2010 February 11

Valentine Day's

On February 11, 2010, in Blog, Nuffnang, Pendapat/Komen, Peraduan, Wayang, by Sumijelly

VD

Ingat x aku dapat jemputan menonton Movie anjuran Nuffnang.. yer..aku pergi juga bersama my IR yek.. anak ku tinggalkan pada mak sunya sekejap.. dalam kul 12.00 mlm aku sampai rumah.. ngantuk siot..

bean

Sebelum tu aku nak ucapkan la bebanyak terim akasih pada Bean yg sudi menebus tiket aku dahulu.. sbb aku tau, aku sure lambat.

Ces Bean..ko x sebut pun nama kak Sumi yg ko jumpa kak sumi masa kita tgk citer tu…. marah ni..marah ni..

nama Lily ngan Amy gak yang ko sebut yek.. hahahaha

lily

Sempat la juga bergmbr ngan Cik Lily Putih.. yer.. dia adalah org kuat MBP okey.. mana2 events pasti aku akan jumpa ko lily..hahahaha

K..meh sini aku nak citer serba sedikit citer nie..

Pelakon yang di barisi amatlah populer dn glamer okey… sumer memang yg cun2 dn hensem2 ko… leh jatuh cinta di buatnya.. hahaha. Seramai

  • Jessica Alba (“Fantastic Four”)
  • Academy Award® winner Kathy Bates (“Misery”)
  • Jessica Biel (“I Now Pronounce You Chuck & Larry”)
  • Bradley Cooper (“The Hangover”)
  • Eric Dane (TV’s “Grey’s Anatomy”)
  • Patrick Dempsey (“Enchanted”)
  • Hector Elizondo (the “Princess Diaries” films)
  • Academy Award® winner Jamie Foxx (“Ray”)
  • Jennifer Garner (“Juno”),
  • Topher Grace (“Spider-Man 3”)
  • Academy Award® nominee Anne Hathaway (“Rachel Getting Married”)
  • Ashton Kutcher (“What Happens in Vegas”)
  • Academy Award® nominee Queen Latifah (“Chicago”)
  • Taylor Lautner (“The Twilight Saga: New Moon”)
  • George Lopez (“Beverly Hills Chihuahua”)
  • Academy Award® winner Shirley MacLaine (“Terms of Endearment”)
  • Emma Roberts (“Hotel for Dogs”)
  • Academy Award® winner Julia Roberts (“Erin Brockovich”)
  • Aaward-winning singer-songwriter Taylor Swift

Kisah nya adalah berkait2 juga antara satu sama lain gak… tp memang seronok…ada la juga lawak2 walaupun x selawak mcm Adnan Sempit la kan…

Ala2 Romatik komedi.. di mana kisah sebelum ,semasa dn hingga penghujung hari Valentine la, memacam kejadaan berlaku.

Ada yang br tahu pasangan dia dh berkahwin, ada yang putus kasih ada yang menanti cinta, ada yang membenci cinta… hehehe… bestla

Apa da Eric Dane ni…ghupanya HOMOSEKSUAL da… badan tegap2 punya chantik body leh la pulak mempunyai hubungan songsang..hahahaha

Ohw… cute kan Julia Roberts nie.. ades.. mau x pengsan Pramugari tu.. asyik pandang lelaki ni setiap 5 saat.. hahaha….

Peranan Julia Robert amat berkesan sekali.. sungguh touching ko… hehehe.. nak tahu ?? hehehe.. g tgk sendiri yek.. hahaha

Yang nie pulak untuk yang menyokong I HATE VALENTINE DAY’S… hehehehe… tp akhirnya ??? haa…..tu korang kene tgk sendiri la…

Aksi yang amat mencemaskan la.. di mana berlari2 menyelamatkan diri tanpa sempat memakai pakaian hanya berselindung dengan gitar sahaja…

Kantoi! Kantoi!

Tp sebenarnya puncak yang best adalah mengenai KANAK2 kecil yang ingin mencari cinta sejati dari seseorang yang memang di nanti2kan.. oh,,ketika itu rasa terharu sungguh apa bila dia dpt menemui cinta sejati nya…. siapa kah dia?? haaa……korang kene g tgk la.

Apa2 pun, aku nak bagi tahu la.. bukan BUDAYA kita menyambut Hari Valentine Day’s yek.. tp untuk menonton tidak salahnya.. tp mcm x seuai jer untuk pasangan bercinta.. kerana leh menjerumus ke perkara yg tidak sepatutnya.

Kalu yg dh kahwin x per.. aku x kisah.. apa2 pun terpulang la.. dh ada kat pawagam kan.. x tgk x rugi.. tgk pun x rugi gak..hehehe

img

Terima kasih Nuffnang atas pra tonton ini.. lain kali leh la anjur lagi.. pasti aku akan turut serta lagi..hehehe

Restoran Singgah Selalu

On February 11, 2010, in Blog, It's Me!!, Makanan, Panduan, by Sumijelly

Oh ya…masa aku kat Johor tu ha…ala masa tu  kat M Suite Hotel..

Sempatla aku g makan kat luar…hehehe

aku suker tul kalu dpt singgah makan kat sini… makanan kat sini banyak pilihan.. bersih dn amat mudah nak kesana.. paling nyata..ia dekat ngan Danga Bay yek..

img

Nama Restoran ni Restoran Singgah Selalu..

