2009 November 16

Sambungan semangat tadi!

On November 16, 2009, in Baby, Blog, Panduan, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Yer..td entry aku pasal semangat tuk kawan aku tu sampai kul 3.00 ptg jer kan.. Jadi nie sambungan nya..kiranya stock aku tuk hari ini di opis la..

Kul 3.30 ptg td aku sambung pam untuk kali yang ke -3 … maka

pam

hasil tuk pam yang ke 3 ialah 4 oz..

maka jumlah untuk hari ini 5oz + 3.5 oz + 4 oz = 12.5 oz

pam

ini lah hasil di dalam peti ais kat opis.. akan ku bawa balik dan di simpan di peti ais umah aku untuk di beri pada pengasuh pada keesokan harinya.. perghh..panjang tul.. :)

Bekalan kat rumah masih ada 4 botol lagi.. ada rezeki aku leh dpt banyak, kekadang sedikit.. ikut nasib jugak tu..

Sebenarnya aku x mengamalkan sebarang petua pun.. makan, minum aku x pernah jaga..sumer makan.. ais pun aku minum ko tp alhamdulilah anak aku x der pulak sakit perut @ alahan lain..

pernah aku mencuba minum air menambah susu badan, tp x pernah berhasil.. malah makin kurang adalah..bila aku stop dari minum air tu.. x der pulak kesan lain, malah susu aku macam biasa banyak juga.. malah banyak pun ada gak..

Mungkin sesetengah org perlukan makanan tambahan @ mengamalkan jamu untuk menambah susu badan. Terpulang pada masing2..nak cuba silakan.. x nak cuba pun boleh.. selagi x memudaratkan boleh aja..tp kalu ada effect, baik hentikan sebelum melarat..

K.. entry tuk susu badan sudah habis.. nanti ada lagi perkembangan terbaru, akan ku kemaskinikan.. :)

Pada kawan ku yang lain.. cuba selagi boleh, kerana susu badan sekali tuk seseorang anak..selepas 2 tahun x akan ada lagi susu untuk anak itu. :love:

Semangat untuk kawanku!

On November 16, 2009, in Blog, It's Me!!, Panduan, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Entry khas yg sangat ringkas… dah lama x update mengenai susu ibu nie kan.. Kalu korang nak tahu, aku masih menjalankan aktiviti mengepam yek..

Walaupun stok aku x penuh macam dulu, tp still lagi mengepam seperti biasa, cuma kurang kerap la…tp still maintain….

pam

Ini kejadian pagi tadi, amat segar lagi tuk tatapan koraang.. rasa x nak tgk, sila buka entry lain… :)

Aku guna 2 pam serentak sekali..amat cepat dan senang sekali. AKu pernah wat PANDUAN : Stock susu badan dan PANDUAN : Breast Pump kat dalam blog aku ni..

Korang rajin?? g la baca entry tu yek! :love:

pam

Susu yang aku pam pada pukul 9.15 pagi tadi berjaya menghasilkan 5 oz sahaja… cukp untuk 1 botol susu kecil

pam

Pada pukul 12.30 tengahari pula, berjaya mengepam sebanyak 3.5 oz sahaja..kurang dari pagi tadi..

dan pada pukul 3.30 ptg pula, aku akan mengepam tuk kali ke 3.. leh la menapung bekalan untuk Zulfadhli yang sekarang makin lasak dan x reti duduk diam.

Alhamdulilah, sehingga sekarang Zulfadhli masih lagi menyusu badan. Sekarang Zulfadhli dh makan bubur nasi. Jadi kadar kelaparan mungkin kurang la..sebab dah seimbang, makan dan minum.

Entry ni khas ku tujukan untuk kawan ku Oney, sebagai pembakar semangat untuk meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak yang baru dilahirkan 2 bulan yang lepas..

Oh ya..selamat menimang cahaya mata, untung Oney, sepasang dah anak ko!

Dengan sepatah dua kata dari ku :

Oney, cuba sehingga berjaya, jangan mudah putus asa!

