2009 November

Zulfadhli – 9 bulan

On November 25, 2009, in Anak-anak, Baby, Blog, by Sumijelly

Yer hari nie 25.11.2009 genapla umur Zulfadhli 9 bulan.. sekejap jer kan.. dh besar dah anak bongu aku nie err….bongsu ker?? kehkehkeh… :)

Still lagi menyusu badan… dan skrg kuat meragam…asyik nak berkelek jer.. sebaik ada mak su nya.. leh gak tolong jagakan.. kalu nak harap my IR.. kejap2 kang pass kat aku gak.. hahahaha :)

zul

Semoga anak aku semakin sihat dan montel…. sekarang dh pandai panjat tangga, selongkar beg.. kutip barang mainan…

Dan sekarang mulut x habis2 bercakap entah apa2 ntah… bising jer…tp sonok tgk reaksi wajah dia kalu bercakap2 tu….

zul

Oh…cepat sungguh anak ibu dah besar… nanti dah besar jangan nakal2 yek… harap aku dapat menyusukan Zulfadhli setakat yang mampu.. kalu dapat 2 tahun sepenuhnya.. aku amat bersyukur…… :D

Bertambah lagi anak buah ku!

On November 24, 2009, in Baby, Blog, Keluarga, by Sumijelly

baby

Pada 23.11.2009 lahirkan seorang bayi perempuan di HUKM oleh kakak ipar ku. Anak yang ke tiga selepas kelahiran pada tahun 2004.

baby

Sebelum nie abang sulung aku mempunyai 2 orang anak perempuan, Diana dan Qaisara. Rezeki kali nie perempuan juga. x perla, x der rezeki nak dapat lelaki. emm… mcm mana la pulak aku yek nanti kalu aku ngandung anak ke 4..dapatkah anak perempuan?? :)

K..k…lupakan kisah aku nak mengandung yek.. lambat lagi tau..

baby

Baby comel ni di lahirkan di HUKM secara normal. Beratnya hanya 2.80kg sahaja…kecik kan… comel jer ….

Tadi petang aku singgah umah mak aku kat PI g jenguk kakak ipar aku. Dia dah balik dr HUKM, jadi better g umah mak aku kan..dpt makan. lama x makan masakan mak aku.. hehehehe

baby

Sekarang Qaisara x leh panggil kakak lagi, kene panggil Kak Ngah @ kakak Qaisara.. aku lupa la pulak apa nama anak buah aku nie…

Dengan kelahiran kali ini maka genaplah 12 orang cucu mak aku… Tahun depan kakak aku lak akan beersalin untuk anak yang ke – 6… bertambah lagi….hehehe..

ishk..ishk..dh nak masuk 6 org dah kau kak Ida.. hehe..sebaik aku ada gak yang bedah… kalu tidak, semendang jer ngandung salin, ngandung salin.. ishk..ishk..ishkk… :)

baby

Ohw….itu bukan ibunya yek.. kalu aku yang bersalin confrim korang lebih awal dah tahu kan?? …itu adalah mak teh nya yang comel lagi cun yek…hehehe :)

Selamat berpantang la pada kakak ipar ku… :love:

Ibu kemaruk makan buah kedondong

On November 24, 2009, in Blog, Media Hiburan, Orang awam, Surat Khabar, by Sumijelly

Korang ada baca x paper semalam… pasal seorang ibu kemaruk makan buah kedondong sehingga melahirkan anak seberat 6.15kg!

Gulp! giler seh… 6.15kg, secara normal yek.. bukan pembedahan.. dasyat giler la… aku pun bersalin kan Iskandar seberat 3.45 kg jer… tu pun habis napas aku teran..hehehehe

Aku tempek lagi sekali berita tu dr sumber Harian Metro semalam…

Ibu kemaruk makan buah kedondong

Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my

GEMBIRA...Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan <br>seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.
GEMBIRA…Aishah memangku anak kelimanya yang dilahirkan
seberat 6.15 kg, pagi kelmarin.

ALOR STAR: Ibu kepada bayi lelaki seberat 6.15 kilogram (kg) yang selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta, di Jalan Putera di sini, awal pagi kelmarin, mampu menghabiskan satu kilogram kedondong sehari sepanjang mengandung bayi berkenaan.

Suri rumah, Aishah Yasin, 35, dari Taman Sri Changlon, Jitra, dekat sini, melahirkan anak kelimanya secara normal kira-kira jam 2 pagi mencipta sejarah sebagai bayi terbesar di negeri ini selain mengatasi rekod kelahiran bayi seberat 4.65 kilogram yang dicatatkan hospital itu pada Jun lalu.

