2009 November 10

Mari main mata

On November 10, 2009, in Blog, Suka-suka, by Sumijelly

Apa yang korang nampak dari gambarajah ini??? 8)

main mata

A : Wajah

B : Gelas

C : Kedua2nya…

Jom…main teka2…ni x der hadiah yek..

sesaja main mata dan minda…. :)

Untung duk di Selangor

On November 10, 2009, in Blog, Keluarga, Rumah, by Sumijelly

Sapa yang duk mukim Selangor mesti tau apa untung nya.. Org kata klau anak kelahiran Selangor, memacam leh dapat. Biasiswa la, tanah la, kerja la. Emmm… aku lahir kat Selangor apa… tu kat Beranang yek..

Tapi sekarang aku duk kat Selangor gak.. Sejak kawen x sangka la pulak leh tercampak kat Selangor.. padahal parents aku duk kat Pandan Indah KL tp bermukim selangor… hahaha… konpius kan.. 8)

Iyerla Pandan Indah, tp poskod 55100 KL. Padahal sebelah umah parents aku Balai Bomba dan jalan ke depan cikit dh jumpa MPAJ, Selangor.. Cam ner tu?? :)

IMG

Korang nampak x harga air yang aku kene bayar??

RM0.45 sahaja… yer… bawah RM1.00

giler kan?? mcm mana la aku leh pakai air semurah tu..

korang ingat aku g curi air ker?? oh TIDAK!!!

IMG

Bil semasa aku hanya la RM12.90 sahaja…

tapi di sebabkan aku duk di area SELANGOR, maka kerajaan SELANGOR telah memberi penggunaan PERCUMA kepada rakyat jelatanya..

Maka aku salah seorang penduduknya dapat menikmati air PERCUMA sebanyak 20m padu yek..

So, seteleh di tolak RM12.08 , maka pembayaran yg perlu aku bayar hanyalah RM0.45 sahaja!

Pergghhhh….untung giler kan??

IMG

Maka sila jangan jeles yek.. :love:

Tp aku bukan jenis pembazir yek.. seminggu 3 kali cuci baju, dan umah aku hanya di duduki oleh 3 dewasa, 3 kanak2 jer..

Sabtu dan ahad sahaja banyak pakai air tuk cuci kereta, basuh bilik air, mop lantai, basuh apa2 yg patut..(perghh….cam banyak keje kan hari minggu!) :)

Maka sila la pindahkan umah korang ke SELANGOR! kalu korang sempadan jer kan… g tarik sempadan tu.. :)

tp kalu x leh nak pindah gak.. duk jerla di mana2 pun… kalu pandai berjimat cermat, leh gak untung kan??

emm….bila la pulak ELETRIK  kerajaan SELANGOR nak kasi PERCUMA yek??

Seketul keju dan sehelai tuala kecil

On November 10, 2009, in Blog, by Sumijelly

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

“Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

“Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.”

Lalu dijawab oleh ayahnya.

“Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.”

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYALLAH”

“WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA…”

oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...