Redmummy di Harian Metro

On April 13, 2010, in Blog, Kawan, Media Hiburan, by Sumijelly

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

pix_middle

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London.

Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

pix_topright

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.

Baca selanjutnya di Harian Metro Website

———————————————————————————————————————–

Wah..bertuah sungguh kak Red.. masuk paper lagi.. rezeki datang melimpah luah …errkk..luah ker ruah yek?? tetiba mcam lupa lak…hehehe

Bila la blog sumijelly.com lak nak masuk dalam paper..hehehe….

Tp awas yek kengkawan, ada sebahagian FAKTA tidak betul yek.. Kak Red dah awal2 bagi tahu..

bak kata kak red di Twitter nya

Dear Frens, banyak fakta yang tak benar about RM in Harian Metro today kay,.so jangan korang caya bulat2 plak! menjawab aku ngan mak aku wei

Manakala ni dari Facebook nya

Terkesima jap aku baca story lam HMetro pagi2 nih…banyak rahsia terbongkar, ada satu 2 salah fakta, but overall it was a good write up, cuma aku ngah tafakur kejap, acik masih lagi dalam keadaan in shock wt the stories, macamlah first time, tp ni lain sket aa…

Jadi…lebih baik bertanya dari tuan punya badan dr membaca nya tanpa mengetahui kisah sebenar.

oh ya…nak gak catat tips2 dari kak Red perturunkan…

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

  1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
  2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
  3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
  4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
  5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
  6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
  7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

So..selamat berblogging sumer..termasuk untuk diri ku.. mesti wat motivasi nie…huhuhu

Nota kaki : Perghhhh…..susah gak jadi pemes..sumer org nak tahu pasal kita.. errk.pemes ker sumijelly nie?? hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Responses to “Redmummy di Harian Metro”

  1. Aus says:

    mummy jelly biler lagi ?? hahaha
    .-= Aus´s last blog ..Sesi Skodeng | Reaksi Wanita Bila Ternampak $$$ | Bacaan Lelaki Sahaja =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Aus,
    mummy kalu masuk paper…nanti kuar la citer Aus sekali…muahahaha
    ramai lak kang dtg meminang kang…hahaha

    [Reply]

  2. yatie says:

    hahaha.. mmg surat kabar suka tambah-tambah cerita.. dulu bila 2-3 kali pernah masuk paper dorang suka gak tambah citer…yang tak buat , dia kata buat, yang takde dia kata ada… mmg dah imun ngan surat kabar….tapi magazine ok. dorang betul-betul study

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @yatie,
    tu la..ada yg AUTA tu… tp susah gak..kalu kak Red tu nak betulkan..
    org akan percaya apa yg paper tulis dr tuan punya badan berbicara…

    apa2 pun..terpulang kepada pembaca…nak percaya @ tidak…

    [Reply]

  3. Khairi says:

    bukan luah, tapi ruah. kan?

    glemer btol kak red. pernah sembang ngn husband dia, husband dia lebih low profile dan suka merendah dia. husband dia mmg best.
    .-= Khairi´s last blog ..Desperado? =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Khairi,
    tu la konpius lak.. luah ker ruah?? hehehe

    glamer la kak red… suami nya pun glamer…peramah gak bila di tegur..
    ada gak yg cakap kak red sombong..pelik la..menilai org dgn sekali pandang jer..huhuhu

    [Reply]

  4. Captain says:

    RM10,000?! 4 juta?! fuhhh.. milestone yg sukar tuk kugapai nie.. respect.. respect.. tapi yg mne fakta yg mne outa?!

