2010 February 24

Keindahan Putrajaya di waktu petang

On February 24, 2010, in Blog, by Sumijelly

Yer..ini kisah masa CNY yg lepas…

punya la lupa nak citer… maklum la.. terlupa nak transfer gmbr hehehe… dh lapuk la cite rnie…

Aku x kira..nak gak citer…kan cuti pepanjang ms CNY..aku ajak la keluarga aku duk melepak kat umah aku

img

Bawa g jenjalan ke Putrajaya..

saja jer..sbb masa tu mak aku bawa sekali anak buah aku tu..

Anak2 abang aku yg duk kat Cheras tu…

img

Sebaik masa g sana cuaca redup jer..

x panas..dn x hujan… best jer..

tp yg x bestnya..di kelilingi rombongan org luar..aku rasa cam nepal @ bangla la..

berduyun trn dr bass…huhuhuh…dh mcm aku lak duk negara org..

img

konon ya adik aku nak buat gmbr ala2 dia tgh mengangkat kubah Pejabat PM

tau dek PM mtik ko Nopa..sesuker hati jer ko nak angkat kan?

jadi ker?? tu aku yg snap tu… muahahaha

img

Di sebabkan naik kete waja..mana nak muat sumer kan..

maka aku anak beranak jer la.. my IR duk umah la..duk g siram rumput mutiara dia la…

payah tul si Iskandar nie nak bergmbr.. leh lak dia lari ko…

img

yer..sebelum pulang bergmbr sekali ngan parents aku..

mak aku yg sibuk nak ronda2 g Putrajaya..

dr Putrajaya, g ke Alamanda pas tu g Balakong, pas tu balik ke Bangi..hahaha

ambik ko.. punya la jauh berjalan..hahahaha

[Contest ]Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

On February 24, 2010, in Blog, Peraduan, by Sumijelly

Tuan punya blog Eyriqazz telah menganjurkan Contest Ketiga yang diberi nama :

Maka kene lak aku menyokong rakan sebloggerkan.. untuk memeriahkan lagi acara contest nie… walaupun au terlambat..harap Eyriqq leh menerima peraduan aku nie..

perghhhh…bulan nie jer acara masuk2 contest aku yek..hahahaha…. leh la dpt hadiah bulan depan lak..kehkehkeh

Masuk jer blog dia…korang leh nampak HEADER blog dia yg telah bertukar… dulu wajah lain.. kali nie nampak mcm KOPRAT la pulak..hahahaha

Blog dia pun kemas jugak… putih suci seperti anak perempuan dia Alisya… (bila nak berbesan nie?? muahahaha)

Kalu rasa nak kenal lebih dgn Eyriqq… sila belek kiri blog nya.. ada bahagian ABOUT ME.. korang baca la kat citu yek..hehehe

Eyriqq ni aku kenal lama dah..sbb dia rajin komen kat Blog aku.. aku pun memula pasan dia komen bila mula memberi komen PERTAMA di Entry Bayi AirAsia’ bersama ibu dapat terbang percuma sepanjang hayat.

img

26 October 2009 ko di akomen..heheheh… Masa tu aku hingat dia nie Cikgu…ghupa2 nya bukan…tipah teripu bang! hahaha

Selepas dr tu..memang aku x pernah ketinggalan masuk blog dia sbb dia banyak menang Nuffnang Contest okey, seperti :

dan yang TERBARU!

Wah….JELES x jeles… mesti la JELES,..sbb dpt tgk TV beasu…hikhikhik…

img

Aku pernah jumpa dia setelah berkali2 x dpt jumpa dia.. masa kat Family Day with Friso, aku just sempat berborak ngan Azwa (isterinya) sahaja..

KUTUKAN:

Ada ker agak2 nak mengutuk pasal blog dia.. tp aku memang nak kutuk habis2 la..sbb dia nie selalu dpt BUFFERED, HADIAH dn RAMAI pemgomen hingga VISITOR dia mecanak2 naik ko…

Aku kene la berusaha mcm dia untuk menaikan TRAFFIK aku nie.. hehehe

PUJIAN :

Aku memang puji dia…sebb dia x kedekut ILMU dn sanggup berkognsi TIPS2 yang amat berguna. Sambil2 tu dia rajin wat Blogwalking dn sudi mengomen setiap entry dengan penuh sopan dan bertatasusila..hahaha

Aku nak TAG 3 org :

Aku TAG je.. x buat pun x per.. sbb syarat2 dia suh mcm tu..muahahahha

Tarikh tutup penyertaan ialah 28.02.2010 dengan di hidangkan hadiah2 menarik seperti :

* Hadiah 1 – Wang tunai RMXX + Voucher KFC/Pizza Hut bernilai RM10 + Blog anda akan diterjah Eyriqazz

* Hadiah 2 – Wang tunai RMXY + Voucher KFC/Pizza Hut bernilai RM10 + blog anda akan diterjah Eyriqazz

* Hadiah 3 - Wang tunai RMXZ + blog anda akan diterjah Eyriqazz

* Hadiah Saguhati - Blog anda akan diterjah Eyriqazz (3 hadiah saguhati ataupun lebih bergantung kepada penyertaan, 3 tersebut adalah untuk entry/penyertaan 1@7 (kalau menang hadiah utama,tak dptla hadiah saguhati), cabutan undi melalui http://random.org , dan pilihan penyertaan ke-x daripada Isteri)

Jadi pada sesiapa nak masuk Contest Eyriqq..meh..meh g TERJAH balik kat Blog Eyriqq dia.. mana tahu korang leh dpt hadiah tu..hehehe

Semoga aku berjaya! hehehe

Pejabat NSTP kena 'serbu'

On February 24, 2010, in Blog, by Sumijelly


PEMBACA Berita Harian beratur mendapatkan tiket Firefly di Balai Berita, semalam.

