2010 March

Spoil my mood……..

On March 30, 2010, in Blog, It's Me!!, by Sumijelly

Tetiba mood aku jadi spoil

ada ker opis aku dh block satu2nya website yang selalu aku guna..

IMAGE SHACK dah kene BLOCK!!!!!!!

aku suker pakai tu..sbb aku x nak guna space kat hosting aku tu…

bila dah jadi mcm tu… aku nak uplod gambar pun susah la…

arggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tension…..tension…..tension…………

Nota kaki : ni yg semangat nak update blog jadi menurunnnnnnnnnnnnnnnnn……….huhuhu

Pameran Kasut Antarabangsa Malaysia 2010

On March 30, 2010, in Blog, Events, by Sumijelly

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan akan menganjurkan Pameran Kasut Antarabangsa Malaysia selama tiga hari mulai 2 April ini, bagi mempamerkan produk rekaan kasut terkini daripada pereka tempatan serta menjadi landasan bagi mereka mempamerkan bakat ke peringkat lebih tinggi.- (Berita Harian)

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan — Malaysia buat julung kali akan menganjurkan pesta kasut antarabangsa April ini yang pereka kasut terkemuka Datuk Jimmy Choo menjadi penasihat pesta. – (Bernama)

Pameran Kasut Antarabangsa Malaysia yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 April 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

img

Apa lagi…mari pergi ker Pameran Kasut Antarabangsa nie… banyak kasut rekaan yang terkenal di pamerkan.. Datuk Jimmy Choo pun ado kau… x moh jumpa ka??

Kasut yang dipamerkan seperti:

  • Vincci
  • Bonia
  • Sembonia
  • Carli Rino
  • Jukebox
  • Asadi
  • Dr. Cardin
  • Crocodile
  • Nose
  • Lewre
  • John Bird
  • Larrie

Antara acara yang menarik seperti :

  • Galeri Sejarah Kasut
  • Gallery membuat kasut
  • Sudut Kreatif Pereka Muda
  • Kasut yg di pamerkan
  • dan ada juga acara yang lain (tidak la dapat di nyatakan)

So…jgn lupa datang yek!

Nota kaki : Cam biasa…nak jumpa aku…hari Jumaat jerla yek..hahahaha

B untuk Bowling…

On March 29, 2010, in Blog, Events, It's Me!!, Kawan, Pejabat, by Sumijelly

Yer…mahu updatekisah yg terlalu lama terperuk dlm DRAFT…hahahaha..

Ingat x aku g main bowling anjuran opis aku… pergghhhhhhh………. asyik update FB jer.. patutla x menang aku..hahaha

Permainan ini untuk merebut PIALA yang dahulunya Bahagian aku yg menyimpan nya…

adakah Bahagian aku berjaya menawan kembali piala ini..??

img

Piala yang di idamkan oleh semua orang..eh ..silap Bahagian..

Sbb ini untuk JOHAN BAHAGIAN jer…. hehehe

img

Ini group dari Bahagian aku.. 3 org perempuan jer wakil.. yang lain sumer lelaki..

dan ini adalah kali pertama aku menyertainya…

nervesla pulak kan..lama x main ko..

img

ni dari geng lelaki lak..sebenarnya ramai..tp…

entah kemana la pulak jejaka2 ni menghilangkan diri..hehehe

img

Ini pula hadiah2 yang di nanti oleh semu peserta…

Tapi sumernya x dapat aku miliki..hahaha

nanti korang tgk la nilai mata yang aku kumpul..hancur ko…hahaha

img

perggghhh…….gaya aku membaling bola …sebaik x snap bila masuk longkang..hahaha

kalu tidak..kantoi aku…

tp seyes ko..lantai kat Wangsa walk tu licin la..

img

ini adalah mata2 yang aku kutip…

korang leh tgk nama aku di barisan no 3..yg guna nama HAILA

SU nya ilang..derang makan kot..hahaha

ni STAFF Bowling yg key in kan..bukan kami yg key in..

img

sambil2 main memacam karektor kartun yg keluar..

at least teruja cikit kalu dpt strike kan..??

tp aku x der dpt strike la..perghh..kecundang rasanya,…

keputusan nya..bahagian aku x menang…hahahaha

Nota kaki : seronok bila dpt main bersama rakan2 pejabat..sekali sekala release tension sikit kan?? hehehe

Anakku sudah membesar

On March 29, 2010, in Anak-anak, Baby, It's Me!!, Keluarga, by Sumijelly

Sudah lama aku x bercerita pasal si kenit nie kan?? agak2 baper lama yek???  hehehehe

Dah 1 tahun 2 bulan Zulfadhli umurnya…

Tak sangka aku..selepas jer genap 1 tahun, dia sudah pandai berjalan. tidak seperti abang2 nya..sumer genap 1 tahun 1 bulan…

img

25.02.2010 hari tu Zulfadhli dah genap 1 tahun..sebenarnya masa tu nak update pasal dia..tp malangnya x berkesempatan.

Ada jer kerja yang perlu aku selesaikan… maklum la… kat rumah bukan ada internet pun…hehehe

img

Sehari sebelum dia genap 1 tahun, aku suh ayahnya bawa dia ke kedia gunting rambut.

Nak botakkan rambutnya. Dahla rambut anak aku yg sorang ni susah nak tumbuh,…. org kata kalu botakakn cepat sikit tumbuh kan??

Betul ker mitos tu??

Jadi aku botakkan dia… susah tul nak menjaga dia semsa mencukur rambut tu..

img

Dari duduk sampai la kene berdiri si ayahnya menjaga nya…

Kejap2 resah gelisah…

dok pandang tukang gunting rambut tu dgn pandangan yang tajam…. hahahaha.. takut tukang gunting tu..

img

Pas tu…pada 25.02.2010 tu, aku g klinik bawa dia timbang dan cucuk untuk setahun.

Oh sudah meningkat 7.935 kg rupanya anak aku… alhamdulilah, sehingga sekarang masih lagi menyusu badan. Belum lagi campur dgn susu tepung…

img

Selepas timbang, kene suntik untuk setahun.

Sekejap jer nanges…kendian kembali lasak dan tidak duduk diam..

letih ko pegang…hehehehe

img

Selepas pulang dari klinik, rupa2 nya TASKA anak aku duduk tu buat hari jadi untuk yang lahir pada bulan Februari.

Jadi, dengan langkah kanan nya..apa lagi, masa tuk makan petang la.. kira selamat la ku hari tu x yah masak…hahahaha

img

Apa2 pun…anak aku sekarang makin kuat berjalan kehulur hilir..

sedang meregang ototnya supaya kuat dan sihat setiap hari… sampai naik tangga pun aku kene jaga2..

tgk la..siap posing depan pagar lagi..hehehe…

Nota kaki : seronok bila tgk anak membesar di depan mata, tp x sedar cepat sungguh masa berlalu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...