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej “netbook”, termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Di petik dari : BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...