Jangan la dikau katagih kerana ia

On November 16, 2009, in Blog, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Tu la…dr dulu aku dh cakap…jangan terjebak..jangan terjebak.., bila dh terjebak.. x leh dh nak undur2 diri.. dh terjebak, x pepesal dh ketagih…

Adess… tu la penangna FB skrg nie.. memula x pandang, pass dh cuba..adess.. hari2 mau..

FB

Tgk..tgk.. ni la kerja aku kalu balik umah ngan kat opis.. membina ladang.. dh beli kandang LEMBU dah..

Punya la gigih aku nak naik LEVEL 11 tu… hari2 kene berladang.. padahal kat belakang umah aku tu, daun kunyit pun dh mati.. :)

FB

Sekarang tgh nak try naik level.. nak cuba challange kawan2 aku nie..

Ishk… kalu internet umah aku tu lajuuuuusssssss….mau hari2 aku ngadap internet tu.. :)

Korang dah ADD aku kat FB ker?? kalu lom…sila lah ADD aku yek… :love:

Selamat Pengantin Baru Iskandar!

On November 16, 2009, in Blog, Hari-hari terpilih, It's Me!!, Kawan, Wedding, by Sumijelly

Yer…Selamat Pengantin Baru Iskandar.. hehehe..bukan anak aku la..tapi kawan aku la.. Kawan masa sekolah rendah dulu… pergh…tgk..punya la lama..tp still berhubung lagi.. korang masih berhubung x ngan kengkawan sekolah rendah?? Tak…?? ishk,,ishk…dh, g cari kat Fb tu, sure ramai kan??

K..kawan aku nie wat Majlis kat Bandar Saujana Putra…aku pun x pernah sampai kat citu..kawasan perumahan baru gak la. Masih kuar masuk lori tanah. Kiranya masih dalam pembangunan la tu.

wedding

Aku g hari sabtu hari tu kul 12.30 tgh hari, tapi di sebabkan g berkonvoi..menjadi la kul 1 ptg baru bertolak dari rumah.. biasala, ada jer masalah.. baru balik kerja la, nak mandi la.. nak itu la.. nak ini la… :)   (jangan marah keyrul…)

wedding

Sampai sana dah ada yang sampai dulu. Raja la yang aku nampak..Naz sampai kemudian nya. Bila sesekali berjumpa, macam2 la bercerita. Kisah A la, kisah B la.. ada yang duk citer pasal kerja, pasal rumah, pasal anak..

Skrg kawan aku nya wife, Shahril sedang mengandung anak petama.. rasanya lagi 1 sebulan akan bergelar bapa pulak. hehehehe…bertambah lagi anak2 buah aku nie yek.. walaupun anak kawan aku, tetap gak anak2 buah aku…:)

wedding

Rajin si Raja melayan si kecik nie.. habis dia main muker.. dan kebetulan baju derang sama lak.. apa lagi, aku pass la anak aku kat raja.. dah macam bapa ngan anak lak..

Ok apa…ada ciri2 nak timang anak tu?? bila lagi?? hehehehe

wedding

Kitaorang layan makan dulu sambil Pengantin ronda2 jumpa ahli keluarga dia.. sampai kat meja kitaorang..wah..bercerita sampai x ingat diri tu sebagai Pengantin..hahaha…

Sebaik majlis dia.. kalu majlis org…habis.. x per.. x per… bila lagi nak mengusik pengantin kan??

wedding

Ni acara bergambar bersama pengantin pula.. Pelamin x der, dia buat sempoi jer.. x per, yg penting nikah dulu.. sanding2 x der pun x per..

Dah wat majlis macam nie pun cukup meriah juga..

K..k… susun atur diri memasing.. tu tgh cari port nak berdiri…

wedding

Standbyy… bersedia… ada lagi yg belum bersedia..

Apa lagi la pengantin duk bercakap tu??

wedding

Senyum!…………….

wedding

Acara menembak pengantin dengan acara gaya bebas.. hahahahaaha

wedding

Apa2 pun..sumer dah selamat…

Nikah sudah, majlis pun sudah..

Selamat la berbahagia hingga akhir hayat…

Selamat Pengantin Baru dari sumijelly sekeluarga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...