2010 January 25

Saya nak cuti!

On January 25, 2010, in Blog, Keluarga, by Sumijelly

Yer..pernah dgr ker perkataan itu?? SAYA NAK CUTI? hehehehe…confirm tetbia tingat MAS la kan… ala..aku tau sgt la korang..leh baca apa pemikirna korang..hikhikhik

Tp kali nie aku bukan pergi bersama MAS la..aku pergi bersama my IR la..hikhikhik…. 3 hari 2 malam yek.. (sila jgn jeles!)

my IR aku ada kerja luar kawasan bahasa omputihnya dia out station daa…. jadi disebabkan my IR bawa kerete sekali… amatlah rugi jika sang isteri duduk di rumah seorang diri kan?? kan??

Maka..mengikutlah si isteri bersama suami nya.. menuju ke JOHOR BAHRU! yehaa………… orang2 JB..tunggu sumijelly datang…hikihikhik…

Taaaaaaaaaaapppppppppiiiiiiiiiiiiiii…………..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anak sulung ku x ikut serta………huk..huk..huk =(

Dia tinggal bersama mak su nya..sbb dia kan sekolah..cam sayang jer kalu ponteng…2 hari ko… tp rugi arr kalu aku x ikut kan??

Hotel dh confirm bayar memahal kan?? kete dh confirm kosong kan?? ishk….ishk..ishk… jadi ikutlah aku bersama 2 org anak ku yang lain..

sob…sob..boleh ker aku tinggalkan anak aku tu?? 3 hari 2 malam tu… kiranya hari Rabu baru balik…huhuhuhuuh…… x pernah berjauhan ko..ini kira 1st time… =(

danial

x per.. x per..sudah ku tinggalkan Tiket Wayang Free tuk anak aku g menonton malam ni bersama mak sunya.. citer Tooth Fairy tu… so..harap anak aku x terasa kesunyian bila balik dr wayang nanti…

Jadi… bertolak la aku malam ini.. doakan aku selamat sampai pergi dan balik….

Insya allah..kalu sempat berblog kat JB aku wat yek..hahahaha…..

pstt…..agak2 kalu aku x update blog selama 2 hari.. ada ker yg kisah?? mesti korg x kisah kan kalu aku x update blog..muahahahaha…….

Email Yg Mengejutkan

On January 25, 2010, in Blog, by Sumijelly

Aku dapat emel dr kengkawan…jadi suka lah aku nak berkongsi cerita bersama rakan2 lain..hikhikhik

Ada kisah dari teman nih:
Setelah check in di hotel di Bali, si suami mendapati ada komputer siap dgn internet telah terpasang di bilik. Dengan gembira ia menulis e-mail mesra kepada isterinya. Tetapi lain jadinya, dia sudah salah mengetik alamat e-mail isterinya. Tanpa menyedari kesalahannya, e-mail tersebut terus dikirimkan.

Di lain tempat, seorang wanita baru pulang dari pengebumian suaminya yang baru saja meninggal. Setibanya di rumah, dia terus menyemak e-mail untuk membaca sejumlah ucapan takziah bagi yg tidak dpt hadirkan diri.

Baru saja selesai membaca e-mail pertama, dia terus jatuh PENGSAN. Anak sulungnya terkejut kemudian membaca e-mail itu, dan jatuh PENGSAN juga….

Bunyinya e-mail itu:
———— ——— —
To: Isteriku tercinta
Subject: Papa sudah sampai Syg…. !!!
Date: 22 Okt 2009

Aku tahu pasti kamu terkejut tapi gembira dapat kabar dariku. Ternyata di sini mereka sudah siap pasang internet. katanya biar mudah berkirim khabar buat orang-orang tercinta di rumah.

Aku baru sampai dan sudah check-in.

Katanya mereka juga sudah mempersiapkan segalanya untuk kedatanganmu besok. Tak sabar rasanya menunggu kamu. Semoga perjalanan kamu ke sini juga mengasyikkan seperti perjalananku kelmarin. Aku menunggumu syg… Cepat sampai ya…

Love you Mom,
Papa

PS : Di sini cuaca panas.. Paaaanaaaasssss saaangaaatttttt. .!!. Kalau nak, ajakla anak-anak kita sekali. :D

Bagaimana online dengan Tuhan

On January 25, 2010, in Blog, Media Hiburan, Panduan, Surat Khabar, by Sumijelly

AKIBAT laju mengetuk papan kekunci, maka kesilapan ejaan sering terjadi. Pada mulanya kita hendak mengakses “Online” (Utusan Online misalnya) yang terjadi: “Onlie”, sedang menipu!

