2010 January 14

Duhai Si Pari-pari @ GSC, Alamanda

On January 14, 2010, in Blog, Pendapat/Komen, Wayang, by Sumijelly

Yer..semalam aku bercuti… bercuti untuk si Kecik ku…

Kerana si kecik ku x berapa sihat..dah 2-3 hari asyik demam + batuk… maka aku korbankan cuti ku kerana dia..hehehe

Dah alang2 cuti.. ku ambil kesempatan untuk berlibur bersama dia.. kiranya kau meluangkan masa sepnuhnya untuk Zul la.. suker la anak aku, sbb aku duk ke hulu hilir ngan dia..

Aku call adik kawan aku June, ajak g tgk wayang. G ngan adik aku sekali.. bawa la si kecik tu..x kan nak tinggalkan lak..

Sampai sana.. banyak citer hantu.. maka di sebabkan aku bawa si kecik..maka tgk citer yg leh bawa budak jerla..

img

Maka DUHAI SI PARI-PARI lah menjadi pilihan kami..hahahaha… kan nak support citer melayu.. kene la tgk kan.. x tgk kang mana nak tahu taraf citer melayu lak kang..

Yup..sila la percaya… 3 tiket siap di beli..terus g makan.. sbb dh nak kul 2.30ptg…lapor la ..

makan secepat kilat..kerana wayang akan start lagi 15 minit..hahahaha…. giler lajus kitaorg makan kan??

img

Masuk jer panggung wayang …ohw…sudah start la..hikhikhik..

terkedek…kedek la kitaorg berkejaran nak masuk panggung…

img

chait…sompek lagi bergmbr di escalator..padahal dh lambat tu..

yer…gmbr harus di snap..kahkahkah…….

SINOPSIS DUHAI SI PARI-PARI

Syadon merasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantik menganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya dan selepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di lorong gelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilang.

Yang ada di depan mata ialah teko keemasan yang terselit di celah sampah-sarap, lalu dibawanya pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari) tidur di sebelahnya. Setelah Pari menerangkan yang beliau sedang mencari ‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anak bujang. Disangkanya Pari tersalah rumah.

Bapa Pari (Para) kurang bersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang ke dunia kayangannya.

Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya. Syadon pulang ke rumah mendapati Pari masih lagi di situ.

Syadon bertanya siapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukar mempercayainya. Dia bukan bodoh untuk percaya cerita karut Pari itu. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya dengan menunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadon percaya dengan kata-kata Pari.

Dengan duit dua guni tersebut, Syadon mahu membeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya. Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-pura terkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampak duit Syadon yang begitu banyak.

Syadon kembali mabuk cinta. Pari kecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budi sebenarnya.

Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatan Mala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhirnya mengetahui siapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat wajah Pari yang sebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakah cinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yang terakhir.

img

Opss…..wayang dah habis…

yer…masa tuk balik la pulak kan….

Amboi…siap nmengeliat lagi budak depan tu..hahahaha

img

sampai tertidur ko si kecik ni…

x per…sebaik tido..tenang cikit aku menonton..

img

Untung sikit bawa zul… x perlu aku pening pala nak jaga..

masuk panggung, kejap jer dia tgk..pas tu dh ngantuk..terus lena..

x sedar dah kiri kanan…hahahaha

Sapa pernah tgk citer nie?? yer…citer yang bbbbbooooooollllllllleeeeeeehhh laaaaaaaaaa…..

kalu setakat nak habsikan masa mcm aku…hahaha

Nak tahu ada gak yg review citer….meh baca ENTRY dr The Movie Blogger Fella….

korang baca jerla..aku no komen..hahahaha

Paribang! oh Paribang! …….hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...