2010 February 25

Definasi Mulidur Rasul

On February 25, 2010, in Blog, Events, by Sumijelly

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

sumber dari : Wikipedia Malaysia

Panggilan Khas untuk Bean Moreno

On February 25, 2010, in Blog, by Sumijelly

Ku seru nama mu wahai Bean Moreno……. mari ke mari dikau membaca…. huhu

Wah…aku tetiba jer ada wat entry tuk Bean Moreno..

Sapa Bean nie? Tu hari Aus.. skrg Bean la pulak…hehehe

Bean nie la yg tolong aku g redeem tiket wayang hari tu..kalu tidak x dpt aku g tgk tau..hehehehe

Sedang aku duk baca blog dia.. aku pasan ada sesuatu yg mencacatkan blog dia la…

ewah..ewah..pepandai jer kau cakap cacat… mesti Bean marah aku..miahahaha…… eh..tergelak lak cara Mel lagi..marah Mel kat aku..hehehe

img

Aku pasan TAJUK ENTRY nya terlindung sikit la.

aku punya pandangn jer yg mcm tu ker @ sebenarnya mcm biasa jer??

tp..kalu entry yg ini……..

img

x der la pulak ketara?? kenapa yek Bean??

Nampak sgt la entry tu mcm pilih kasih jer.. kat Nuffnang tetiba jer chantik …hahahaha

adakah salah PC aku yg selalu bengong nie?? huhuu…

sila perjelaskan sebelum serangan bertubi2 berlaku…muahahaha…

Nota kaki : ini adalah dr pandangan kaca mata aku yg kian rabun..kalu korang x der nampak apa2 masa melawat blog dia..sila abaikan pandangan aku…muahahaha

Setahun sudah anak ku!

On February 25, 2010, in Anak-anak, Baby, Blog, Hari-hari terpilih, by Sumijelly

img

Hari ni 25.02.2010 genap la usia Zulfadhli SETAHUN!

Yer..sudah setahun rupanya… cepat sungguh masa berlalu.. sudah membesar si kecik ini yek..

img

Gamba rini ketikaberusia 9 hari.. masa ni aku dh pulan g ke rumah.. my IR yang mandi kan dia.. aku tukang jirus jer..hehehe

Ingat lagi aku ketika ia di lahirkan.. kecil jer… comel jer. dan masih kemerah-merahan lagi..

Oh ya..anak aku di lahirkan secara pemedahan, sbb di asongsang dalam kandungan.. kiranya 25.02.2009 tu, aku dtg ke Hospital Kajang menyerah diri la..hehehe

img

Gambar ni pula ketika berusia 2 bulan 14 hari..

Masa nie dia dh celik dn mula lasak… comel jer bila di bedung..tp sekejap jer..pas tu meronta2 nak bebaskan tangan..hehehe

sebaik aku menyambung cuti lagi 30 hari kerana nak bersama lebih lama ngan Zulfadhli..hehehe

img

Gambar ni ketika berusia 11 bulan…

tgk..tgk..cepatkan dia membesar.. x sangka betul..

geram aku nengok gelagat nya.. dan alhamdulilah..sehingga sekarang.. masih lagi menyusu badan.. aku harap dapat teruskan penyusuan untuk anak aku nie..

img

Semoga anak aku akan membesar…membesar dan memebsesar serta menjadi anak yang dapat membantu ibu dan ayahnya ketika dewasa kelak.

Semoga menjadi anak yang berguna dan di sayangi oleh semua org…

Ibu sentiasa mendoakan yan gterbaik untuk anak2 ibu… semoga ceria dan sihat selalu serta di panjang kan usia wahai anak aku..

img

Selamat Hari Jadi Zulfadhli yang Pertama!

p/s : Oh ya..hari ni aku bercuti, sbb bawa Zulfadhli Check Up SETAHUN. Hadiah di hari jadi adalah SUNTIKAN SETAHUN…hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...