Justeru tajuk ini buku terus memberikan sedikit tamparan; jangan sesekali “onlie” ketika ber -’online’ dengan tuhan, tuhan tidak bisa dibohongi, berterus terang sahaja malah sebenarnya tuhan lebih tahu apa yang terjadi!

Tajuk Buku: Online Dengan Tuhan – Berhubung Dengan Tuhan Melalui Talian Tanpa Wayar
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Halaman: 114 muka surat
Harga: RM13.00



Penulis buku ini merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan seorang jurulatih sambilan penulisan kreatif.

Mungkin nama beliau kurang dikenali selain pernah juga menghasilkan buku, 501 Soal Jawab Tentang Haji dan Umrah dan Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji bersama PTS.

Namun beliau mempunyai pendekatan penulis yang ternyata berbeza namun sangat menarik.

Tanpa perlu ulasan dan hujahan fakta yang panjang lebar, seolah-olah menyedari bahawa pembaca hari ini sudah tidak mempunyai masa untuk itu semua. Kecuali mahukan bacaan yang santai dan straight to the point maka buku ini sangat memenuhi cita rasa itu.

Jika secara mudahnya online dengan Tuhan itu boleh dimaknakan sebagai satu kaedah komunikasi antara seorang hamba dengan Maha Pencipta tanpa sebarang halangan, tanpa perantaraan, tanpa wakil; sangat bersemuka antara satu sama lain.

Walaupun ada yang menyifatkan hubungan atau komunikasi dengan tuhan itu bersifat komunikasi sepihak (sehala) namun yang jelas secanggih manapun ciptaan manusia untuk berkomunikasi dengan segala macam peralatan dan teknologi tetapi sedarilah sejak zaman nabi Adam, online bersama tuhan itu telah berlaku sehingga tiada titik tamatnya.

Zulkifli berjaya membuka satu ruang lingkup yang luas, yang tidak tertumpu kepada kupasan hubungan tersebut tetapi beliau kaitkan dengan pelbagai situasi dan fenomena. Dari topik wahyu (tanpa wayar), Al-Quran merupakan browser, bukan semua yahudi adalah jahat, kejahatan zionis melancarkan perang siber, apa yang patut diterima (accept) dan patut ditolak (delete), blog dan laman web yang mengeratkan lagu hubungan manusia dan tuhannya sehinggalah klik connect untuk cinta. Iaitu terdapat 33 bab yang kesemua mempunyai huraian dalam bahasa yang naratif, mudah dan penuh dengan motivasi. Di tambah lagi dengan pelbagai kutipan kata-kata dan kotak-kotak fakta menjadikan keseluruhan buku ini sangat menarik dan begitu meninggalkan kesan kepada pembaca!

Sementelah dengan harga yang sangat kompetitif murah, berbanding apa yang anda bakal peroleh, maka penulis ini bukanlah seorang yang hendak meraih untung.

“Sembahyang dan doa adalah contoh komunikasi dengan tuhan tanpa wayar, malah jauh lebih hebat berbanding jalur lebar (broadband). Manusia tidak perlu mempunyai modem dan router serta tidak perlu membayar bil untuk berkomunikasi dengan tuhan.

“Hanya dengan mendirikan sembahyang dan memanjatkan doa di mana sahaja di muka bumi ini, kita dapat berhubung terus dengan Tuhan,” (M/S 80)

Walaupun ada menyifatkan komunikasi yang berlaku merupakan sehala (one way communication) iaitu kononnya tidak mendapat sebarang tindak balas dan jawapan daripada tuhan secara mutlak namun saya percaya keberadaan Allah itu dapat kita rasakan berada di sisi dan itu sudah cukup bermakna kepada seorang hamba-NYA.

Tidak sahaja percaya bahawa Allah sedia mendengarkan, namun yang jelas Allah tidak akan pernah jemu, berbanding andai kita berkomunikasi dengan manusia!

Di petik dari Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...