2009 December

Sikap ‘terlalu’

On December 21, 2009, in Blog, Mewah Bahasa, Orang awam, by Sumijelly

Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam diri kita.
10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja –
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup –
Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka –
Orang yang bersikap umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bicara dulu, berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu Cerewet –
Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif –
Wanita yang terlalu perasa atau sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaanya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas. Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong –
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh –
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan. Bila kamu hendak memperbaiki kekasih kamu yang terlalu banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dengan cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki –
Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih kamu, namun bukan milik peribadi kamu. Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung –
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu. Tetapi kalau kamu terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu tidak saja merosak erti sebenar pujian , tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut –
Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

Last Updated ( Monday, 14 December 2009 11:01 )

Ini adalah STICKY MODE, untuk ENTRY terbaru
sila scroll ke bawah. Terima kasih

Yer..seperti yg korang tahu…kan aku ada wat Peraduan Gambar Tempat Kerja Paling Serabut kan?? huhuhuh…nampaknya tiada sambutan…hahahaha…

Nampaknya 2 org sahaja yang menghantar untuk masuk peraduan ini…

Peserta nya adalah :

1) Jang

http://jagindaz.blogspot.com/2009/12/contest-mejo-paling-serabut.html

2) Madam Casper

http://caspercute.blogspot.com/2009/12/sjpertandingan-tempat-kerja-paling.html

Maka dengan itu…keputusan telah di buat, maka di sebabkan kurang sambutan hadiah sagu hati di berikan kepada 2 org peserta ini…

Maka dengan itu mohon jasa baik peserta menghantar alamat yg senang untuk penhgantaran hadiah yek…

Pada yang x joint tu, x der la hadiah yek..walaupun komen kat entry tu melebihi dr yang menyertai..hahahahahaha…

Terima kasih kepada 2 orang peserta yang sudi memeriahkan peraduan ini..

Nanti dh dapat itu hadiah…kahabr2kan yek…hehehe

Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan. Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita.

Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini. Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis. Mengapa hal sedemikian terjadi ? Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

“Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.

“Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

“Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau.
Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.

Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.

“Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tidak……?’.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses. Tetapi jika “wanita yg selalu berbohong……..?…aper citer plak huhuuuu.

Bila mak su yang menjaga

On December 20, 2009, in Anak-anak, Baby, Blog, by Sumijelly

Ini lah jadinya bila ku serahkan mak sunya menjaga ke tiga2 anak aku..

hahaha…habis.. sumer pakat duk satu tempat…

anak

anak

anak

anak

suker tul aku nengok si kecik nie…

alahai…bila la nak tumbuh rambut yek Zulfadhli..hehehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...