2010 February 14

Sejarah Sambut Hari Valentine

On February 14, 2010, in Blog, by Sumijelly

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

psssttt…..aku x sambut yek…aku sambut ulang tahun perkahwinan yang ke 6 jer..hehehe… hari nie sambut kat Melaka jer…sbb ada kenduri kahwin..hehehe..

Happy Chinese New Year 2010

On February 14, 2010, in Blog, Hari-hari terpilih, Orang awam, by Sumijelly

Yer.. di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kengkawan aku yang menyambutnya.

Tahun ini adalah tahun HARIMAU

Harimau ialah bintang haiwan yang ketiga dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang harimau dilambangkan oleh dahan duniawi.

CNY

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada “Tahun Harimau,” serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

  • 8 Februari 1902 – 28 Januari 1903: Harimau Air
  • 26 Januari 1914 – 13 Februari 1915: Harimau Kayu
  • 13 Februari 1926 – 1 Februari 1927: Harimau Api
  • 31 Januari 1938 – 18 Februari 1939: Harimau Tanah
  • 17 Februari 1950 – 5 Februari 1951: Harimau Logam
  • 5 Februari 1962 – 24 Januari 1963: Harimau Air
  • 23 Januari 1974 – 10 Februari 1975: Harimau Kayu
  • 9 Februari 1986 – 28 Januari 1987: Harimau Api
  • 28 Januari 1998 – 15 Februari 1999: Harimau Tanah
  • 15 Februari 2010 – 3 Februari 2011: Harimau Logam
  • 2022 – 2023: Harimau Air

Siapa yang melahirkan anak pada tahun ini , di kategori HARIMAU LOGAM. hehehe…

Cuti selama 3 hari ni akan terasa panjang… maka manfaat kan la cuti dengan sebaiknya… aku juga sudah lama x dpt limau sekotak..dulu masa kerja tempat lama dpt berkotak2.. hehehe

apa2 pun semoga sumer bergembira di hari cuti yg panjang ini.. pada yang berjalan jauh.. utamakan keselamatan.. pada yang lain, selamat bercuti yek…..!!

SELAMAT TAHU BARU CINA!

Ulang tahun perkahwinan merupakan ulang tahun yang jatuh pada hari bulan berlakunya perkahwinan yang disambut setiap tahun kecuali mereka yang berkahwin pada 29 Februari. Orang yang berkahwin menganggap hari tersebut penting dengan cara yang tersendiri

img

Yer..seperti jugak aku…hari ini, 14 Februari 2010 genapla usia perkahwinan aku ngan my IR yang berusia 6 tahun. Yer..hampir sama dengan usia si Danial yang akan meninjak 6 tahun pada ujung tahun ini.

Ingat lagi waktu aku di nikahkan oleh ayah ku… Kemudian, aku di sandingkan bersama untuk meraikan perkahwinan kami.. ramai juga yang hadir masa tu… terima kasih semua kerana sudi memeriahkan majlis aku…..

anak

Kemudian pada 15.12.2004 lahirlah anak pertama kami yang di beri nama Muhammad Danial seterusnya pada 28.01.2007 lahirlah anak kedua kami yang di beri nama Muhammad Iskandar dan yang terkini pada 25.02.2009 lahirlah anak ketiga kami yang di beri nama Muhamad Zulfadhli…

img

X sangka sungguh aku…dah 3 orang permata rupanya….semoga anak2 inilah pemyambung ikatan kami bersama…sehingga ahkir hayat…

Aku x mahu apa2 pun dari suami ku…hanya kasih sayang, dan tanggungjawab lagi penting dari kebendaan (tp..kalu nak bagi apa salahnya kan??kan??muahahah)

img

Semoga perkahwinan kami akan kekal selamanya, hanya mati dan maut sahaja pemisah antara kami… terima kasih kepada kengkawan yang x putus mendoakan kesejahteraan keluarga kami.. hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya…

emmm…walaupun lirik lagu nie ada menyimpang lari sikit…tp sekadar hiburan semata..meh kita menghayati lirik lagu Imran Ajmain ni hehehe

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat ulangtahun sayang……………….

pssstt……….aku x sambut VALENTINE day yek..tp sambut ULANGTAHUN PERKAHWINAN tau… nak wat cam ner..dh jatuh pada hari yang sama..heheheh.. beruntung aku.. lagi rasa romantik la pulak..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...