Dec
31st

Jangan noktahkan hari ini

HNY

Yer… hari ini adalah hari terakhir di bulan Disember, dan terakhir di Tahun 2009. Esok adalah hari baru, tahun baru, dan segalanya baru…

Semoga.. tahun 2009 memberi seribu satu kenangan untuk kita..

Semoga juga Tahun 2009 memberi bermacam pengajaran dan pelajaran untuk kita jua..

Aku juga belajar sesuatu dari berblogging, di mana di dunia blog juga aku mendapat kawan.

Terima kasih kepada kengkawan aku di luar cyber dan di alam nyata.. semoga tahun  2009 memberi segala kenangan dan Selamat datang Tahun 2010 dalam hidup kita..

Esok bermulanya buku baru bagi Tahun 2010… jangan berhenti menulis yek kengkawan… :) sumi sedia membacanya…….

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
31st

Imbasan sepanjang tahun 2009

Files under Blog | 15 Yang Jatuh Cinta

Wah…dah nak sampai ke penghujung tahun 2009 la kan.. x lama lagi masuk lak Tahun 2010.

Jadi..aku ringkaskan menjadi 1 entry… ala-ala.. imbasan sepanjang tahun 2009 keluarga Sumijelly la… sila la selami yek! hehehehe

Tadika 4

Awal Januari, dimulakan dengan Persekolahan Danial tuk 5 tahun di PASTI As-Syakirin Kantan Permai. Masa nie aku duk Kajang lagi.

8 bulan

Aku pula hamil anak ke-3 masa nie, dan kandungan aku dh 8 bulan. Memang letih kan menjaga lagi 2 anak lelaki sementara aku mengandung..hehehe. Perghh….bila la nak dapat pompuan yek?? hehehehe

Admit

Pertama kali dalam sejarah aku mengandung, aku di masukan ke Hospital Kajang gara2 aku sakit perut yg teramat sangat… x pernah aku masuk hospital selain aku bersalin. kali ni dalam sejarah pulak mas amengandung anak ke-3..hehehe

Rumah

Pertama kali juga aku paparkan rumah aku yang bakal ku duduki pada bulan 4 hehehehe… kiranya suprise sempena Ulangtahun perkahwinan aku yang ke 5.. siap buat Part 1 lagi ko..hehehe

Red 2

Aku mula menjadi FANATIK kepada Redmummy sejak aku menjadi GUESWRITTER kat blog dia.. dah la masa tue tgh mengandung…sebaik x terkenan ngan warna merah kat anak aku…hahahaha

standard la…mesti nak posing punya

Aku selamat mengadmitkan diri tuk bersalin kerana kandungan aku SONGSANG ketika itu, dan masa yg sama gak aku selamat melahirkan Muhammad Zulfadhli secara pembedahan pada 25.02.2009. Sempat gak aku bergambar semasa di Wad…dah bilik tu aku ajer yg duduk..maka bergambar sakan la aku..hehehe

MBB

Pertama kali mencuba menggunakan BroadbandMaxis di rumah baru di Bandar Baru Bangi. Tapi internet macam hampeh jer.. langsung x pakai pas tu..huhuh.Tapi malangnyadi sebabkan aku dalam pantang jadi x sempat nak update gambar masa perpindahan ke rumah baru..hehehehe

Bas 1

Danial mula bersekolah baru di PASTI Siti Sarah, Bangi. Di sebabkan jauh, maka merasa la anak aku naik bas..sebelum ni naik van jer..hehehehe

tepi pantai

Sebelum aku memulakan kerja, sempatla aku menghabiskan cuti bersalin dengan aktivit berjalan ker Cherating. Siap ada Part 1, Part 2 dan Part 3 lagi…

Danga Beach

Pas balik dari Cherting, g ke Johor lak..dekat Danga Bay.. pergh….berjalan sakan ko….kehkehkeh

Zulfadhli

Sian Zulfadhli, baru jer 3 hari aku hantar kat Taska, dh kene gigit dek sepupu aku punya anak…ambik masa gak tu nak ilang bekasnya…hehehe