Ada 2 tempat..terbuka dn tertutup… kalu tertutup kene masuk dalam sikit la.. tempat air cond la katakan..

ada tmpt mainan bebduak gak..tp ada bola jer..kan ada gelugnsur @ jongkang jongkit..hehehe

img

tu dai…bapak besau ko screen TV dia..

puas tul kalu tgk kan ?? ni wat kat umah mesti x cukup ruang..hahaha

img

img

inilah sekeliling tempat makan nya…

masa aku g x berapa penuh… selalu penuh tu..

banyak meja dan kerusi..memang selesa la..

im

iyer… my IR order Chiken Chop…

ko tgk dia punya hidangan.. complete… ada jagung, tomato, salas, sayur, kentang goreng..

pergh… kenyang arr kalu makan nie aja…….

img

ni aku order tu Iskandar… dia kan nak makan sgt pun..

dpt nie pun dh cukup.. x der set meal tuk kanak2 la, jd order jerla kentang goreng..

banyak ko kentan ggoreng dia.. sebakul dia bagi…

img

ni order aku lak… MEE BANDUNG…

mesti la kene rasa..dh sampai johor org kata x rasa mee bandung x sedap..

tp..aku rasa cam biasa jerla… x der la sedap sgt.. muahahaha (mampus aku kalu org johor baca…hehehe)

img

ni air untk kami bertiga…

air manggo, nescafe dn air kosong…

air mangga dia memeang sedap ko… manis secukupnya.. bila aku tmbh lagi air putih.. masih lagi terasa air mangga nya…

img

oh ya..x lupa jugak OTAK2..

5 keping aku bedal… sedap..tebal dn kenyang…hehehe

img

sambil makan ternampak la pulak ada yg isap rokok arab tu..

ala..shissha kan?? aku pun x tahu sgt..

ada la nampak org muda2 hisap.. tu rokok ker apa yek??

skrg mana2 kedai aku nengok mesti ada benda nie..hehehe

img

img

Perghh…..ko tgk licin kan?? hahaha…

tinggal kuah jer.. tu pun x larat dh nak hirup…

so..pada yg nak ke Johor Bahru.. memang dekat jer nak cari Restoran nie..

Danga Bay

dekat jer ngan Danga Bay yek…memang korang akan nampak kedai ni bertentangan Danga Bay

so..masalah makanan x perlu riasu kat situ..memacam masakan pun ada.. hanya order dan bayar jerla..hehhe

Pengetua AF8 Norman KRU, Sarimah & Jimmy Hos

On February 11, 2010, in Blog, by Sumijelly
Antara barisan tenaga pengajar AF8.
Foto THE STAR Oleh SIA HONG KIAU.

SEGALA teka-teki tentang Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akhirnya terjawab.

Pengetua baru AF8 kini disandang oleh Norman Abdul Halim (KRU). Tentu pihak Astro lebih arif kenapa memilih Norman.

Nama Norman diumumkan di sebuah sidang media majlis pengumuman rasmi pengacara, tenaga pengajar dan pengetua AF8, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, malam tadi.

Hos baru AF8 juga turut menepati ramalan iaitu Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley. Kedua mereka berjaya mengambil-alih tempat dan kedudukan AC Mizal yang menjadi AF selama dua musim.

Pemilihan Sarimah dan Jimmy ini diharap memberi sentuhan baru kepada program realiti ini. Sarimah akan mengemudikan program Debaran AF8 manakala Jimmy pula menjadi hos Diari AF8.

Gandingan pengetua, Norman dan Sarimah selaku pengacara AF8.

Sementara itu, kedua-dua mereka akan bergandingan pada hari konsert yang akan diadakan setiap Sabtu. Konsert pertama akan mula bersiaran pada 13 Mac depan melalui saluran ASTRO RIA.

Menurut Pengarah Eksekutif ASTRO Entertainment, Zainir Aminullah, “buat pertama kalinya AF memilih pasangan pengacara bukan untuk meniru rancangan lain.

“Tetapi mempunyai matlamat supaya dapat memantapkan lagi rancangan tersebut disamping membahagikan tugas seperti mengendalikan Diari AF, Konsert AF, dan Debaran AF,” katanya semasa sidang media semalam.

Menurutnya lagi, pembaharuan untuk musim ke lapan ini adalah memilih hari Sabtu sebagai hari untuk peserta membuat persembahan, manakala hari Ahad pula hari ‘Debaran’ di mana peserta akan disingkirkan.

Pada musim ini, para penonton dan peminat AF akan diberi lebih masa dan peluang untuk menilai prestasi persembahan peserta kegemaran masing-masing sebelum menghantar undi.

Manakala penyingkiran peserta pula akan hanya dilakukan pada hari Ahad melalui program siaran langsung Debaran AF.

Selain itu, AF8 juga, turut menampilkan muka baru iaitu pelakon berbakat, Que Haidar selaku jurulatih drama. Untuk musim baru ini, pihak ASTRO masih mengekalkan barisan tenaga pengajarnya yang terdiri daripada Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Oleh NORUTUL ILHAM – MSTAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...