Melaka Tourism Challenge 2009
Assalamualaikum wtb dan Salam sejahtera dari Tourism Malaysia Melaka!
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka akan menganjurkan ‘Melaka Tourism Challenge 2009′. Pertandingan seumpama ‘explore race‘ ini adalah pertandingan secara berkumpulan dan terbuka kepada semua yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Peserta akan diberikan tugasan untuk diselesaikan bermula dari Taman Rempah, menyusuri Sungai Melaka, ke Eye On Malaysia, muzium dan Menara Taming Sari. Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 27 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Taman Rempah Ratus, Pengakalan Rama Melaka
Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima hadiah berupa barangan, tiket dan wang tunai bernilai seperti berikut :
- Hadiah Pertama RM 5.000.00
- Hadiah Kedua RM 3,000.00
- Hadiah Ketiga RM 2,000.00
- Tempat Ke -4 hingga ke – 10 Saguhati
Yuran penyertaan bagi pertandingan ini adalah RM 100.00 bagi satu kumpulan.
Borang penyertaan adalah seperti di lampiran dan perlu dikembalikan semula kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka melalui faks di talian 06 – 2814325 atau email kepada puterinoordiana_ppspm@yahoo.com sebelum atau pada 24 Disember 2009 (Khamis).
Sehubungan dengan itu, semua warga Malaysia adalah dijemput untuk hadir dan menyertai pertandingan ini.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini, bolehlah menghubungi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka di talian 06 – 2814322 atau Puan Diana 019 – 2685226 / Cik Baiti 013 – 3212989 / En. Syed 013-6004347.
Sekian, terima kasih.
b.p Pengarah
Tourism Malaysia Melaka
Lot 2, Tingkat Bawah
Bangunan Lembaga Tabung Haji
Jalan Banda Kaba
75000 Banda Hilir
Melaka
Tel : 06-2883304/1549
Faks : 06-2869804

* Untuk mendapatkan borang ini, sila klik SAVE IMAGE AS dan save dahulu di PC kemudian baru PRINT. Terima Kasih.
Sumijelly Similar Posts. Korang dah baca lom?- Pesta Masakan Warisan Melaka 2010
- Tiket Konsesi Negeri Melaka
- Tourism Malaysia Anjur Kempen ”Mersing Berseri” Dan Program Johor Dive X-Ploration (Jd-X)
- Pesta Gendang Nusantara kali ke – XIII
- MEMPERINGATI 37 TAHUN TOURISM MALAYSIA

lumayan tu hadiahnyer….
zella´s last blog ..awak memang pelat atau awak berlagak manja?
[Reply]
sumijelly Reply:
December 23rd, 2009 at 14:34
@zella,
tu la…lumayan kan?
ishk..kalu dpt joint mesti lagi sonok..
at least dpt saguhati pun x per..yg penting keseronokan tu…
[Reply]
ok la tu… why not u joint
[Reply]
sumijelly Reply:
December 23rd, 2009 at 14:32
@iena,
huhu…nak joint, tp apakan daya..kat melaka..
lagipun ada hal la this weekend..hehehe
[Reply]