P6078017

Masuk jer kerja, opis aku wat Family Day kat A Famos, Melaka. Apa lagi…….bergumbira sakan la aku anak beranak. 3 hari 2 malam aku anak beranak berada kat sana dan menginap di D’Sayvour Condo. Tempat yang g seperti A Famosa Animal Safari dan A Famosa Water Park.

http://sumijelly.com

Masuk 1/2 tahun, aku mula membeli domain Sumijelly selepas sekian lama berblog di Wordpress. Dengan nekadnya beli juga, sebab di hasut oleh sepupu aku Ayu.. hahahaha. Pada bulan yang sama gak aku mendaftar bersama Nuffnang.

PCL

Pertama kali membuat jualan di Pasar Lambak kat Serdang. Menjual CD bersama sepupu ku. Tapi sayangnya bertahan sehingga sebelum puasa jer.. pas poser x dpt nak joint kembali sbb kekangan masa dan masalah lain.. Yg nyata itulah pengalaman yang berharga yang dapat ku kutip bersama rakan lain..

004

Bekas Sekolah SKJP aku mengadakan GATHERING berbuka Puasa kat Restoran Nelayan. Kali nie ramai yg aku x pernah jumpa dapat gak jumpa. Lama giler kan x jumpa since dari tahun 1993 ko..lama giler seh…

kakred n me

Pertama kali aku berjumpa dengan Kak Redmummy secara LIVE… hahahaha… suker giler aku ko..akhirnya berjumpa gak diva Red ni.. Never gak masa 1st time jumpa tu… dia memang very friendly..tp di sebabkan ada hal..kekejapan jerla jumpa..

Nuffang NEW

Bulan August Nuffnang memperbaharui blog mereka dengan wajah yang lebih mesra alam. Kiranya aku gak la org yg terawal2 melihat nya secara kebetulan. Sbb masa tu waktu malam, tgh nak belek baper la earning aku..hahahahaha

Macam banyak sangatlah eraning aku masa tu… padahal baru naik baper sen jer..hahaha

wayang

Pertama kali aku masuk peraduan yang di anjurkan Nuffnang aku berjaya mendapat Jemputan menonton wayang bertajuk ORPHAN. Kebetulan jugak aku lama x tgk wayang bersama ngan IR aku kan..maka inilah masanya aku berdua… sebaik adik aku ada, leh jaga anak jap..hehehehe

kete

Bulan Ramadhan juga membawa seribu kenangan tuk aku gak, hari pertama puasa jer kerete aku mengalami kemalangan kecil, sebaik x ada apa2.. hanya bergesel sahaja. kira selesai kat situ gak la..hehehe

net kl

Sejak aku mula berdomain, ini juga pertama kali aku mengalami masalah server oleh Net KL. Habis entry aku pada hari tu x leh cover balik…ilang begitu aja.. sejak kejadian tu, aku mula buat back up sendiri melalui pc opis..hehehe

Berbuka

Aku mendapat jemputan kali ke 2 dari Nuffnang selepas menonton wayang cerita Orphan. Kali ni berbuka puasa bersama Nuffnang. Nuffnang menjemput 30 org blogger sahaja, jadi di kesempatan ini lah aku mula mengenali NATRAH, NIZA, AFRA, MEEZA, ABG SAWANILA, AIDI SAFUAN, ALAMFANA, KAK INA KL, YUYUN,NAD, OH!Bulan dan ramai lagi la.. x teringat la aku..hehehe.. memang seronok giler time tu.. untung adik aku dapat ikut serta, dia pun bertambah gak kawan cyber..hehehe

seremban

Di samping bergembira tu jugak, ada juga duka yang datang menimpa. Aku menerima perkhabaran bahawa Nenek aku (mak ayah aku) meninggal dunia di bulan puasa.

Semoga nenek aku di cucuri rahmat. Amin.

