2009 November 26

Terima Kasih D Eila Pesona

On November 26, 2009, in Blog, Events, It's Me!!, Peraduan, by Sumijelly

Yer, akhirnya apa yg ku nanti sudah datang dengan sendirinya…ceh..ceh..ceh..bukan dtg sendiri la…, abg sure reach sudah htr la… apa daa korang nie… x kan brg tu dtg sendirikan?? :)

Ingat x peraduan yg aku kata aku adalah pemenang tu.. alahai.. yg aku dpt tempat pertama..hehehe.. ha peraduan tu la..akhirnya samapi gak hadiah nya…

sebaik IR aku MC, jadi dapat la terima barang tu. Sepatutnya hari jumaat lepas…tp maklum la x der org, maka barang pun x sampai la… jenuh dok sms tnya kat IR barang dah sampai lom…dah sampai lom… bila IR aku kata DAH.. perghhh…lega… tinggal balik nak tgk jer, apakah hadiah nya tu.. hehehehe 

img

fuh…sebaik dalam plastik lagik, lom bukak.. takut aku kalu IR aku bukak dulu… x suspend la kan tuk aku…

iyerla…dah nama aku..kene la aku yg bukakkan…hehehehe jauh tu… dari johor ko…

Dari johor samapi jua ke tangan org Bangi… :)

img

perghhh…………….ada lagi la pulak bungkusan… banyak tul bungkusan.. ingat dh leh nampak dah apa hadiahnya..

tp x nampak lagi la pulak… eh..eh….ada sampul surat la pulak… surat chenta tuk aku kah?? hahahahha

siapa lak nak bagi aku surat nie… suspen…suspend……….8)

img

yer…akhirnya…nampak gak barang nya…Losyen la…eh..eh.. Halimau la.. wah..best..best…sebelum nie aku pernah ada satu losyen….barang *tttuuttttt*…ishk…mana leh bg tahu…terjejas la produk D Eila Pesona nanti…elok sgt la tu..dh la aku kehabisan stok dh nie. bagai pucuk di cita ulam mendatang ko…

thanks la Sofia..cam pepaham jer..sumi perlukan losyen nie… :)

img

laa…buka Halimau la tapi Pati Limau Nipis la… sama jer kot… mungkin yg tu guna halia + limau,tp yg nie limau nipis..agak2 x cukup limau nipis leh ker aku bubuh losyen nie wat air..kahkahkah…..

sewel apa aku..tu losyen la..bukan tuk minuman..nak minum, tu dia dh bagi sekali Tramz Lemon Plus lagik..wah…. ada dua la… best…best…. tp aku baca arahan kat belakang botol tu..

TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN BADAN

emmm….maksudnya…aku still gak x leh minum…sebb nya, aku kan  menyusukan badan… kang ada effect nanti..aku gak susah..x perla..nanti aku bagi la kat adik aku @ sesiapa yg nak… kakak aku pun x leh gak, dia ngah mengandung.. emm…nanti la pikir nak bagi siapa…

img

ni dia punya risalah pasal Losyen nie… korang baca la citu..aku dh tempek kasi korang baca dah…

BOLEH MEMBANTU MENGATASI MASALAH PERUT BUNCIT…

alahai…cam tetau jer masalah pompuan ni kan…

tapi IR aku ada kata ” kalu makan pun x hengat, x kan dapatla perut kempis der” hahahaha

x per.. x per… nanti dah kempis..aku tunjuk kat IR aku…hahaha..

Aa-apa pun..terima kasih pada Sofia di atas anjuran kuiz hari tu… dan terima kasih atas pemberian hadiah ini.

Thanks yek D Eila Persona

Masih dalam mood raya?

On November 26, 2009, in Blog, Kawan, Pejabat, by Sumijelly

Hehehe..sempena nak raya haji ni… x salahkan kalu aku kuarkan gambar raya masa kat opis nie kan??

Dari sehari ke sehari aku nak publish, x gak buat2..

Since nak raya haji, x salahkan aku sajikan gambar raya.. lagi pun nak Raya Haji, so meh kita timbulkan suasana Raya.. ecewaaahhh….

raya

Oh..inilah sebahagian Keluarga Opis aku.. sebenarnya ada lagi yg x ada dalam gambar nie.

Ada yang bercuti, yang ilang entah kemana.. hehehe.. maklum la suasana raya.. sibuk melayan tetamu…opss.. makanan…

raya

Oh…gambar sebelumnya amat sopan sekali… selepas sopan, mestila kurang sopan.. hahaha..

Yer acara GAYA BEBAS.. itu aku yg sebut la.. :)

Dah x sopan sungguh rakan2 aku ni kan?? tapi koran gpasan x yang duduk di barisan hadapan.. sopan lagi kan??

Mana x sopan, depan sekali mestila ketua2 dia Bahagian aku.. dan yang berbaju Biru Laut tu Pengarah aku..

Oh..ya.. dia masih bujang lagi yek.. ada yang nak ngorat?? :)

raya

Selepas bergambar bersama keluarga opis, kami berpakat nak bergambar bersama Pengarha aku nie..JUST WOMEN only!

Tapi bila aku perhatikan gambar nie.. dh macam meraikan PENGANTIN BARU jer kan?? kehkehkeh

x per.. x per.. depa masih bujang.. dan single.. x salahkan? kan?? :)

raya

hahaha..aku cukup suker gambar ini.. gambar GAYA BEBAS… tgk..tgk.. aku over tul sebelah boss aku tu kan..

Selamat Hari Raya Aidiladha sumer!

Definisi Hari Raya Aidil Adha

On November 26, 2009, in Blog, hari raya, by Sumijelly

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Di petik dari Wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...