    ** dah masuk n/paper agi bertambah r visitors ngn money money money.. hahaha
    .-= Captain´s last blog ..Ada Apa Dengan Maya? =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Captain,
    susah woo nak dtp traffik yg bagus…
    nak kene maintain dn rajin berblog pun salah satu utama gak..
    perghh..sumi nak maintain 100 org pun payah tau…huhuhu

    [Reply]

  5. Mak Su says:

    saya teruja dengan berita ini… saya sekarang dok search merata2 nak baca tentang kejayaan dan rahsia kejayaan redmummy, kira macam idola ler :)

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Mak Su,
    hehehe…sumi dh lama bersama Redmummy..dr dia jugak la sumi belajar membuat blog..
    tp kalu tidak ada support dr suami rasanya sumer ini tidka berjaya…
    suami sumi amat susah nak kasi sumi g mana2 event sbb anak siapa nak jaga?? huhuh

    [Reply]

  6. sharinginfoz says:

    kak red memang dikenali ramai. memang berpengaruh sebab tu le syarikat2 nak beliau review product kan..

    Jusco Sale

    Cikgu Cakap Kita Senyap

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @sharinginfoz,
    tu la..dia punya review pun telus dn jujur… jadi kalu nak review sesuatu produk kene telus..so br org nak ambikkita..hehehe

    [Reply]

  7. unlisted_one says:

    red sumi pun popular jgk nih..hehe
    .-= unlisted_one´s last blog ..Hadiah ni untuk tips terbaik =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @unlisted_one,
    hehehe….mana lak dtg RED tu Nia oit…
    marah kak RED kang..hahahaha
    Ni sumijelly jer.. manis ada, masam tarak yek..hahahah

    [Reply]

  8. dbalkis says:

    dah baca di metro..huhu..so inspiring…me???tak tau le berapa taun baru boleh dapat cash nuffnang…hehe..
    .-= dbalkis´s last blog ..Ice Pack Pecah? Bocor? Apa guna ice pack ni? =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @dbalkis,
    hheehhe…usaha itu tangga kejayaan..
    sumi pun br 8 bulan blogging br dapat cash out dr nuffnang..skrg kene kumpul balik….huhuhu

    [Reply]

  9. ummiarissa10 says:

    ha apa lagi…tolong lah akak gak…nak jadi red green gak…buatlah cantik2 blog akak..dia punya lawa…akak nya hampeh…
    .-= ummiarissa10´s last blog ..Udang Masak Sos Cili =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @ummiarissa10,
    ishk..ishk…buat la sendiri..
    org tu dia buat sendiri tau..x de rpun suh adik beradik dia buatkan…
    kalu tidak..mcm mana nak maju….muahahahaha

    [Reply]

  10. [...] Nuffnang, Panduan | Yang Mencoret –> sumijelly Ok…ingat dok semalam kuar berita pasal REMUMMY masuk Harian Metro kerana menulis blog menjadi [...]

  11. anor says:

    wah wah wah
    idola ai neh sokmo masuk paper tau…makin meletopssss
    kak sumie, jom kita wat 10 entry sehari
    argh!! mau tak tido hahahaha

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @anor,
    hehehe…untungkan?? tp takut gak..sbb kemana2 g sumer org kenal… dh mcm artis la pulak..
    x tegur kang kata sombong..kalu di balas kang..kata mcm berlagak..susah kan?? huhuhu

    [Reply]

    anor Reply:

    @sumijelly, mulut org kita tak blh kawal kak…abaikan. janji kita happy ngan apa kita buat & buat apa yg kita mampu. kan kan?

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @anor,
    yup…..yup……kita wat mana yg termampu..x mampu duk dendiam.muahahaha

    [Reply]

  12. ummiarissa10 says:

    kalau bukan adik bradik nak tolong sapa lagi…kalau akak glamer cam redmumuy tu,kau pun tumpang nama….hu hu hu
    .-= ummiarissa10´s last blog ..Sauna lagi… =-.

    [Reply]

  13. lalala says:

    http://peejburhan.blogspot.com/2010/04/entry-khas-untuk-blogger-diva-yang.html

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @lalala,
    terima kasih kerana sudi menyinggah yek…..

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge