Restoran Saba’ @ Cyberjaya
Yer…hari ni nak citer Restoran Saba’…
Aku rasa kebanyakkan ada yg pernah dengar nama Restoran ini.. Terletak di Cyberjaya, di miliki oleh orang Arab tp menetap di Malaysia.
Antara menu2 nya ialah :
Alamatnya :
Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana
City : Cyberjaya
State : Selangor
Tel : 03-8320 2544
Waktu beroperasi : Tengahari hingga larut malam
———————————————————————————————————
Seperti yang di paparkan di dalam Merto Ahad 30.08.2009
Sulaiman bersama hidangan asli Arab
AOUKDH, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma, kabsah atau hanith. Mungkin ada tertanya-tanya apakah makna perkataan terbabit, namun bagi yang biasa pasti mahu menikmatinya lagi manakala bagi masyarakat Arab pula ia tidak perlu diperkenalkan.
Sebenarnya, menu yang dikatakan pelik dan sukar ditemui itu antara senarai makanan orang Arab yang boleh dinikmati di Restoran Saba, Cyberjaya.
Bukan itu saja yang ada di restoran milik seorang warga Yaman itu kerana deretan atau puluhan menu lain turut disediakan.
Hampir 50 menu asli boleh didapati di situ dan yang pasti seperti diberitahu pemiliknya, Sulaiman Hamid, rasa atau keenakan menu disediakan saling tidak tumpah di Timur Tengah.
Ini diakui bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu yang mengatakan, chef terlatih dibawa dari Timur Tengah untuk menyediakan pelbagai juadah istimewa itu.
Jika ke Restoran Saba, antara menu yang seharusnya dicuba ialah daging kambing kabsah (Lamb Kabsah) atau hanith.
Untuk kabsah, daging kambing dimasak bersama nasi dan pelbagai campuran herba manakala hanith pula, daging kambing dibalut dengan kertas aluminium.
Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.
Selain itu, pengunjung boleh mencuba ayam shawerma yang mengandungi isi ayam seolah-olah disiat kecil dengan campuran kentang goreng, roti, salad dan mayonis.
Tidak ketinggalan ada menu menarik seperti ayam atau daging kambing aoukdh. Pelik bunyinya, begitu juga makanan. Sama ada ayam atau kambing, dagingnya dihancurkan dan dicampur dengan kentang serta lada atau cili hijau. Biasanya menu ini dinikmati bersama roti seperti mana kita menjamah roti canai dengan kari.
Ada pelbagai menu lain seperti kebab sama ada ayam atau daging kambing, ikan dan ayam panggang, barbeku campur seperti sate mengandungi isi ayam atau daging kambing.
Sulaiman berkata, sejak beroperasi Jun 2007, masyarakat Malaysia antara pelanggan setianya selain warga Arab.
“Meskipun tidak sampai tiga tahun, ramai rakyat negara ini menyukai menu Arab, malah kami ada pelanggan tetap.
“Jika tiada halangan, kami akan membuka cawangan di Setiawangsa tidak lama lagi,” katanya yang mengahwini rakyat negara ini.
Tarikan utama restorannya ialah makanan dan rasa yang sama seperti di Timur Tengah.
Beliau menggaji empat chef berpengalaman dan kerana itu rasanya tetap sama. Mengenai bahan, semuanya ada di sini dan tidak sukar memperoleh, terutama rempah ratus.
Mengenai idea membuka restoran makanan Timur Tengah di negara ini, Sulaiman berkata, ia tercetus sejak 2001 selepas melihat ramai masyarakat Arab mengunjungi negara ini sama ada menyambung pelajaran atau melancong.
“Selepas tamat pengajian di UIA saya pulang ke Yaman dan bekerja selama enam tahun. Namun pada 2007 saya kembali dan melihat ramai orang Arab di Malaysia. Saya terfikir mengapa tidak membuka restoran di sini,” katanya.
Sumijelly Similar Posts. Korang dah baca lom?- Restoran Saba' @ Cyberjaya
- Diet Rasullah SAW
- Menu berbuka pada 9 Ramadhan 1431H
- Hai…Roslin…Roslin… apa cer??
- Hari minggu yang santai…..


ada lagi satu restoran yang best hidangkan masakan Arab ni.. Al-Rawsha kat area Jalan Tun Razak..
sayahappyslalu´s last blog ..Operasi Besar-Besaran…
[Reply]
sumijelly Reply:
January 15th, 2010 at 17:05
@sayahappyslalu,
hehehe…skrg ni restoran arab bagaikan tumbuh mcm cendawan..hahaha
merata2 ada…
[Reply]
[...] Di mana lagi kalu bukan Restoran Saba, Cyberjaya.. [...]
