2009 December

Selamat Menyambut Awal Muharram 1431 H

On December 18, 2009, in Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

- Di petik dari : Wikipedia Malaysia

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam
- Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam
- Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.

Terima kasih Lala!

On December 17, 2009, in Blog, Hari-hari terpilih, It's Me!!, by Sumijelly

Lepas jer makan lunch, ada sesuatu atas meja aku…

apa kah itu??

img

Ohw! atas meja ada kotak.. dalam kotak ada isi.. itu isi apa kah ia?? huhuhuhu

img

Oh..ghupanya ada kek la…wah.. dr Secret Recepi lagik…

siapa lagi kalu bukan Lala yang bagi… huhuhu.. tima kasih la..

img

aku kasi lagi close up… sedap ko kek nie..

ada strawberi… huhuh..br jer kelmarin makan kek.. hr nie makan lagi.. auw..kenyang aku…

img

Jemput makan yek…

Terima kasih la Lala kerana sudi menghadiahkan kek ini walaupun dh lambat seminggu..hehehehe..

Berapa beg korang bawa?

On December 17, 2009, in Blog, It's Me!!, by Sumijelly

Selalu kalu prempuan bawa beg.. beg tangan kan selalu bawa.

Korang nak tahu aku selalu kalu g kerja beg apa aku bawa.. sekali 3 beg aku bawa kerja..

beg

itu la beg aku g ke kerja dan itu jygak beg waktu aku pulang ke kerja…

Sampai la kawan2 opis aku siap sarankan aku bawa beg tarik g kerja… hahahaha.. dh macam org nak lari umah lak rupanya kalu aku bawa beg tarik kang..

Dulu sebelum bersalin, memang 1 beg jer aku kendong.. pas bersalin… beg aku telah menjadi 3 hehehe…

Di sebab kan aku masih menyusukan badan, maka beg ini akan terus berpacaran dengan aku..sehigga ia tidak diperlukan lagi… hehehehe

Kalu korang baper beg bawa g ke tempat kerja?? hehehe :)

Doa Akhir Tahun

On December 17, 2009, in Blog, Hari-hari terpilih, Orang awam, Panduan, by Sumijelly

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Akhir Tahun

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...