2009 December 22

PM ulas sistem kerja dari rumah

PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum berhasrat memperluaskan sistem bekerja dari rumah meskipun Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memulakannya Januari depan.

Menurut Perdana Menteri, projek perintis itu akan dikaji secara mendalam sebelum meneruskannya ke jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

“Ini projek perintis dan kita belum buat apa-apa keputusan sama ada mahu menjadikannya sebagai dasar kerajaan atau sebaliknya. Kita mesti cuba dulu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia Keenam di sini, hari ini.

Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis melibatkan 35 pelukis pelan JKR yang diberi kebenaran bekerja dari rumah mulai Januari ini.

Mereka hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu penyelia.

Ia bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan kakitangan JKR.

Najib menambah, beliau mahu melihat sendiri hasil projek berkenaan dari segi mutu kerja, faedah diperoleh dan kesan kepada kehidupan pekerja terbabit.

“Saya nak tengok sama ada mereka boleh menunjukkan hasil kerja yang lebih baik berbanding jika bekerja di pejabat.

“Kedua, sama ada ia boleh memberi faedah kepada mereka dari segi menjimatkan perbelanjaan ulang-alik ke tempat kerja dan membantu kesejahteraan keluarga,” katanya.

———————————————————————

Itu kata PM la kan… ini kata aku lak :

Giler ah..kalau dapat kerja dari rumah.. nak suh punch card secara online? sedangkan punch card kat opis selalu miss, inikan online.

Pas tu kan.. di pantau secara online.. ceh.. kalu aku..bangun tidur, punch card, pas tu mandi, makan, sambg tido..hahahahah… ada ker org nak ketuk umah check aku kerja ker tidak?

Ah..konon jimat banjer g kerja la yek? tambang jimat, minyak jimat, banjer makan minum jimat….hahahahaha…

x yah… la.. sedangkan cuti pun selalu off hp (sebahagian la) inikan suh kerja dr rumah… oh tidak.. aku tidak SETUJU!

errkk…tetiba emosionla lak..padahal bukan kene mengena pun dgn kerja aku… tp … saja nak gak tahu pendapat korang.

PM dh ulas, aku dah ulas. Apa kata korang lak? Meh ulas jap..hahahaha

Bila azan berkumandang

On December 22, 2009, in Baby, Blog, by Sumijelly

Secara kebetulan sdg aku membaca surat khabar, anak aku Zulfadli duk mengadap TV, jam pun hampir pukul 7 malam.. dalam beberapa minit waktu mahgrib akan tiba..

Aku selalu bukak TV9 kalu nak dengar azan, sbb TV 9 kebanyakanya yg melaungkan azan akan berubah2 org..

img

Kali ni Allahyarham Ustaz Asri yg melaungkan.. mendayu jer aku dengar sore dia… Mesti isteri dia lagi sedih sbb suare suaminya diperdengarkan oleh seluruh rakyat malaysia..

Semoga jasadnya bersemadi dengan penuh keamana (eemm…betul ker aku tulih nie?? huhuhu) – Al -Fatihah

img

Si kecik ni pun leka jugak mendengar laungan azan. Yer..seperti yang kita ketahui, anak yg baru lahir telah di perdengarkan laungan azan seperti bapa2 kita buat pada kita semasa lahir..

Kelebihan kita mengazankan bayi ketika baru di lahirkan ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nanti kelahiran bayi ini.

Sabda Rasulullah saw: “Siapa yang diberikan bayi kemudian diadzankan di telinga kanan dan mengiqomatkan di telinga kiri maka tidak akan terkena bahaya gangguan setan.”

img

Jadi aku x kisah kalu anak2 bukak TV untuk mendengar azan. Kekadang saja aku kuatkan volume TV tu untuk anak aku menghayati bait2 azan itu..

Emm… tetiba masuk dalam bab agama lak aku nie..hehehe.. dh mcm ceramah lak.. maaf yek kalu ada yg tersentuh dengan artikel aku ni..

Aku bukan nya alim sangat nak membicarakan soal agama..tetapi secara kebetulan sahja.. harap jgn salah faham yek.

Mari makan di Merdeka Kafe

On December 22, 2009, in Blog, It's Me!!, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Wah..kali nie aku nak citer pasal sarapan pagi pulak.. kali nie aku bersarapan kat Merdeka Cafe.

Pernah dengar ker tidak?? x pernah..huhuhuu…memang la x pernah..bukan nya mcm McD ker, KFC ker..tu confirm korang pernah dgr kan?? hehehe

kafe

Sapa2 pernah pergi PWTC kat tingkat 4 tu, mesti tahu kan?

Galeri UMNO dan Kafe Merdeka di aras 4, PWTC. Opis aku kat tingkat atas la.. confirm2 aku kene lalu Kafe nie dulu sebelum naik lift.

Sejak Kafe ni di buka, ramai gak kengkawan opis aku g makan kat citu. Kebetulan aku x pernah g lagi, maka aku pun turut ingin merasa makanan kat situ ( erk..asal tetiba ayat aku cam skema tul..hahaha)

kafe

inila permandangan kat kafe tu. Bukan besar mana pun. leh la muat dalam 50 org sekali makan. 50 org ker?? hahaha…mcm aku kira jer sume rkusi kat citu…

Kalu rasa nak bertukar selera, kita org makan kat sini jer… ialah.. mana lagi nak g? Tepi sungai dah, the mall dah, dalam opis aku ada 2 jer kafetaria..kekadang muak gak..hehehe

kafe

Harga makanan kat cini x derla mahal sngt.. masih dalam budget la..

Kalu setakat nak makan nasi lemak ngan air milo, baru RM3.00..masih murah kan?

klau nak dibandingkan kat luar, kekadang menambah lauk pauk, mau jadi RM5.00..hehehe.. jadi nak jimat.. g jerla kat Kafe Merdeka tu jer..

kafe

masa aku g makan, time nie x ramai orang lagi. sbb kafe ni baru jer nak memulakan operasi nya.

Jadi leh la makan ngan aman dan tenang sikit… lagi pun tempat nie x berapa sibuk sgt.. kira tempat duduk pun masih yang kosong la..

aku x tahula kalu selepas org masuk opis kan..mungkin org luar ada gak yang datang.

kafe

Sambil2 makan, korang akan di jamu dengan cerita P.Ramlee tau..

perghhh….layan citer lama.. lagi lama la aku duk menengek kat citu..hahaha

lama gak x tgk citer Hang Tuah tu… x silap aku Filem Hang Tuah ni la yg menggunakan warna yg pertama kan??

err..paham ker aku tulih nie..hahahaha

kafe

Kat citu gak ada cyber kafe…

kiranya nak layari internet boleh la jugak.. sambil makan dan minum, sambil membaca gossip..hahahaha

tp aku x tahu la kene charge atau free.. lupa lak nak tanya kat pemilik kafe tu..

lain kali aku tnya kan yek..!

kafe

So..kalu dh tahu tempat, sure nak tahu kul bape buka, kul baper tutup kan?

Beroperasi dari kul 8.30 pagi -5.30 ptg..

tp sejak opis aku melarang pekerja nya turun makan selepas jam 8.30pg, aku x turun dah..

kang x pepsal kene tindakan tatatertib lak..

Jadi ingin la aku berkongsi tempat makan yang mudah dan cepat.. marilah makan di Kafe Merdeka..

chewah….dh macam iklan kedai kafe lak..hahahaha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...