Bayi berkenaan dipercayai kedua paling berat di negara ini kerana mengikut catatan Malaysia Books of Record, bayi terberat yang pernah dilahirkan mencecah hampir sembilan kilogram kira-kira empat tahun lalu.

Sebelum ini, bayi lelaki seberat 5.32 kg yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.

Aishah yang ditemani suaminya Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata, sepanjang mengandungkan anak lelaki itu, dia kurang selera makan tetapi gemar makan buah kedondong dan minum susu serta teh ais.

Katanya, setiap hari dia makan hampir satu kilogram buah kedondong sehingga memaksa suaminya pergi mencari di merata tempat untuk mendapatkan buah terbabit.

“Setiap hari saya terlalu ingin makan buah kedondong dan saya mengambilnya dalam jumlah yang banyak mencecah satu kilogram sehari dan nasib baik suami memahami serta memenuhi kehendak saya ini.

“Saya memang tidak menyangka akan melahirkan anak seberat ini kerana sebelum ini iaitu ketika ujian pengesanan, bayi ini dilaporkan seberat 4.5 kg saja.

“Walaupun berasa agak letih selepas dimasukkan ke dewan pembedahan jam 10 malam, keletihan itu berbalas apabila dimaklumkan bahawa anak saya sihat dan beratnya 6.15 kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia bersyukur kerana melahirkan anak kelimanya itu dengan selamat tanpa perlu menerusi kaedah caesarian (pembedahan) walaupun saiznya anaknya agak besar berbanding bayi lain.

Katanya, kemampuan doktor yang menguruskan kelahiran itu mendorongnya untuk kuatkan semangat untuk melahirkan melalui kaedah normal.

“Kelima-lima anak saya mempunyai berat badan yang istimewa iaitu anak sulung seberat 3.9kg, kedua 4kg, anak ketiga empat kg dan keempat lima kg,” katanya.

Tapi tula namanya rezeki… walaupun anak2 nya yg terdahulu ada yang mencecah ke 5 kg… x sangka dia leh dpt lagi besau… emmm…. tp alhamdulilah kan.. x perlu bedah.. normal.. memang hebat wanita itu… :)

Jangkitan berjangkit yg sedang menular

On November 23, 2009, in Anak-anak, Blog, Keluarga, by Sumijelly

Adess…. hari sabtu yg lepas adalah hari berjangkit serumah. Serumah?? iyerla… umah aku jerla. umah org lain x tahu la, kene ke x?? lupa g tanya.. hehehehe :)

Bermulanya pada ISKANDAR yg telah mendapat VIRUS MATA dari TASKA. Aku pasan pun hari jumaat malam. Sebaik x panik, g la ambik ubat, terus titskan kat mata.

klinik

Kiranya, kalu nak g jenjalan, kene la pakai spek mata hitam. Dah ala2 penyanyi la pulak aku nengok anak aku.. Nak g konsert ker Is?? hehehe :)

Sebaik sekejap jer sakit matanya, kiranya hari ahad dah sembuh. Tapi …nampaknya ia tidak berhenti setakat itu, my IR dan Danial la pula kene.

Tp teruk lagi rasanya kat my IR nya mata. Merah giler arr… takut arr tgk mata my IR aku. Dan..dan tu gak aku g check mata Danial. Sah… dia pun dh kene virus tu. tp masih dalam permulaan. kira sempat lah nak cegah dulu dr merebak.

Malam ahad gak aku bawa derang g Klinik. Check sana…check sini.. confirm sakit mata yg memerlukan my IR MC 3 hari.

3 hari MC?? ishk..ishk.. jeles nya aku.. aku gak yang kene kerja… dah MC jaga la Danial yek.. kang kene lak virus kat TASKA tu nanti. Aku?? kerja la.. =(

Klinik

Bapak banyak ubat tuk Danial. Ubat batuk + Selsema + Demam + Antibiotik + Titis mata + Gel mata… ishk..ishk… tapi aku rasa satu jer kot aku pakai TITIS MATA..kehkehkeh.. :)

Pas ambik ubat, balik umah terus kasi ubat titis kat mata my IR ngan Danial dan terus tidur.. mata dah sakit, nak bukak pun payah.. tido la ubat paling mujarab…

klinik

Emm…dah ada virus, harusla tidur berasingan.. maka tidurla my IR ngan Danial kat bilik sebelah. Aku ngan Zul dan Iskandar kt bilik utama. :)

Ishk…semoga cepatlah sembuh sakit mata kat my Ir ngan Danial.. payah tau bila sakit mata.. penglihatan amat terhad.. semoga cepat sembuh yek sayang!

klinik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...