2009 November 05

Malaysian International Seafood Exposition 2009

On November 5, 2009, in Blog, Events, by Sumijelly

events

Tarikh : 03.11.09 – 04.11.09

events

events

X der apa2 pun..saja post entry ni tuk tatapan..

maklum la dh kerja di PWTC.. maka segala events leh tahu la..

dulu sebelum kerja KL dok sibuk nak ke PWTC pasal selalu ada itu la, ini la..

tp dah kerja kat KL nak pulak di PWTC.. naik muntah lak dengan pameran2 ini.. :)

Tangkap Muat : Episod 6

On November 5, 2009, in Blog, Keluarga, Media Hiburan, by Sumijelly

Pernah x korang tgk TANGKAP MUAT… muat yek..bukan tangkap maut k… ni aku nak citer tuk Episod 6 tau… sebab nya mangsa kali nie x bukan x lain adalah pak cik aku sendiri.. (adik mak aku yek!)

TM : 6

Ni aku petik dari ASTRO punya laman web mengenai apa itu TANGKAP MUAT

´TANGKAP MUAT´ is a platform for selected Malaysians whose characters come from various backgrounds to be transformed by the fashion experts. Those who are chosen will have a total makeover. They will be interviewed before they go through their transformation so as to capture the before & after effect of their change. The stylish and bubbly Host, Sarimah Ibrahim and the Agents (make up & wardrobe styling experts) will do necessary spot check and verify the necessary makeover needed.

Yer..nak ubah penampilan k.. bukan nak ubah lain.. penampilan sahaja. Di mana peserta akan di taja dari pakaian hingga ke perhiasan (bg yg pompuan la).

TM : 6

So tuk episod 6 rupanya Acik Ah aku yang kene…. :)

TM : 6

Sian pak cik aku derang p JAIL kan..hehehe…. tgk.. umur dh 59 tahun ko.. memang ROCK la!! 8)

Pak Cik aku nie duk kat Beranang, Jalan Enam Kaki. Kampung halaman aku la.. kan aku pernah citer, umah tu dh x der org nak duduk, dr terbiar, pak cik aku anak beranak la yang duduk… ;)

TM : 6

Zulfadli, Rizalman & Sarimah la yang akan merubah penampilan pak cik aku nie.. K.. aku selalu panggil pak cik aku nie Acik Ah yek..

So untuk rasa seperti ada pertalian kekeluargaan cececewahhhh… tetiba sebut pertalian la kan.. hehehe.. maka aku akan tukar dari pak cik ke Acik Ah di dalam ini entry yek..!

TM : 6

Acik Ah nie memang pemuzik. Dulu dia ada kumpulan namanya Wonders, kalu x silap aku la… Banyak kali dah Acik Ah nie masuk TV.

Selalunya berkisarkan kumpulan muzik la. Jarang la citer pasal kehidupan dia. Mak aku kalu Acik Ah nie masuk TV, habis satu family dia g telepon bagi tahu. Kejap2 kang call aku

Buka Tv bla..bla.. Acik Ah ko masuk TV

Dulu-dulu ada la RECORDER kan.. maka selalu gak rakam, kendian salin pas tu bg kat Acik Ah aku nie.. bagi dia simpan wat kenangan la.. :)

Acik Ah aku ni memang berambut panjang… kalu korang nak tahu..memang paaaaaaayyyyyyahhh nak potong yek. Atuk ngan wan aku dh x terkata la bising nya.. tp Acik Ah tetap x akan potong.

Sekarang kene TANGKAP MUAT…haa… kene la potong kan.. kalu tidak mau bisong mulut si Rizalman & Zulfadhli…

TM : 6

tu dia… Penaja dah sampai.. ni tingkat atas.. derang ikut TANGGA luar yg selalu aku snap2 gmbr ngan sepupu sepapat aku tu..

Pintu kayu tu.. x bertukar langsung setelah bertahun2 …sentimental value yek!

TM : 6

Habis piala Acik Ah aku di bacanya..siap tolong bersihkan lagi…. berabuk la katakan.. :)

TM : 6

tu dia…….selamba kodok jer derang g bukak almari buruk Acik Ah aku…

Habis segala baju di tayang nya.. kantoi..kantoi…

TM : 6

aku part-part lain x heran la.. part g beli baju ker, part g kedai muker tu ker..yang aku tunggu ialah part POTONG RAMBUT yek…

dengan disaksikan beribu2 penonton ASTRO…maka dengan rasminya rambut Acik Ah di potong…

hahahaha…….padan muker dia.. :p (jahat tul anak sedara dia kan?? hehehehe)

TM : 6

itu dia rambut sebelum.. dan selepas…

pendek kan… susah woo nak tgk Acik Ah nie rambut pendek.. tuk sekian..kian kalinya..

Pendek jua rambutnya…

TM : 6

Gembira aku tgk Acik Ah berwajah baru…

emmm..bila la nak jumpa lagi.. masa raya ari tu x berkesempatan, sebab Acik Ah kuar.. :o ups:

Tunggu la aku balik Beranang nanti la baru jumpa..

So..itu lah kisah Acik Ah aku setelah di TANGKAP MUAT…

Ada ker opis mate aku kata, derang nak wat tuk aku… x patut.. x patut.. kalu ada, confirm aku x moh…. malu siot………. :)

Tips mengenai Kempen Nuffnang

On November 5, 2009, in Blog, Nuffnang, Panduan, Pendapat/Komen, Statistik, by Sumijelly

K..kali ni aku nak kongsi sikit mengenai KEMPEN dari NUFFNANG nie.. ialah..memasing nak tahu mcm mana nak raih pendapatan dari Nuffnang nie kan.. meh..meh.. aku nak story cikit..

Ni petikan dari blog Kak Red yek.. aku just copy bulat2 tanpa mengedit satu pun… supaya mudah dan faham ayat dari kak red dan bukan aku yang menambah2 yek…

you just have to be honest bout your view on RM, make an entry and tell me, i will visit insyallah cepat atau lambat jer, and kalau sesuai masuk lam slot RM, here it is. BTW, there s no such thing you click nuffnang’s ads tu yang oi, tak semua iklan lam nuffnang side bar atas bawah tu needs to be clicked. I never click mine, and never click any bloggers nya ads pun, itu adverlets bolehlah. ni Nuffnang.

tu adalah petikan ayat dari Kak Red..bermakna nak dapatkan earning dari Nuffnang, x semestinya nak kene click sana, click sini, click sinun… itu maksud Kak Red yek..

Tapi situasi Kak Red x sama yek kengakawan… meh..meh kita baca balik apa Nuffnang tulih yek

Bagi kempen CPC

  • Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC.
  • Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik.
  • Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.

Kempen CPC
Dilancarkan atas permintaan pengiklan. Ia akan dipaparkan ke dalam semua blog didaftar bawah rangkaian Nuffnang yang telah memilih opsyen ‘Papar Iklan Global CPC’ di dalam Pilihan Iklan halaman Pengurus Blog mereka. Kempen CPC hanya akan dipapar pada blog yang tidak terlibat dengan mana-mana kempen CPM yang berjalan pada masa itu. Blogger akan dibayar berdasarkan bilangan klik unik yang dijana oleh pengunjung unik blog masing-masing. Kempen CPC akan tamat setelah ia mencapai bilangan maksimum klik dan akan mengemaskini bayaran untuk setiap blogger terlibat yang telah menjanakan klik unik ke atas kempen CPC itu di dalam blog mereka. Jika terdapat blog yang telah memaparkan iklan kempen CPC tetapi tidak menjana sebarang klik, maka tiada bayaran akan diagihkan kepada pemilik blog tersebut.

Bagi kempen MCPM (Metered CPM)

  • Pengiklan akan membeli sejumlah set bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklan mereka dalam tempoh minggu tertentu.
  • Jumlah pendapatan yang anda perolehi akan disimpan sebagai Pendapatan Terumpuk sementara kempen itu berjalan sehingga ia mencapai bilangan unik yang dibeli pengiklan daripada blog anda. Setelah blog anda selesai memberikan jumlah unik yang dikehendaki, pendapatan anda akan dikredit masuk ke dalam Pendapatan Semasa anda.

Kempen CPM

Pengiklan kami akan memilih senarai blog yang mereka ingin paparkan iklan mereka kerana kadar bayaran lebih tinggi berbanding bayaran bagi kempen CPC. Keputusan mereka mungkin bergantung kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog, lokasi-lokasi unit iklan di dalam blog, status keahlian blogger Nuffnang dan kewujudan unit iklan di dalam blog. Jika anda terpilih, anda akan menerima e-mel notifikasi mengenai kempen iklan atau boleh dijumpa dalam halaman Pendapatan, di bawah bahagian Pendapatan Terumpuk.

