2010 February

Penipuan utama dalam internet

On February 28, 2010, in Blog, Orang awam, Panduan, Pendapat/Komen, Suka-suka, by Sumijelly

Banyak terdapat unsur dan kejadian penipuan dalam Internet. Seperti mana di dunia nyata ini, dunia siber dalam internet juga mempunyai penjahat-penjahat yang bersedia menipu sesiapa sahaja. Malah penipuan dalam internet nampaknya lebih licik lagi. Di sini disenaraikan beberapa teknik penipuan yang sedang berleluasa dalam internet. Saya kira, sebagai pengguna internet yang aktif, kemungkinan ada antara kita yang menjumpai e-mel atau jemputan seumpama ini.

Penipuan Barang Antik

- Anda diberitahu bahawa anda telah memenangi lelongan terhadap gitar lama kepunyaan Rolling Stones (khusus kepada peminat kumpulan ini). Apabila and menghantat cek, tetapi gitar entah ke mana. Walaupun gitar mungkin sampai, tetapi yang dihantar adalah gitar rosak!

Capaian Internet

- Penyedia perkhidmatan internet semalam sahaja. Ia menawarkan lebar jalur yang amat perlahan atau tiada sambungan langsung. Anda bayar yuran pendaftaran, tetapi tiada akaun yang dihantar. Kalau hantarpun, akaun tidak sah. Sudah ramai pengguna yang tertipu dengan cara ini.

Penipuan Jualan Komputer

- Banyak kategori di sini. Namun yang paling popular ialah penawaran peralatan komputer canggih seperti PC multimedia, alat pengimbas dan sebagainya secara percuma. Akhirnya andapun tidak memperolehi apa-apa.

Lain-lain Penipuan Jualan

- Laman web e-dagang yang menawarkan pelbagai penjimatan pembelian dari set televisyen, pemain cakera padat hingga kepada rekod-rekod lama, tetapi tidak pernah ada penghantaran.

Pembangunan Laman Web

- Anda baru memutuskan untuk memulakan laman web di Internet. Atau anda sudah mempunyai laman web, tetapi tidak berapa menarik, mungkin anda lakukan sebegini sebagai permulaan. Berhati-hati dengan pihak-pihak yang ingin ‘membantu’ anda membaiki atau mendirikan laman web yang menarik kepada anda. Jangan terkejut jika ianya diberikan secara percuma. Jangan percaya!

Laman Lucah

- Mungkin anda secara tidak sengaja meluncuri laman-laman yang digolongkan sebagai laman web untuk orang dewasa, berunsur lucah atau menyediakan bahan-bahan yang memualkan. Jangan anda terkejut bila mana kemungkinan bil telefon anda dibilkan tanpa pengetahuan anda untuk panggilan jauh yang tidak dibuat.

Skim Cepat Kaya

- Aha… paling menarik untuk golongan yang ingin cepat kaya tanpa usaha lebih. Bukan setakat dalam dunia nyata sahaja, kemajuan teknologi juga boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti ini dalam dunia siber. Pelbagai skim dari berbentuk piramid, mencari ahli, rujukan e-mel malah sampai kepada pujukan memasukkan sejumlah wang dalam akaun tertentu. Siap dengan nombor akaun bank sekali. Jangan percaya. Sekali terkena, menyesal tidak sudah. Dalam internet, lagi sukar untuk dikesan.

Bekerja Di Rumah

- Banyak tawaran menambah pendapatan dengan melaksanakan kerja di rumah. Nampak mudah dan menarik. Memang anda lakukan kerja tersebut dengan siap, tetapi bayaran hanyalah dalam bentuk e-mel atau cek siber. Tidak laku di mana-mana pun.

Pelancongan Dan Percutian

- Anda dikatakan akan memenangi atau telah memenangi pakej percutian menarik. Selalunya di tempat-tempat yang menjadi idaman anda, sepert kawasan pulau peranginan eksklusif. Anda dibayangkan dengan fantasi menyeronokkan. Akhirnya anda membayar melalui kad kredit sebagai yuran pendaftaran, tetapi itulah sahaja yang anda dapat. Angan-angan fantasi umpama mimpi.

E-mel Rujukan

- Skim ini berbentuk rantaian rujukan e-mel. Dikatakan apabila anda panjangkan kandungan yang mengandungi laman web tertentu, anda akan diberikan wang setiap kali rakan-rakan anda pergi ke laman tersebut. Siap dengan kenyataan orang-orang yang telah memperoleh wang dengan cara ini. Suka dinasihatkan, jangan hiraukan e-mel sebegini. Anda akan berakhir dengan sia-sia. Pihak yang untung ialah tuan empunya laman tersebut kerana semakin ramai orang akan melawat ke situ, dan mereka akan mengatakan kepada pengiklan bahawa laman web mereka dikunjungi berjuta orang dalam seminggu. Apa yang anda dapat? Iklan percuma kepada laman tersebut.