MBP

Sejak aku mula menjadi ahli MBP, aku mula memberikan sedikit info mengenai MBP setiap bulan. Untung woo jadi member ni.. memacam benda kita leh tahu dn berkongsi pendapat. Jom la joint MBP..hehehehe

raya

Kenangan Hari raya pula, aku sempat pergi berhari raya bersama Tun Dr Mahathir kat Seri Kembangan. Ini juga pertama kali aku beraya bersama org kenamaan walupun secara rumah terbuka. Rezeki pulak kali nie..mudah jer perjalanan ke sana..hehehe

Teka gmbr

Pertama kali aku anjurkan peraduan di Blog sendiri. Peraduan Teka Gambar. Pemangn nya pulak ialah Cik Fathiha Zainal dapat la Top Up RM10.00..hehehe Boleh la..tuk permulaan jer dulu…hehehe.. pas tu mula la memacam peraduan yang aku anjurkan..alhamdulilah..ada la juga sambutan..hehehe

bandwith

Sejak aku mula menganjurkan peraduan dan beberapa tips, blog aku mula terlebih axcess la pulak.. sampai kan kene sekat sementara waktu. Alhamdulilah, setelah aku upgrade bandwith… masalah dapat jua di atasi. sekarang x ada lagi masalah hehehehe…

Bila aku dh pernah anjurkan peraduan, aku pula nak merasa gak hadiah dr blogger lain..secara kebetulan saja2 masuk..dpt pulak hadiah.. tp dari situ gak aku mula mengenali beberepa blogger lain seperti Lily, Madam Casper, Hanie, Cybermummydan ramai lagi.. (jgn terasa yek..x sebut nama..ramai benor..sumer tetap bertahta di hatiku…)

iskandar

Dan aku seperti tidak percaya, anak aku berjaya mendapat tempat ke 2 dalam peraduan MBP yang di anjurkan. Terima kasih MBP! Tu la untung tau masuk MBP nie.. memacam peraduan leh masuk tau.

korban

Tahun nie my IR mengorbankan 1 ekor lembu untuk aku sekelurga. Kali ni wat korban sempena Hari Raya Aidiladha kat Melaka aja. Dapatlah berkilo2 daging lembu… jenuh gak nak menghabiskan daging sepanjang minggu tu tau…hehehehe

Me

Tahun ini juga aku telah genap berumur 29 tahun hidup di muka bumi ini. Syukur ke hadrat Ilahi, masih panjang usia dan umur ku untuk hidup bersama keluarga dan sahabat handai…

Terima kasih atas ucapan korang semua…hehehe

frisco

Dan sebelum menutup penghujung tahun 2009, aku mendapat jemputan untuk menghadiri Family Day Out kat One Utama pada 02 January 2010 sempena aku berblog mengenai Curious kids need to be tough inside. Pada yang datang nanti..jumpa di sana yek!

Oh ya, tidak lupa jugak, sepanjang aku berblog jugak, aku sempat gak buat beberapa panduan keibubapaan seperti:

Membedung bayi

Cara-cara membendung bayi

P5066938

Cara-cara memakai lampin bayi

stock susu 1

Panduan stok susu badan

pump

Panduan breast pump

Rasanya itu aja saja imbasan tuk tahun 2009. mungkin ada yang tetinggal untuk di imbas kembali.. korang belek jerla entry lain dalam blog aku nie yek!

di kesempatan in, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 yang akan menjelma esok.

Esok, bermula la tahun baru dan nombor baru dalam hidup kita. Semoga yang lama di jadikan iktibar yang baru di jadikan harapan.. (huhu..tul ker peribahasa aku nie)

Semoga pada hari2 akan mendatang membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua…..

Selamat Tahun Baru 2010!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
30th

Yeha… udah level 24!