Oleh kerana pihak pengiklan mementingkan sasaran penonton untuk melihat kempen iklan mereka, hanya blog yang mempunyai pembaca blog yang sesuai akan dipilih. Jika pembaca blog anda jatuh di dalam kategori yang berkaitan, anda pasti akan dipilih masuk ke dalam senarai mereka

Lokasi unit iklan adalah penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan kami telah membelanjakan wang yang banyak untuk mereka dan membeli ruangan iklan. Mereka mahu mesej iklan mereka disampaikan dengan sebaik mungkin kepada sasaran penonton. Oleh itu, mereka mahukan ruangan iklan yang berada di lokasi yang optimum dan sesuai. Sila pastikan unit iklan anda berada di lokasi yang sepatutnya dan pihak pengiklan semestinya berpuas hati dengan faktor ini. Unit skyscraper sepatutnya menjadi elemen pertama di dalam bahagian sidebar dan bukan di bahagian lain. Unit leaderboard juga mempunyai peraturan yang sama di mana ia perlu menjadi elemen pertama yang dilihat pengunjung blog anda semasa memasuki blog anda dan bagi unit Large Rectangle, ia perlu diletakkan di bawah petikan blog pertama anda. Sekiranya unit iklan dalam blog anda tidak berada dalam sususan ini, ia akan memberi mempengaruhi keputusan pihak pengiklan untuk memilih blog anda dan mereka mungkin memilih blog lain yang mempunyai lokasi unit iklan yang lebih bagus.

Kewujudan unit iklan memainkan peranan penting bagi pihak blogger untuk dipilih ke dalam kempen. Semua pihak pengiklan kami membahagikan bajet mereka ke dalam 3 unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle) apabila mereka berurusan dengan kami. Jumlah bajet yang diberi adalah terhad dan tidak dapat diberikan kepada jumlah blog yang banyak bagi setiap jenis unit. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 jenis unit iklan, ini dapat meningkatkan peluang anda untuk dipilih.

Status keahlian juga memainkan peranan dalam pengiklanan kempen kerana pihak pengiklan kami mengutamakan blog Glitterati untuk iklan mereka kerana ia merupakan sebahagian daripada program ganjaran terhadap blogger setia kami. Ahli biasa akan tetap dipilih untuk kempen iklan tetapi dalam bilangan yang lebih rendah berbanding ahli Glitterati.

Clear x?? ini bermakna….kak Red nya blog di kategori dalam Kempen MCPM yek.. dia dh mempunyai pengunjung blog yang melebihi dari sasaran nya. Itu yang di x memerlukan Kempen CPC..

Mungkin sebelum dia mencapai Kempen MCPM dia memerlukan Kempen CPC dulu kot.. itu yg dia mendapat Kempen MCPM… pergh..berbelit lidah aku menyebutnya.. :) korang paham dak?? Kalu salah tolong betulkan yek!

emmm…berbezakan blog yang mempunyai pengunjung yang tinggi dan pengunjung yang rendah.. aku x tahu la berapa kah sasaran yang Nuffnang letak untuk mencapai ke Kempen MCPM tu..

100??

500??

1,000??

atau…..

2,3 ribu???

sehari @ seminggu @ sebulan???

emmm…… cam ner yek pengiraan nya.. kalu ikutkan rating aku.. setiap minggu pengunjung aku boleh la.. cukup makan kot.. tu yang sampai over pengunjung bulan lepas…. :)

rating week

ni rating pengunjung aku dari 28.10.2009 – 03.11.2009 kiranya seminggu punya rating la..

Paparan 926, tapi unik hanya 588…..

rating month

manakala yang ini pulak dari 04.10.2009 – 01.11.2009 kiraan untuk sebulan…

Paparan 3478, tapi unik hanya 2181

rendah kan?? emm…. x perlah.. pelan2 kayuh..hehehe..

k… setelah aku memberi penerangan ini..harap sumer paham la.. dan rasanya aku memerlukan dahulu KEMPEN CPC sebelum leh dapat KEMPEN MCPM…

Kene dapat dulu sasaran pengunjung, baru agaknya Nuffnang nak bagi kat aku KEMPEN MCPM kot…. bila la nak capai sasaran yek??? 8)

K..pas nie kita akan citer apa pula maksud paparan ngan unik yek…! So..nantikan entry aku yag akan datang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...