2010 January

Berkongsi statitik yang x berapa banyak

On January 28, 2010, in Blog, Nuffnang, by Sumijelly

yer..kali nie nak share sikit pasal aku nyer visitor tuk minggu ini..

x la seramai yang korang fikirkan..

huhuhu….tp sebelum tu..meh tgk blog yg pemes famous dulu..mcm Cik epal dan En Eyriq..hahaha

ini dari blog Cik Epal

Korang tgk blog dia baper ramai yang masuk??

Cik epal yang bujang sorang nie pun ramai peminat ko..

tu belum lagi wat blog walking katanya..kalu buat..pergh??mesti lagi banyakkan??ishk..ishk..ishk..

Ni dari blog Eyriqq….

Perghh….ko tgk Eyriq punya…

memula dapat cikit jer..setelah dia mendapat kuasa yang amat kuat..

tetiba blog dia makin ramai pulak visitor muncul…tgk..tgk..aku dh promote la pulak blog dia…

img

Ini pulak tentula dari aku punya…

huhuh…….. sikit kan?? bila la nak tinggi2 mcam mereka ini…

nak macam redmummy..lagi la..x akan dapat la..

huhu…x per.. x per..sikit2..lama2 jadi bukit gak kan?hehehe

img

Yer…sedar x sedar… dh 3 tahun rupanya anak aku yang ke dua ni. X sangka tul….

Cepat tul anak ibu membesar….

img

(Gambar ketika berumur 3.5 bulan…)

Dia aja la yang ku lahirkan secara normal. Terasa juga aku nikmat allah ketika melahirkan Iskandar… Syukur..

Walaupun sakit, tp alhamdulilah..selamat juga.. dengan berat nya 3.54kg.. anak yang berat di kalangan adik beradiknya..hehehe (penat tu ko aku push..push…hahah)

Iskandar 3 tahun

Semoga anak ibu cepat membersar dan menjadi anak yang berjaya dan membanggakan ibu dan ayah yek..

Bila la nak cakap betul2 ni…kekadang ibu paham..kekadang x paham..hahahaha… (sekali cakap jerman daaa………..)

Selamat membesar Muhammad Iskandar.. Ibu sayang Iskandar…

img

Fahrin Menangis

On January 27, 2010, in Media Hiburan, Surat Khabar, by cik norfa

Fahrin bengang!

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/01/26

SERI KEMBANGAN: “Apa perasaan anda apabila orang bertanyakan pada ibu anda yang sedang sakit, adakah anak anda kaki pukul?” keluh pelakon popular, Fahrin Ahmad yang tidak dapat menyembunyi perasaan sedih sehingga menitiskan air mata ketika mengumumkan tindakan undang-undang yang diambilnya pada sidang media di sini, semalam.

Kejadian itu, kata Fahrin, 30, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, menerusi laporan dua akhbar, baru-baru ini.

Menerusi firma guaman, Tengku Naufal & Co, pelakon berkenaan mengemukakan notis tuntutan yang mengandungi empat perkara iaitu kenyataan maaf terbuka Linda menerusi akhbar, penarikan balik kenyataan penyampai radio itu terhadap Fahrin yang dibuat sebelum ini, surat aku janji secara bertulis agar dia tidak mengulangi perbuatan itu dan surat tuntutan ganti rugi.

Fahrin yang ditemani peguam Tengku Naufal Tengku Mansor dan Ahmad Hafez Zaidi, menyatakan kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua akhbar berlainan pada 19 Januari dan 20 Januari lalu, mendakwa dirinya seorang kaki pukul dan tidak menghormati wanita.

“Ini bukan keputusan mudah dan saya ambil masa panjang untuk ambil tindakan undang-undang ini. Sebelum ini, saya hanya berdiam diri tetapi kini keadaan tidak terkawal, menyebabkan saya tertekan dari aspek psikologi dan mencalar maruah saya.

“Biarpun pada mula saya anggap perkara sebegini remeh, sebaliknya apa yang dilaporkan menerusi dua akhbar ini menjadi bukti kukuh untuk saya ambil tindakan undang-undang. Kedua-dua artikel ini mewujudkan keraguan yang menjurus persoalan saya berperangai macam itu.

“Sebelum ini, saya terima banyak panggilan (telefon) yang bertanya sama ada benar saya ini kaki pukul. Saya sedih dengar perkara ini kerana sikap sebenar saya bukan macam itu. Saya seorang yang ceria dan suka senyum pada orang lain,” katanya.

Fahrin berkata, tindakan undang-undang diambil bukan kerana marah, tetapi terlalu kecewa dengan sikap Linda yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Pelakon filem baru, 2 Hati 1 Jiwa ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta dua tahun dengan penyampai radio berkenaan walaupun mereka menafikan hubungan sebenar dan sekadar menyatakan status ‘teman tapi mesra’. “Cinta saya ikhlas dan ia tidak seharusnya berakhir begini. Bila habis bercinta, saya bercakap perkara yang baik dan tidak reka sesuatu yang boleh membuat orang lain berprasangka buruk.

“Sebelum ini, apabila saya putus cinta dengan Linda dan Scha Al-Yahya, saya cuma berdiam diri. Saya tahu risiko bercinta dengan selebriti, tetapi saya bersyukur dan tidak kesal dengan mereka,” katanya.

Fahrin juga menyatakan ketika kenyataan Linda hangat diperkatakan banyak pihak, dia bimbang kariernya terjejas apatah lagi dirinya mewakili tiga jenama produk ‘besar’. Bagaimanapun, katanya dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pihak yang melantiknya sebagai duta produk manakala anggota keluarganya turut memberikan sokongan.

Pun begitu, sejak kedua-dua artikel berkenaan disiarkan akhbar, dia tidak pernah berhubung dengan Linda.

Pelakon itu menegaskan, walau apapun yang berlaku, dia tidak berdendam dengan Linda, malah mendoakan kejayaannya.

“Saya bukan berkomplot dengannya untuk mengadakan cerita sebegini. Apa yang saya lihat, perkara ini boleh merugikan kedua-dua pihak dan memecahbelahkan peminat,” katanya.

Tengku Naufal pula menyatakan, notis tuntutan itu menjelaskan Fahrin memberi masa tujuh hari sehingga Isnin depan untuk mendapatkan maklum balas daripada Linda.

Katanya, analisis terhadap laporan kedua-dua akhbar memberi maksud jelas berita berkenaan bertujuan menghasut masyarakat agar memberi persepsi buruk pada Fahrin.

Notis bertarikh 22 Januari lalu dihantar kepada Linda dan kedua-dua akhbar berkenaan.

“Jika Linda gagal memberi respons kepada notis tuntutan ini, writ saman dan permohonan sewajarnya akan dibuat di mahkamah tinggi pada minggu depan. Bagaimanapun, jika sebaliknya, saman ini tidak dibuat,” katanya.

Mengenai jumlah writ saman yang ingin dikemukakan, Tengku Naufal berkata, ia akan ditetapkan kemudian selepas notis tuntutan selama tujuh hari itu berakhir.

1st Gathering MBP – Dessert dulu

On January 26, 2010, in Blog, by Sumijelly

Yer..semalam aku menghadiri Gathering MBP bertempat di Taman Tasik Shah Alam……Wau..memang seronok….semalam dari kul 8.00pg – 12.00 tgh hari… letih seh…

Aku pergi bersama anak aku dan adik aku…, my IR x ikut.. sbb ada hal kat umah..hehehehe

mbp

Ni gmbr aku sekelurga tnpa my IR tp di ganti dgn mak sunya..hahahah

Aku x dapat nak upload gmbr lagi… sbb lom edit lagi..ni aku kasi pencuci mulut jer..nanti baru bg yang berat yek..hahaha

img

ni gmbr aku menang lucky draw….hahahaha

sila jangan jeles… sedap ko biskut..eh…biskut ker?? hahaha

img

ni lah jadi nya..kalu suh anak yang ambikkan.. x penuh yek..hahahaha

rasanya nanti maybe akan ku culik gmbr yg chantik dr blog org lain..hahaha

so…sapa nya gmbr dalam ni , leh kasi link x?? hahaha sumi lupa catat la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...