Yer…sila jang terperanjat…

bukan pindah umah ke tingkat 24

bukan juga pindah opis…

tetapi meningkat ke level 24 adalah kerana aku rajin berladang…hahaha

FB

Sila…sila..jangan jeles yek…kehkehkehkeh

Aku cuba nak mengalahkan Tulip dan Akii Ahmad nie..hahahah…

tunggu..tunggu…nanti aku sampai itu level yek…….hahaha

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
30th

Invitation to Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Wah…sonoknya..hari tu dapat call dr Nuffnang kata dapat jemputan, kali nie derang bagi emel lak..hehehehe….

Jadi…aku akan pastikan sumer org akan bergmbr ngan aku, x kira walau apa jua keadaan.. hahahaha

Jadi..pada yang pergi….. jumpa di sana!!!!!!!

Invitation to Nuffnang Friso Gold Family Day Out
Mon, December 28, 2009 11:27:08 AM
From:
Nuffnang<noreply@nuffnang.com>

To: sumijelly99@yahoo.com


Hi parents!You and your family (2 adults and 2 children) are officially invited to the Nuffnang Friso Gold Family Day Out happening on;

Date : 2 January 2010
Time : 10am till 2pm
Venue : Kizsports & Gym, 1 Utama (Old Wing)

The Nuffnang Friso Gold Family Day Out is this weekend and one lucky family will be winning a trip to Disneyland Hong Kong thanks to Friso Gold! On top of that, 10 parent bloggers will win themselves cash vouchers from Toys R’ Us which is certainly useful for your children. ;)

Expect a day of fun filled activities for your children and yourself. There will also be goody bags and various hampers to be given out on the day itself. Don’t be late as the fun does not wait and neither do the prizes.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

————————————————————————————————————

Oh ya… ada lagi…Nuffnang hantar lagi 1 emel suh bawa stokin tuk anak2… hehehe… sebaik derang bagi tahu.. kang nak membeli kat sana..confirm mahal kan?? hehehe

Reminder to Wear Socks for Nuffnang Friso Gold Family Day Out
From:
Nuffnang<noreply@nuffnang.com>

To: sumijelly99@yahoo.com

Hi parents!

The Nuffnang Friso Gold Family Day Out is 4 days away and we’re all excited about it! Are you and your kids ready to spend some quality time together with us this Saturday at Kizsports & Gym?

Kindly take note that all attendees for this event are required to wear socks in line to ensure the hygiene level of the venue is at top notch. After all, it is important for our kids to be in a place where hygiene is well maintained, isn’t it?

Just in case you forget to bring your socks for yourself or your children, Kizsports & Gym does sell them at retail price. Kindly take note on this.

See you there this Saturday!

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
30th

4th Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010

Untuk makluman semua.

Sekian, Terima Kasih.

_________________________________________________________

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan acara tahunan “4th Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010” akan diadakan pada 2 & 3 Januari 2010 bertempat di pantai Desaru Golden Beach Hotel, Kota Tinggi Johor. Acara tahunan sukan luncur air ini merupakan anjuran bersama pihak Bigfoot Industries Enterprise, Desaru Golden Beach Hotel dan beberapa agensi kerajaan iaitu Tourism Malaysia-Johor, Kerajaan Negeri Johor dan juga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).

Acara yang akan disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara ini dijangka dapat menarik seramai lebih 3000 orang pengunjung yang akan memeriahkan pantai Desaru sepanjang penganjuran acara berkenaan. Acara sampingan seperti jualan produk IKS dan pameran akan turut diadakan.

Semua warga Tourism Malaysia dan semua yang berkesempatan berada di Johor terutamanya ke Desaru pada 2 & 3 Januari 2010 adalah dijemput datang beramai-ramai menyaksikan acara pantai ini. Untuk informasi selanjutnya sila rujuk pada “Press Release” (seperti berkepil) dan untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bigfoot Industries Enterprise / Desaru Golden Beach Hotel di talian 07-8221100/01 & 07-8223378 atau layari www.bigfoot-industries.com.

Sekian, Terima Kasih.