Nota kaki : Maka berhati2 la dgn dunia INTERNET…ada yang benar ada yang palsu… sebelum melakukan apa2..sila rujuk pada org yang lebih arif dan mahir…

Cara-cara sembunyikan password anda!

On February 28, 2010, in Blog, Orang awam, Suka-suka, by Sumijelly

Step 1: No one can see your passwords or whatever you’re typing



Step 2: No one can see whatever you’re typing or which website you’re surfing



And the Ultimate is…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




No one knows who you are……

[]

Nota kaki : Sekadar suka-suka di hari ahad…hehehehe. Selamat berhujung minggu yek!

Tips menjaga kesuburan

On February 27, 2010, in Blog, Orang awam, Panduan, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Wanita berada dalam masa kesuburan terbaik di usia 23 hingga 25 tahun.Setelah usia 35 tahun,wanita akan mengalami penurunan tingkat kesuburan.Tidak salah dan tidak terlalu lambat mula memerhatikan kesuburan sekali pun jika anda tidak memiliki rancangan memiliki anak 10 tahun kemudian,berikut tip bagaimana memelihara dan menjaga kesuburan… …

Menangani Stress

- Stress akan membuatkan adrenalin anda terkawal,ini akan menghalang progesterone melakukan pekerjaannya menunda ovulasi atau lebih buruk,menghentikan sirkulasi secara menyeluruh.

Kafein

- Penelitian menunjukkan wanita yang minum lebih dari empat cawan kopi atau enam cawan teh per hari memiliki risiko tiga kali lebih lama mengurangkan kehamilan berbanding mereka yang tidak meminumnya.Keadaan ini disebabkan kafein boleh memperlambat penyerapan nutrisi yang diperlukan dan menghasilkan adrenalin yang dapat mempengaruhi sirkulasi menstruasi dan ovulasi.

Gunakan kondom sebagai alat cegah hamil

- Pil dan Intra Devices(IUD) dapat membentuk ketidakseimbangan mineral dalam tubuh yang dapat mempengaruhi kesuburan.Kondom adalah alat kontrasepsi bebas kimia dan melindungi dari STD sebagai penyebab lain menurunnya kesuburan.

Lakukan Rawatan Berkala

- Mengesan gejala-gejala STD seperti Chlamydia,penyebab utama ketidaksuburan dengan smear secara berkala.Dapatkan rawatan daripada pakar sakit puan sekali gus untuk mengungkap masalah lain saperti Pelvic Inflammatory Disease atau Polycystics Ovaries.

Berhenti Merokok

- Penelitian menunjukkan perokok memiliki risiko tiga kali keguguran berbanding bukan perokok dan mereka sukar mengalami kehamilan melalui bantuan teknik reproduktif. Anak-anak yang dilahirkan pula memiliki kemungkinan menopaus awal.

Perhatikan berat badan.

- Obesiti sebenarnya boleh memberikan tekanan pada ovari dan tiub falopio yang membuatkan sukar melahirkan.Obesiti juga dapat mengubah keseimbangan hormon dalam tubuh…

Nota kaki : Jadi jagalah kesihatan wahai kaum Wanita sebelum usia meningkat…hehehee

Print kaki di Nuffnang

On February 27, 2010, in Blog, by Sumijelly
Apa punya ayat la… print kaki di Nuffnang…hahahaha

Kepada sumer Nuffnangers di luar sana!…….

Pejabar Nuffnang ada DINDING kosong! Derang nak mintak gambar untuk di tempek di dinding mereka yang di panggil Nuffnang Footprints Wall. hahahahaha

Nuffnang Footprints

Tgk la dua gadis jelita itu..

sedang menanti gambar dari korang yek…apa kata g la bagi gmbr korang sama ada bersama Nuffnang atau sesiapa untuk di abadikan di dinding mereka…

Mereka nak menatap gambar ahli2 Nuffnang setiap hari, setiap masa hingga termimipi2 tu… (dah tampal kat dinding opis mereka..mestila kene pandang kan? hahaha)

So teringin ker nak hantar…

Hantar jer kat Nuffnang KL office, dengan alamat yg tertera di bawah:

The Nuffnang Footprints Guardian
Nuffnang Sdn Bhd
12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Atau pun dengan usaha yang lebih cun…korang dtg jer kat Pejabat derang hantar sendiri la…… lagi best..

Boleh gak korang tgk opis derang kan?? Leh berkenalan dgn staff yg ramah tamah tu kan?? hehehe

Emel tidak akan di layan yek..sbb sapa lak nak print gmbr korang tu? so..bagi la gmbr yg telah siap di cuci @ di print untuk di tampal kat dinding mereka…

Apa lagi.. cepat… sementara stok masih ada…..eh silap..sementara tempat masih ada….

Update: We got our first contribution from Nuffnanger Christy today! Check this out:

I heart Nuffnang

More Info refer to : Nuffnang Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...