br jer blk dr rest saba…. menu banyk, tp hr nie kena lamb kabshah, mak datul punya la bnyk nasinya, naik lebam nak kasi habis, tu yg regular tuh… tp bole kata sedap n mmg sedap, lain kali nak pegi lagi n try menu lain pulak, air td try2 air pisang+susu, ekekekee… lemak habis, jd muak laks…
[Reply]
sumijelly Reply:
April 29th, 2010 at 14:27
@castello,
wah..ye ker?? sumi suker makan kebab dia… tp memang, nasi dia banyak..leh makan berdua tau…
sila la dtg lagi… kat wangsa maju pun ada gak…
[Reply]
Azidi Aziz Reply:
June 2nd, 2010 at 22:08
@sumijelly,
Salam.. maaf mencelah.. saya surf internet nk cari mknan Arab.. skali terjumpe laa Restoran Saba’ @ cyberjaya.. ni baru balik dinner dari sana.. pada pendapat/tekak saya, mknan kat sini sangat kurang memuaskan.. senang ckp, tak sedap langsung.. saya cadangkan kpd Pn. Sumijelly, atau sesiapa saje laa yg rasa restoran saba’ nih mknannya sedap, cuba plak mkn kat Sahara Tent, kat bukit bintang. kat bawah fortuna hotel.. try Shagaff(kebab), Beryani Lamb, Mahalabia, Baklawa’ kat sana.. harga lebih skit je dari Saba’ tapi mmg amat memuaskan tekak. kalo 2 org mkn tu dlm RM50++ je. bkn nk promote Sahara Tent pon, just recommend je..
tq.
[Reply]
sumijelly Reply:
June 3rd, 2010 at 10:30
@Azidi Aziz,
terpulang pada masing2…
mana yg kene pada selera tekak nya, leh la pilih tmpt yg sesuai…
mungkin bg Azidi x sedap, tp bg org lain sedap..kita x tahu..
apa2 pun terima kasih kerana sudi memberi kan maklum balas. akan sy beritahu pada pihak Restoran Saba atas maklum balas anda..
[Reply]
Azidi Aziz Reply:
June 3rd, 2010 at 11:23
@sumijelly,
maaf mencelah lagi.. pn. sumijelly ni staff Restoran Saba’ ke? hmmm kalau camtu, minta tolong jasa baik puan, utk sampaikan complaint saya:
1) Suasana restoran sendiri tidak menggambarkan suasana Middle East.
2) Makanan / minumam dihidangkan dlm bekas plastik.mungkin utk kurangkan cost tetapi presentation juga penting utk membuka selesa.
3) Lamb kebab dia, terlalu kering. tak moist. roti sejuk+flat.
4) French fries pon sejuk.
5) Nasi beryani dia kurang kick & kering. (saya x tau ape ingredients yg kurang. sampai saya just mkn lamb je.. sbb nasi dia kurennggg..
6) Baklawa’: nuts dia terlalu kasar..
Maaf kalau apa yg saya complaint ni menyinggung hati Puan. mungkin ini pendapat tekak saya yg tak perfect, tetapi saya beri pendapat setelah saya membuat perbandingan dgn Sahara Tent. (saya bkn staff/promoter Sahara Tent) just a regular customer.
terima kasih.. W’salam.
[Reply]
sumijelly Reply:
June 3rd, 2010 at 11:51
@Azidi Aziz,
Terima kasih kerana sudi memberi maklum balas yg sebegini rupa. Memang bagus ada maklum balas mcm ini, kerana pemilik kedai pun terlalu sibuk menguruskan hal kedai samapi tidak mengetahui maklum balas pelanggan.
Saya akan cuba sampaikan kepada pemilik restoran ini dan akan cuba mohon pemilik untuk memnyelesaikan masalah ini. Maklum balas ini tidak sikit pun menyinggung perasaan saya. Terima kasih dn berharap selepas ini Azidi dapatlah berkunjung lagi supaya dpt memberi lagi maklum balas yg lebih baik.
Terima kasih kerana sudi mencuba masakan arab di Restoran Saba itu.
Walaikumussalam
[Reply]
puan sumijelly.
saya ada pertanyaan..sya bercadaang bawa keluaraga makan di restoran saba..nak cuba makanan arab..lamb kabsah, ciken hanith, lamb aoukdh tu untuk berapa orang makan dengan harga yang dipaparkan tu? nampak mcm banyak. saya cadang nak bawa keluaraga dlm 7-8 orang. takut kang main order je makanan berlambak lak dapat.
[Reply]
Salam kak sumijelly,
saya ade dgr saba ni ade bukak cawangan dkt Seri Maya, Setiawangsa, Btul ke?kalau btul tak payah la saya nk susah payah kesana..
[Reply]
sumijelly Reply:
August 23rd, 2010 at 08:52
@cucumaknyaii,
Walaikumussalam
Yup…ada lagi satu cawangan kat Seri Maya, setiawangsa tu… tu cawangan ke dua…
Datang la… segala menu di Cyberjaya sumer ada di citu…Restoran tu Khas untuk yg susah nak ke Cyberjaya…
Selamat menjamu selera yek nanti
[Reply]