————————————————————————————————-

RIDING ON THE WAVES AT DESARU RESORT

Desaru, Surfing is back again on the waters of the South China Sea with the 4th Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 just lurking right after the New Year celebration. Organized by Bigfoot Industries and co-sponsored by Tourism Malaysia Johor, KEJORA and hosted by Desaru Golden Beach Hotel, the 4th Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 will be held on January 2 & 3, 2010 at 8.00 am.

Monsoon Mayhem International Surf Challenge started in early 2006 and now this water sport has grown into the most highly anticipated surf competition in Malaysia that has attracted surfers from Australia, Japan, Thailand, Indonesia, US, Hawaii, Egypt, Singapore, Malaysia and a few more. The main objective of organizing this event is to introduce a new segment of water sports amongst locals, in particular the younger aged group and to carve it into a competitive sports and produce Malaysian surfers who can compete in the international front. At the same time, this event will help in the future development of water sports especially in the board sport category such as surfing, skateboarding and skim boarding. Other than that, it is also hoped that this event will create another tourism product which has attractive facets that is appealing to families of all ages, both local and international and finally to put Desaru Golden Beach Hotel in the surfing map worldwide and that it is able to host an international surfing competition of world class standards.

Desaru Golden Beach Hotel is blessed with the South China Sea where the waves are rough and high during the Monsoon season especially from late November till March, and this is ideal for surfers to ride the strong and high waves. Because of its perfect location that is perched at the tip of the south-eastern of the peninsular, surfers would experience the full magnitude of the northeast monsoon. Due to the short distance between Desaru Golden Beach Hotel and Singapore, it has now become a surfing haven amongst Singaporeans as well as expatriates who are working in Singapore to ply every weekend to surf. The journey from Singapore to Desaru is made so much easier and comfortable now with so many alternatives either by land (through Linkedua Bridge or Johor Causeway) or sea (by ferry from Changi Terminal to Tg Belungkor or Tanah Merah to Tg Pengelih).

The Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2009 had managed to lure some 3,000 spectators on the beach and it is expected that the upcoming Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 will achieve a higher number. Spectators will not be disappointed as they will be watching professional and experienced international surfers who will portray awesome range of tricks and manoeuvres as they ride on the high waves.

We are expecting about 50 international and local surfers to compete in the upcoming surfing challenge and most of them are the die-hards and regulars of the competition eversince its debut in 2006. To-date, the Challenge has received confirmed participation from 25 surfers hailing from Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand and Japan. In 2009, we saw 50 surfers competed in the Challenge who had come from Malaysia, Singapore, Hawaii, USA, Japan, Indonesia, Australia and Thailand. In 2008, we saw the highest number of participation of 72 surfers from Malaysia, Singapore, Egypt, Peru, Hawaii, Indonesia, Japan and England who had displayed great tricks and movements on the waters. When Monsoon Mayhem started in 2006, it finished with a bang with 32 surfers from Malaysia and Singapore. Consequently, this event has grown into a prestigious event of its own class with international recognition amongst surfers who would come every year to take part. High-calibre and distinguished judges, with a combined experience of over 100 years in the surfing industry, from the local region as well as overseas have been invited to the Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010.  The judges are Joob from Thailand, Mike from Singapore, Derek from New Zealand, Pok Dik from Malaysia, and Taka from Japan.

There are five categories in the challenge and they are Men’s Shortboard Surfing Open, Men’s Longboard Surfing Open, Women’s Surfing Open, Grommet Surfing 16 years and under and finally the Bodyboard Open.

In conjunction with Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010, there are also other exciting events on its sidelines like a small flea market showcasing some of the local SMEs from Desaru and its nearby areas ranging from selling burgers and processed food items to wearing apparel and merchandise as well as handicrafts. Consequently, this will help improve the socio-economics of the local SMEs by way of the business spin-offs from the inflow of tourists, participants, surfing buffs and followers as well as spectators coming to support Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010. Other than that, there will also be music machine on the beach to set the mood in high spirits and energy.

