2010 January

Aku yang kerdil

On January 31, 2010, in Anak-anak, Blog, by Sumijelly

Bukan aku yang kerdil..tapi anak aku nampak kecil dr TIN MINUMAN itu…hehehehe

Sungguh jakun aku melihatnya…lagi jakun anak aku kot..hahahaha :)

sempat la bergmbr kejap.. tin ni kat Damansara PJ hari tu..

img

Wah..posing sakan Danial..heheheh

aku yang suh dia dakap itu tin..

nak menampakkan..tin tu besor dari dia..hahaha :)

img

Ok..cukup2 la..bergambar…

kang derang jeles lak tgk danial dpt dakap tin tu..hahahaha

Selamat berhujung minggu…

esok aku cuti lagi yek!hehehehe

Setelah sekian lama, baru nak beli..

On January 31, 2010, in Blog, It's Me!!, Panduan, by Sumijelly

Akhrinya…sekian lama dapat juga aku membeli..

patutnya beli masa memula..tp x pernah terpikir nak beli…

nila satu ketika aku dalam kesesakan jalan raya…br terfikir pasal benda ini…

Yer..benda yang aku sibuk2 tu adalah………………….

img

Reusable Ice Pack…..

untuk susu badan aku….kan selalu bawa balik dari opis ke rumah..

kalu lambat, leh cair..jadi bila ada ice pack nie.. suhu sejuk beku tetap kekal..

img

yang nie aku beli besar sikit.. x der la pulak yang kecik..

x perla..ambik jerla dr x der kan..

img

3 bag sekali….

siap ngan cover dia..tp cover tu aku x pakai pun.. ada kat umah..hahaha

setiap hari aku bawa..dh jadi berat la pulak beg susu aku..hehehe

img

Kalu korang nak beli, leh masuk ke laman web Susuibu.com..

kalu nak. leh terus ke Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 lagi senang…

Maka pas nie x perlu risau kalu susu aku cepat cair bila dah ada ini..hehehe

Selamat Hari Thaipusam 2010

On January 30, 2010, in Blog, Events, Orang awam, by Sumijelly

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

hari thaipusam

Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .

Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves
, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

Pada yang menyambut terutama Kaum India, Selamat Hari Thaipusam!

FBI (Hot FM) kena tangkap?

On January 29, 2010, in Blog, Events, Wayang, by Sumijelly

Yer…betul FBI yang kerja kat HOT FM tu kena tangkap…

kornag x percaya ker?? baik korang percaya…sbb yang tangkap tu aku gak tau…

Ishk..ishk…cian dia..kene tangkap……………

kena tangkap

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

GAMBAR LA!!!!!!!!!! wakakakaka……………jgn marah daa………

Ingat x entry yg aku kata aku dapat tgk wayang ngan FBI

FBI

Ala, citer Adnan Sempit tu… errkk..dh habis ker @ masih lagi ada kat pawagam yek?? aku dgr org kata akan tamat ujung bulan nie.. tul ker???

Bestkan citer tu?? Tiket kat atas tu di sponsor oleh FBI tau…perghh…rezeki tul aku..

aku book 4 tiket ko..kalu aku tau FBI betul2 nak banjer…..aku book satu panggung tu, leh panggil satu kampung tgk…..hahahahaa

FBI

Sampai jer kat Cineleisure, Damansara PJ..FBI dah sedia menanti.. dia suh wat satu barisan..

ala-ala mcm budak masuk kelas jer kan?? hahahah..

x la..tu barisan tuk ambik booking online nyer tiket daa….

FBI

Perghh…. ko tgk tu… akauntan dah bersedia ngan duit di kaunter,…

kita orang just bagi nombor booking jer…

yang bayar tentu la FBI…heheheh

FBI

Sementara ayahnya sedang membayar tiket wayang tu..

sempat la anak daranya jadi model jap..

tu dia… macam pasangan bahagia…ehh..silap macam adik beradik..

di sebbkan anak FBI lebih tua dr anak aku..jadi x dapat la nak berbesan ngan FBI..

x per..x per..tunggu anak seterusnya (aku harap pompuan gak la…) hahahaha

FBI

eceh…eceh….. mana leh x ambik gmbr ngan FBI..

chet…rugi la nanti… penant tau dari bangi aku g, x ambik gmbr..

kan x pepasal..dh kene TANGKAP gmbr ngan aku..

tgk..yg pemes aku gak…dn yg terlebih pemes..mesti la FBI..hahaha

x pasan la pulak anak aku pun ada terselit..hehehehe

FBI

antara wajah-wajah yang hadi menonton bersama FBI..

inilah dia…ada yang book kemain dalam FB tu..

tp x dtg pun… mungkin dernag ingat FBI memain kot…hehehe

tu pun sempat lagi FBI wat status “anda baru sahaja terkena panggilan…..eh..x..x…gurau aja.”

perghhh….sebaik sebut gurau..kalu tidak, aku serbu Hot FM..hahaha

FBI

sebelum berpisah…eh silap…wayang pun lom start dh berpisah..

sebelum tgk wayang, ambik gmbr beramai2…

sebenarnya ada lagi..tp dernag segan la pulak..

maka yang ini ajalah ada yek..

rugi derang… tgk dh masuk dlm blog aku…leh pemes tau…hehehe

FBI

perghh……dah la di belanja tgk wayang..

di belanja la pulak makan tengahari…ades…rezeki datang bergolek lak tu..

dh la perut kau tgh lapar… maka harusla pergi makan bersama kan..

itu kak Lina isteri FBI..peramah ko.. mesti kak Lina bosan layan aku..

dr tempat tiket kaunter sampai kat tempat makan..asyik bercakap jer…hahahaha

FBI

yer…aku duk mengadap FBI..

ko nampak x sebelah FBI siapa?? haa…..tu la Danial..

leh la pulak menyorok…siap x moh bergmbr…

dia x kenal lagi tu penyampai radiao populer tu…

apa da Danial… ingat senang ker nak duk sebelah abang FBI..hahahaha (erkk..abang ker..bukan FIL yg akan datang ker??hahahaha)

FBI

ha..pas makan..kene la bayar….

memang lapar giler la aku..siap mintak nasi tambah..mensti mengeleng kepala FBI tgk aku makan..

mentedarah ker apa budak nie…kopak aku…hahahaha

FBI

yer…wayang dh nak mula…

perghh….aksi depan pintu masuk wayang kene la ambik kan…

Zulfadhli kena la bawa..kang sapa nak jaga lak…

FBI

Perghh….memang best giler la citer Adnan sempit nie…

tergelak2 ko…x kering gusi…

mesti TONTON tau…amat seronok menonton sambil bergelak..

FBI

Yer..lepas menonton…sempat lagi jumpa FBI sebelum beransur pulanh…

cian adik aku..nak bergmbr..

ku abadikan la gmbr dia bersama FBI tu..

kang x caya lak org kampung kang..hahahaha

apa-apap pun…terima kasih pada FBI kerana sudi belanja menonton wayang bersama..

nanti kalu teras nak makan kat Restoran Saba’ tu..meh roger2 kat status saya yek..

nanti saya banjer lak FBI sekelurga…di tanggung FREE punya.. jgn risau..

tp FBI sekelurga jerla.. kornag yang baca nie x der la yek..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...