Pembaca BH mahu tebus tiket domestik, antarabangsa Firefly

KUALA LUMPUR: Pejabat New Straits Times Press Berhad (NSTP) di seluruh negara, semalam diserbu pembaca Berita Harian untuk menebus tiket penerbangan pergi balik Firefly domestik atau serantau yang ditawarkan dengan harga istimewa.

Di Balai Berita NSTP di sini, ada yang hadir seawal jam 6 pagi walaupun kaunter penebusan dibuka pada jam 10 pagi bagi memastikan tiket penerbangan itu menjadi hak milik mereka.

Pengurus Jenama (Berita Harian) Jabatan Pemasaran NSTP, Ahmad Firdaus, berkata sebanyak 300,000 tiket harga istimewa diperuntukkan selama lima belas minggu untuk pembaca setia Berita Harian.

“Bagi minggu ini, sebanyak 20,000 tiket ditawarkan yang mana pembaca layak menebus satu keping tiket harga istimewa dengan menyerahkan keratan kepala akhbar Berita Harian yang dikumpul bermula dari 16 Februari hingga semalam (kelmarin) dan dikepilkan bersama borang penyertaan,” katanya.

Tiket diedarkan atas dasar `siapa cepat dia dapat’ dan masih ada 28,000 tiket menanti untuk ditebus iaitu untuk minggu kedua bermula semalam hingga 28 Februari, minggu ke-3 (1 Mac-7 Mac), Minggu ke-4 (8 Mac-14 Mac), minggu ke-5 (15 Mac hingga 21 Mac), minggu ke-6 (22 Mac -28 Mac).

Bagi minggu ke-7 (29 Mac – 4 April), minggu ke-8 (5 April-11 April), minggu ke-9 (12 April-18 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-10 (19 April-25 April), minggu ke-11 (26 April-2 Mei), minggu ke-12 (3 Mei-9 Mei), minggu ke-13 (10 Mei-16 Mei), minggu ke-14 (17 Mei-23 Mei) dan minggu ke-15 (24 Mei-30 Mei).

Sementara itu, pembaca Berita Harian, Nor Izzati Abu Hassan, 22, menyambut baik kempen sebegini yang disifatkan memberi keuntungan serta berbaloi untuk pembaca setia akhbar ini.

“Hari ini, saya menebus 13 tiket penerbangan dan merancang untuk pergi bercuti ke Koh Samui bersama keluarga pada hujung tahun ini,” katanya.

Seorang lagi pembaca, Chan Yuat Ngoh, 62, dari Petaling Jaya menunggu kaunter penebusan dibuka sejak 6 pagi.

Beliau yang membeli akhbar Berita Harian hanya untuk kempen tebusan ini berkata kempen sebegini amat berbaloi kerana tiket ditawarkan dengan harga murah.

“Saya tertarik dengan kempen ini malah ini adalah pertama kali menyertai sebarang program penebusan yang dianjurkan oleh Berita Harian serta berasa bersemangat mencuba perkhidmatan penerbangan Firefly ini,” katanya.

Nota kaki : mak aih..ramai giler ko… bila la aku nak g tebus nie?? kumpul bulan 3 @ 4 la…pas tu jom pepakat kita g MEDAN nak?? hehehe Sapa nak ikut?? meh kumpul sekali..

Bertambah lagi anak ku

On February 24, 2010, in Blog, by Sumijelly

er..pada hari ahad yang lepas..aku baru jer menerima anak lelaki yg baru..

seronok sungguh bila dpt dapat anak yg baru lahir…

opsssssss………. tp bukan aku la yg melahirkan tp aku punya biras (abg ipar aku punya isteri daaa…….) hehehe

suspen jer kan… hehehehe

img

Anak ini dilahirkan pada 21.02.2010 pada pukul 4.00pg di Hospital Pusrawi, Jln Tun Razak.

Secara normal dgn berat kelahiran 3.3 kg..

img

Skrg anak2 zaman moden..

lahir2 jer dh celik mata kan??

tgk la..masa aku dtg..luas ko mata dia..melilau sana melilau sini..hehehee

img

Suka Danial bila aku suh posing..

” apa nama baby tu ibu?”

“namanya ADAM”

“oh…ADAM”

pas tu sekali lagi bila tnya senang jer menjawab..bermakna Danial dh mula pandai mengingati setiap perbualan..hehehehe

img

Iskandar lak..kalu suh ambik gmbr ikut mood dia..

kalu dia nak ambik..berdiri la kat sebelah..

kalu tidak kang.. duk la jejauh..

img

ewah…sangat ringan ko bila mendukung nya..

sbb dh lama dh x dukung bayi sekecil tu..

last sekali pada 25.02.2009…hahaha… tu masa Zulfadhli lahir…

kiranya dia awal 4 hari ngan anak aku la lahirnya..

oh ya..baju tu baru aku beli, korang x pasan ker??… chantik x?? hahaha..saja jer nak tayang kat korang… hahahaha

img

tu dia.. bila dh suh anak yg ambik kan..

kepala ayahnya kene cantas..hahahaha…

Zulfadhli x der perasaan sungguh bila aku tayang bayi tu kat dia..

mungkin belum memahami kot..hahaha.. elok la.. bukan skrg pun aku nak mengandung kan..

lambat lagi la..hahahaha

img

Amboi..senyum lebar Zulhfadli tu..

lagi 1 hari genapla usia anak aku ni 1 tahun..

cepat sungguh dia membesar… rasa x percaya pulak..hikhikhik…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...