Spectators are welcome to watch the Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 at Desaru Golden Beach Hotel and enquiries can be channelled to 07-8221100/01 or 07-8223378. Registration is still open for those who are interested to partake in the competition and the entry fee is RM50 per person. The other sponsors of the 4th Monsoon Mayhem International Surf Challenge 2010 are Café Le Caire,Unkl347, Fatimah Mohsin Bridal Gallery and SempoiBoogie Boardriders Club. For more information about the Challenge please go to www.bigfoot-industries.com.

-End-

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
29th

Friendster yang telahku tinggalkan

Pernah dengarkan Friendster?? hehehehe

Aku ada apa akaun dia… tp dah lama x aktif, sejak opis lama aku block internet luar.

Hari tu kebetulan aku buka..saja jer…

img

Wah..sudah berubah wajah la…hehehehe

Leh shout out dan komen org lain punya shout out tu…

perghhh..jakun..jakun….

img

Tapi sejak aku bermuka buku.. lagi la aku x pandang frienster nie..hahaha

rasanya aku x reti arr guna ..dulu2 pandai la.. skrg..biarla aku bercucuk tanam dia FB sahaja…

Tolong yek.. jgn nak gatal2 add aku kat Friendster tu..x koser aku nak accept..tp kat FB x per..hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
29th

Menginap di Hospital Az Zahra

Wah…mcm best jer bunyi menginap kan…??

Tapi bukan menginap kat Hotel, tp di Hospital Az Zahra ko…

Erkkk…..siapa yek?? hehehe… sepupu aku , Ayu. Anak di Azyana x berapa sihat. Asyik muntah dan demam 2-3 hari..

Jadi Ayu terus admit anak dia kat Spital Az Zahra kat Bangi tu.

img

Sempat la aku ber skype kejap….

Ops… sebaik aku cover kepala ngan selimut….hahahaha

Sian Azyana, kene tahan wad. x per..untuk cepat sembuh memang macma tu…

Rasanya hari nie dah discharge kot.. dia masuk hari Ahad lepas…

img

Sebaik ada skype… leh gak aku tgk dia..

nak ku pergi sana… nak bawa lak lagi 3 org..adess…letih gak..

x perla..skrg nie zaman IT, seba moden.. 3G, Webcam..dh sebati di dunia seba moden ni..

img

Ah aku..dan …dan serba moden..

dah malas nak g, cakap jerla…hahahah

K..pada Azyana..semoga cepat sembuh yek..nanti leh g sekolah…

Updated : Azyana dah kuar WAD hari nie… dia sudah pulang..yeaaa……….!!!

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
28th

10 maut tragedi bas ekspres

Files under Blog | 8 Yang Jatuh Cinta

Ishk…semalam kuar paper depan… x sangka kan??

Ishk… ni yg rasa seram sejukkan… tp itu lah..kekadang apa yang kita rancang x semestinya menjadi, apa yg kita ingin kan x semestinya dapat.

Walaupun pemandu itu mengaku dia amat mengantuk dan mengaku bersalah. Apa yang kita dapat buat? Kematian sudah terjadi,  yg tinggal kekesalan dan kehibaan ahli keluarga mangsa.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada pemandu bas yang lain. Jangan la kerana nak mengejar hanya 1 lagi tempat R&R untuk menukar pemandu, sanggup di tahan mata yang dh kuyu tu. Apa salahnya tukar sahaja di tepi jalan tanpa melibatkan nyawa orang lain?

Apa2 pun..aku ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa… semoga roh mereka di cucuri rahmat.

P/s: pernah naik bas 2 tingkat masa pelancaran bas double decker dulu-dulu.. tp x hingat tahun baper la……best woooo……hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
27th

Pasangan yang bahagia….

Wah…sekarang nie org dok htr emel gambar pasangan bahagia ni..

dr emel yahoo, gmail dan emel opis pun aku trima ko…

Siapa lagi kalo bukan NORMAN HAKIM dan MEMEY SUHAIZA…

wah…berdua bersama bermadu asmara la pulak..hikhikhik

img

img

NI mandi manda kat mana la pulak..

siap di bawa anak nya bersama…

habis kene kepit si kecik nie..hehehe

img

img

img

NI gambar rasanya dh pernah siarkan??

