2009 December 18

1 hari 2 hadiah, sunguh bertuah!

On December 18, 2009, in Anak-anak, Blog, Keluarga, by Sumijelly

Bila dah sambut birthday, x lengkap kan kalu x der hadiah?? haa…. sebaik ada mak su dia.. so ada lah hadiah kan?? nak harap kan ibu…alahai… x der la..kehkehkeh

img

muker klau dapat adiah.. dari menyok terus ceria berbunga2 ko…

padal tu tgh angin ngan ayah dia, pasal x dpt main game kat pc..hahahaha

img

dengan rakusnya anak aku bukak pembalut tu… dh mak su nya cakap

“koyak jer…pembalut FREE jer tu” hahahaa

img

tu dia.. hadiahnya… plasterstin kan?? lama gak x main kan..

wah.. aku rasa pas nie bukan anak yg main… dh tentu aku yg main ..hahaha

img

Si adik nie, mcm tetahu jer ada hadiah tuk dia..

dr duk kat atas, terus turun cr hadiah dia… suker la dia.. abg nya birthday, tp si adik dapat jugak..

tu muker nak menangis, pasal x pueh hati aku x kasi pegang itu hadiah..hahaha

img

sama jer ciri adik beradik.. rakus sungguh bukak pembalut tu..

x yah suh pun.. dia terus koyakkan ko….

img

tadaa……………sama jugak.. cuma dia lebih kecik dr si abang punya..

Suker la tu anak2 aku dpt hadiah dr mak su nya…

Terima kasih la mak su yek..next yer ada lagi.. leh sumbang hadiah lagi..hahahaha

Doa Awal Tahun

On December 18, 2009, in Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Doa Awal Tahun

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1431 H

On December 18, 2009, in Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

- Di petik dari : Wikipedia Malaysia

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam
- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam
- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...