2009 November 24

Bertambah lagi anak buah ku!

On November 24, 2009, in Baby, Blog, Keluarga, by Sumijelly

baby

Pada 23.11.2009 lahirkan seorang bayi perempuan di HUKM oleh kakak ipar ku. Anak yang ke tiga selepas kelahiran pada tahun 2004.

baby

Sebelum nie abang sulung aku mempunyai 2 orang anak perempuan, Diana dan Qaisara. Rezeki kali nie perempuan juga. x perla, x der rezeki nak dapat lelaki. emm… mcm mana la pulak aku yek nanti kalu aku ngandung anak ke 4..dapatkah anak perempuan?? :)

K..k…lupakan kisah aku nak mengandung yek.. lambat lagi tau..

baby

Baby comel ni di lahirkan di HUKM secara normal. Beratnya hanya 2.80kg sahaja…kecik kan… comel jer ….

Tadi petang aku singgah umah mak aku kat PI g jenguk kakak ipar aku. Dia dah balik dr HUKM, jadi better g umah mak aku kan..dpt makan. lama x makan masakan mak aku.. hehehehe

baby

Sekarang Qaisara x leh panggil kakak lagi, kene panggil Kak Ngah @ kakak Qaisara.. aku lupa la pulak apa nama anak buah aku nie…

Dengan kelahiran kali ini maka genaplah 12 orang cucu mak aku… Tahun depan kakak aku lak akan beersalin untuk anak yang ke – 6… bertambah lagi….hehehe..

ishk..ishk..dh nak masuk 6 org dah kau kak Ida.. hehe..sebaik aku ada gak yang bedah… kalu tidak, semendang jer ngandung salin, ngandung salin.. ishk..ishk..ishkk… :)

baby

Ohw….itu bukan ibunya yek.. kalu aku yang bersalin confrim korang lebih awal dah tahu kan?? …itu adalah mak teh nya yang comel lagi cun yek…hehehe :)

Selamat berpantang la pada kakak ipar ku… :love:

Ibu kemaruk makan buah kedondong

On November 24, 2009, in Blog, Media Hiburan, Orang awam, Surat Khabar, by Sumijelly

Korang ada baca x paper semalam… pasal seorang ibu kemaruk makan buah kedondong sehingga melahirkan anak seberat 6.15kg!

Gulp! giler seh… 6.15kg, secara normal yek.. bukan pembedahan.. dasyat giler la… aku pun bersalin kan Iskandar seberat 3.45 kg jer… tu pun habis napas aku teran..hehehehe

Aku tempek lagi sekali berita tu dr sumber Harian Metro semalam…

Ibu kemaruk makan buah kedondong

Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my

GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan <br>seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.
GEMBIRA…Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan
seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.

ALOR STAR: Ibu kepada bayi lelaki seberat 6.15 kilogram (kg) yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, di Jalan Putera di sini, awal pagi kelmarin, mampu menghabiskan satu kilogram kedondong sehari sepanjang mengandung bayi berkenaan.

Suri rumah, Aishah Yasin, 35, dari Taman Sri Changlon, Jitra, dekat sini, melahirkan anak kelimanya secara normal kira-kira jam 2 pagi mencipta sejarah sebagai bayi terbesar di negeri ini selain mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu pada Jun lalu.

Bayi berkenaan dipercayai kedua paling berat di negara ini kerana mengikut catatan Malaysia Books of Record, bayi terberat yang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.

Aishah yang ditemani suaminya Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata, sepanjang mengandungkan anak lelaki itu, dia kurang selera makan tetapi gemar makan buah kedondong dan minum susu serta teh ais.

Katanya, setiap hari dia makan hampir satu kilogram buah kedondong sehingga memaksa suaminya pergi mencari di merata tempat untuk mendapatkan buah terbabit.

“Setiap hari saya terlalu ingin makan buah kedondong dan saya mengambilnya dalam jumlah yang banyak mencecah satu kilogram sehari dan nasib baik suami memahami serta memenuhi kehendak saya ini.

“Saya memang tidak menyangka akan melahirkan anak seberat ini kerana sebelum ini iaitu ketika ujian pengesanan, bayi ini dilaporkan seberat 4.5 kg saja.

“Walaupun berasa agak letih selepas dimasukkan ke dewan pembedahan jam 10 malam, keletihan itu berbalas apabila dimaklumkan bahawa anak saya sihat dan beratnya 6.15 kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia bersyukur kerana melahirkan anak kelimanya itu dengan selamat tanpa perlu menerusi kaedah caesarian (pembedahan) walaupun saiznya anaknya agak besar berbanding bayi lain.

Katanya, kemampuan doktor yang menguruskan kelahiran itu mendorongnya untuk kuatkan semangat untuk melahirkan melalui kaedah normal.

“Kelima-lima anak saya mempunyai berat badan yang istimewa iaitu anak sulung seberat 3.9kg, kedua 4kg, anak ketiga empat kg dan keempat lima kg,” katanya.

Tapi tula namanya rezeki… walaupun anak2 nya yg terdahulu ada yang mencecah ke 5 kg… x sangka dia leh dpt lagi besau… emmm…. tp alhamdulilah kan.. x perlu bedah.. normal.. memang hebat wanita itu… :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...