Amboi..siap pegang erat lagi lengan si Norman..hehehehe

img

img

Ayooo….ayo…makan hati x si Abby bila tgk gmbr anak2 nya mencium pipi memey…

dalam kete ni aku rasa derang snap…

img

sama ada korang pasan @ tidak la..

gambar si Memey kene cium dek anak2 abby tu pakai baju yang sama ketika majlis sambutan hari jadi..

baju merah gak kan??

Cuma dalam gambar ini x kelihatan wajah Memey…sama ada mereka berjumpa selepas majlis @ sebelum @ kebetulan gmbr di ambil ketika memakai baju yang sama….

Wah..wah..wah..dh macam blog gossip artis la pulak blog aku…hehehe.. saja jer kasi tempek gambar ni..

maklmum la..hujung minggu…kan ada yang menarik nak di ceritakan..tunggu esok jerla..hehehehe

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Dec
27th

Raikan 2010 dengan pelbagai rancangan hebat di TV3

Files under Blog | Nak Jatuh Cinta??

Tanpa disedari tahun 2009 sudahpun hampir menutup tirainya. Sepantas masa berlalu, pastinya tahun ini melakarkan sejarahnya sendiri dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang harus kita ingati, baik yang positif atau sebaliknya. Khas untuk para penonton setia TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan-rancangan khas yang telah disusun sempena menyambut kedatangan tahun 2010!

Nantikan debaran tahun baru dengan enam rancangan menarik bermula malam 31 hb Disember hingga keesokkannya harinya dengan program hiburan sensasi “Melodi Terhangat” diikuti seterusnya program rencana “Inspirasi 2010” dan imbasan kembali peristiwa-peristiwa menarik di dalam “Catatan 2009”. Buat sajian seluruh keluarga, jangan lupa saksikan “Ben 10 – Secret of the Omnitrix”, “The Shaggy Dog” dan “Mr. Bean Holiday”.

Pastikan TV3 pilihan utama stesen televisyen sekeluarga di waktu keraian malam Tahun Baru dan hari-hari berikutnya!

Selamat Menyambut Tahun Baru – 2010 daripada TV3!

ISTIMEWA TAHUN BARU!
“Melodi Terhangat”

Khamis (31 Disember 2009), 10 malam
Tahun 2009 meninggalkan seribu satu kisah segenap industri hiburan kita. Sempena melangkah ke tahun 2010, edisi khas Melodi Terhangat ini akan membawa kita mengingati kembali 10 cerita yang paling panas lagi hangat sepanjang tahun 2009, antaranya, kisah penceraian kontroversial Norman Hakim dengan Abby Abadi dan kisah percintaan Fasha Sandha dengan beberapa selebriti terkenal, antaranya, Qabil Ambak dan bekas suami Nora Danish, Rizal Ramli.

Aidid Marcello

“Inspirasi 2010”
Khamis (31 Disember 2009), 11.00 malam
Inspirasi 2010 yang diacarakan oleh Ally Iskandar dan Aidid Marcello merupakan rancangan tentang sorotan tahun 2009 dan memperkenalkan rancangan-rancangan hebat di TV3 untuk tahun 2010 melalui ulang tayang dan temu ramah. Dedikasi dan ucapan Tahun Baru daripada penonton dan selebriti akan dibaca sepanjang rancangan. Persembahan Faizal Tahir yang memeriahkan pentas Pusat Komersil Mutiara Damansara juga dimuatkan. Terus menonton bersama tetamu istimewa yang turut hadir, Karam Singh Walia, Shamsul Ghau Ghau dan Kenchana Dewi.

