2009 November 03

Tiru macam saya!

On November 3, 2009, in Anak-anak, Blog, It's Me!!, Keluarga, by Sumijelly

Anak-anak aku suke kalu aku cuci rambut, pastu mesti duk sibuk ikut apa aku buat..

Kebetulan dalam kereta ada kain lampin, maka dengan senang hati, Iskandar pintal kain di kepala…pastu, lipat dan …

taaaaadddddddaaaaaaa……. inilah hasilnya…

tiru macam saya!

tgk..tgk… siapa kata anak2 x pandai meniru…

macam la ada rambut si Iskandar nie.. hikhikhik…

macam mana yek gelagat kalu ada anak perempuan?? emmm…..emm… aku?? 3 lelaki.. so x der la pengalaman yek.. :)

Tiket Konsesi Negeri Melaka

On November 3, 2009, in Blog, Melaka, Orang awam, Others, Produk, by Sumijelly

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah melancarkan Tiket Konsesi yang bertujuan untuk menggalakkan serta memberikan peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi muzium – muzium serta galeri yang terdapat di Negeri Melaka.

Tiket Konsesi ini boleh didapati di semua kaunter tiket muzium dengan kadar harga RM 3.00 bagi pelajar / kanak – kanak dan RM 10.00 seorang bagi dewasa di mana para pemegang tiket konsesi ini boleh mengunjungi 9 buah muzium dan 3 buah galeri seperti berikut :

a) Kompleks Muzium Stadthuys :

  • Muzium Sejarah dan Ethnografi
  • Muzium Sastera
  • Muzium Pendidikan Melaka
  • Muzium Tuan Yang Terutama Negeri Melaka
  • Muzium Pemerintahan Demokrasi
  • Galeri Laksaman Cheng Ho

b) Kompleks Muzium Samudera :

  • Muzium TLDM
  • Muzium Fasa I (Kapal Flor De La Mar)
  • Muzium Fasa II

c) Muzium Istana Kesultanan Melaka

d) Galeri Melaka

e) Galeri Ketua Menteri Melaka

Bagi memberi kesempatan kepada para pengunjung mengunjungi ke semua muzium dan galeri ini, PERZIM menawarkan kunjungan selama 2 hari bagi membolehkan mereka menghabiskan lawatan ke muzium dan galeri tersebut. Tempoh promosi Tiket Konsesi ini diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah menghubungi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) di talian 06 – 2827464.

Sekian, terima kasih.

Ok…sekarang nie masa tuk masuk peraduan la pulak yek… emmm… bila la pulak sumijelly.com nak wat peraduan yek.. hehehe… ada…ada… kene ar tunggu..

Bulan lepas aku dh masuk Peraduan Anakku Comel dalam Kereta Sorong.. kali nie pulak Peraduan Anakku Dalam Keadaan Semulajadi.. hahaha… burukkan ayat kalu aku tukar dalam BM.. maksud aku November 09 theme is “Cutest Baby in NATURE“.

Nak joint ker?? Jom…….jom… kita memeriahkan lagi peraduan nie, masuk jer dalam Mom Blogger Planet tau!

Peraduan ini berlangsung dari 01.11.2009 – 15.11.2009

eh tulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. Maka confirm2 sumijelly pilih Bahasa Malaysia kan.. Apa lagi.. meh baca entry aku berkisar peraduan ini yek..

Iskandar in Nature

Nama : Muhammad Iskandar B Mohd Zaire

Tarikh Lahir : 28.02.2007

Ini adalah Muhammad Iskandar… korang sure tahukan ini anak aku yang ke-2. Yang ini amat istimewa cikit dr adik dan abang nya.. sebab dia sahaja yang aku lahirkan secara NORMAL.. :)

K..kalu mengikut tema bulan ini berkenaan NATURE = ALAMSEMULAJADI.. emm tul x?? maka meh kita bercerita pasal keindahan semulajadi ciptaan Allah swt ini.

Kalu korang nak tahu, umah baru sekarang amattttttt jauh sekali dari PADANG PERMAINAN. Dulu kalu umah lama…terlampau dekat..depan umah jer.. bukak pintu nampak padang..

So bila dah jauh nie.. nak bawa anak2 ke padang amat lambat..hehehe.. x der masa, dan x berkesempatan. So bila aku mendapat kesempatan bersama keluarga… yup! ini lah masanya..

Aku kalu pergi holiday bersama keluarga, TAMAN PERMAINAN la yang akan aku bawa. Yer.. kanak2 amat suke rkalu dibawa ke taman permainan. Ada buaian, jongkang-jongkit, gelungsur dan perlbagai la..

Kalu aku kuar ke taman2 luar pula, suker bawa derang ke Taman Tasik Permaisuri.. kat citu ramai kanak ygn bergumbira menikmati keindahan luar. Seronok bila tgk anak2 gembira dengan aku-aku sekali seronok.. sbb dapat release tension sekali. sebab x yah dok pikir kerenah2 derang kalu kat luar. :)

Kebaikan bila kita berada di sebalik alam semulajadi, dengan secar automatik nya.. otak kita akan segar kerana kita menghidu kesegaran daun2 yang menghijau.. dan dapat meredakan tekanan hidup.

So..kalu rasa tertekan..pandanglah alam semulajadi dan tenangkan hati yg tertekan.. insya allah.. dapat meredakan sedikit walaupun x banyak tekanan hidup kita.. 8)

So…entry tuk peraduan ini aku dah wat… hopefully MBP review dan nilaikan la yek..

So pada pembaca sumijelly kat luar tu yang nak masuk peraduan ni, meh…meh.. masuk.. Kalu x der anak sendiri, leh apa masukkan anak buah ker, anak sedara ker, anak sepupu ker, tapi semestinya korang ada hubungan kekeluargaan la yek.. kalu x, tidak layak la yek.. Jadi kalu tingin nak masuk perduan ni, sila pergi ker

Where Moms Unite

MomBloggersPlanet contest page :
http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/

Untung woo kalu masuk peraduan ni, kalu menang leh dapat hadiah dari 2 penaja nie tau… ni penaja cukup setia dengan MBP yek! lama dah bersama MBP gak..hehehe

1) PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my

2) AliceWonders : http://www.alicewonders.com

So, apa lagi, meh rebut peluang yang hanya datang sekali sekala ni kan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...