“Catatan 2009”
Jumaat (1 Januari 2010), 12.30 pagi
Catatan 2009 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2009. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Sudut politik membawa cerita tentang Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru, pergolakkan di dalam MCA dan banyak lagi. Kejayaan Malaysia di Sukan Sea di Laos dan pengenalan pasukan Lotus untuk musim baru Formula 1 menjadi fokus sukan. Tidak ketinggalan kisah yang menyayat hati segenap dunia apabila Padang dilanda bencana yang meragut lebih 1000 nyawa. Ikuti banyak lagi peristiwa penting sepanjang 2009!

“Ben 10 – Secret of the Omnitrix”
Jumaat (1 Januari 2010), 10.02 pagi

Di dalam pertempuran dengan Dr. Animo, Ben Tennyson secara tidak sengaja telah mengaktifkan mod letupan diri Omnitrix. Untuk menghalang Omnitrix dari meletup dan seterusnya menyelamatkan dunia, Ben, Gwen, Tetrax dan Gluto mesti mencari pencipta Omnitrix iaitu Asmath. Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa mereka melalui termasuklah serangan dari Vilgax yang mengakibat kematian Pludo, pembantu kepada Tetrax. Adakah mereka dapat menyelamatkan dunia?

Pelakon: Tara Strong, Meagan Smith, Paul Eiding, Dwight Schultz.
“The Shaggy Dog”
Jumaat (1 Januari 2010), 6.02 petang

Dr. Kozek menculik seekor anjing penggembala biri-biri Tibet yang berumur 300 tahun untuk mengetahui rahsia panjang umur dan berusaha menghasilkan ubat kekal muda. Malangnya, dia telah menghasilkan mutasi haiwan seperti ular senduk yang mempunyai ekor anjing, katak yang boleh menyalak dan mutasi lain yang mempunyai sebahagian badan anjing. Anjing tersebut melarikan diri dari makmal dan diselamatkan oleh Carly Douglas (Zena Grey) dan dibawa balik ke rumahnya. Dave Douglas (Tim Allen), Penolong Peguam Daerah mendakwa cikgu Carly yang bertanggungjwab atas letupan makmal Dr. Kozek. Dave membenci anjing dan menghantarnya ke tempat kurungan haiwan. Setelah Dave digigit oleh anjing itu, dia telah berubah menjadi seekor anjing penggembala biri-biri. Barulah Dave mengetahui kebenaran tentang keluarganya dan syarikat ubat selepas itu.

Pelakon: Tim Allen, Kristin Davis, Zena Grey, Spencer Breslin, Danny Glover, Robert Downey Jr.

“Mr. Bean Holiday”
Jumaat (1 Januari 2010), 10.00 malam

Mr. Bean telah memenangi sebuah percutian ke Perancis dan juga perakam video. Selepas tiba di Paris, bahasa Perancis telah menjadi halangan kepada Bean. Dia menghadapi pelbagai masalah hanya untuk menaiki keretapi ke sebelah Selatan di Perancis. Sebelum menaiki keretapi, Bean seronok membuat rakaman video dan telah meminta tolong Emil, seorang pengarah Russia yang sedang dalam perjalanan ke Festival Filem Cannes. Emil telah terlepas untuk menaiki keretapi dan terpisah dengan anaknya Stepan. Bean cuba untuk memujuk Stepan tetapi keadaan bertambah rumit dan kelam kabut apabila Emil melaporkan anaknya diculik. Malah, Bean juga tercicir duit dompet dan dokumen perjalanan ketika cuba menelefon Emil. Dalam perjalanan ke Cannes, Bean terlibat dalam penggambaran iklan oleh pengarah yang ego, Carson Clay. Akhirnya, Bean dan Stepan telah menumpang Sabine, seorang pelakon muda yang juga menuju ke Cannes untuk menghadiri tayangan ulung filem Clay yang disertai olehnya. Selepas Bean mencuri masuk untuk mencari Emil, imej yang direkod oleh video perakam Bean disiarkan di skrin.

Pelakon: Rowan Atkinson, Steve Pemberton, Lily Atkinson, Preston Nyman, Sharlit Deyzac.

  • Share/Bookmark


.

sumijelly


Sumijelly Random Posts. Korang dah baca lom?
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes