2010 April

Menemui sesuatu yg tersembunyi

On April 29, 2010, in Anak-anak, Blog, It's Me!!, Keluarga, Rumah, by Sumijelly

Hai semua…… semalam aku cuti… cuti kecemasan la kiranya..

sbb my IR pergi Johor, maka dia memerlukan kereta… so..aku terpaksa la mengalah untuk bercuti.. alang2 dah bercuti… acara mengemas rumah mesti wajib..

Lain la aku ada kereta..confirm aku dh memecut ke panggung wayang… hikhikhik… (lama x tgk wayang la)

Oh ya…semalam memang habis2 san aku mengemas dn membersihkan seluruh pelusuk rumah.. (ewah…mcm dh lama x mengemas umah kan? hehehe)

Ha…tau x apa yang aku jumpa…..

jeng…jeng..jeng………

.

.

.

.

.

.

.

.

.
img

Ghupannya.. TOTO aku dah dibasahi oleh air kencing anak aku…

Iskandar telah kencing atas TOTO tu… sebaik la tergerak hati nak g lipat..

sekali aku tgk basah..aku ingat air tumpah..ghupanya air kencing…ades.. x pepasal.. kene hantar g dobi..

aku bukan x nak basuh..masalahnya.. mesin basuh aku x muat untuk toto nie.. ni yg tebal punya… hehehe…

So,semalam…. aku dah settle mengemas…sekurang2 nya..weekend nie leh la rileks sikit.. sbb ada kenduri kawen la sabtu nie.. nyum…nyum… lama x makan nasi minyak..hehehe

Nota kaki : bila anak tido menyenget… cepat2 periksa.. sbb itu tandanya dia kencing dlm seluar..hehehehe

Anak saya bukan seorang penjenayah!!

On April 28, 2010, in Surat Khabar, by cik norfa

haip….anak aku bukan penjenayah yek! kechik lagi taw…mintak dijauhkan. ini sumber berita daripada utusan untuk korang baca boring-boring jerk. isu semasa sekarang ni la kes pasal budak 15 tahun kene tembak tu. tahu tak? tak tahu baca sendiri…

SHAH ALAM 27 April – Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.

Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.

“Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Norsiah berkata, dia mendapat tahu anaknya keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 di sini.

Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2.

Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.

“Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut.

“Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis… Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian,” katanya.

Untuk maklumat lanjut pasal berita ini sila layari utusan yek!

nota kaki : entry ini di updet oleh sekilass.com hak hak hak

Muahhhhhhhh……..terima kasih yek korang!

On April 27, 2010, in Blog, by Sumijelly

Yer..nak ucap terima kasih jer….

nak banjer, susah pulak..sbb sorang utara, sorang selatan, sorang timur dn sorang lagi barat……

maka susah nak ketemu sumer.maka kita ketemu aja di BLOG…hehehe

img

Adakah wajah anda ada di citu?? hehehe…….

terima kasih kerana sudi skodeng blog aku yg x berapa nak comel tp comel la jugak tuan dia kan??kan?? hahaha

Walaupun korang just baca2 gitu..terima kasih jugak aku ucapkan..

sila la dtg lagi..

Nota kaki : aku dh kering idea nak menulis ni balik…hahahaha..habis aku…….

Hari tu aku try nak PING blog aku kat Geng blogger……

Tetiba kuar PENGUMUMAN PENTING dari Gengblogger….

img

Ikut yg tertera

“Facebook akan menamatkan FAcebook Connet, oleh itu sila kemaskini email dan kata laluan”

Aku pun wat arahan tersebut dan ping macam biasa,……..

tp esok nya, aku masuk still connect thru Facebook gak… berfungsi ker tidak sebenarnya emel dan kata laluan tu??

Aku prefer kalu log in melalui emel dan kata laluan…sbb opis aku bukan boleh akses Facebook pun…

ok.. persoalan nya.. kenapa still lagi kene connect melalui Facebook lagi?? atau pun belum dikuatkuasakan?

Saya sokong akses melalui emel dan kata laluan. Anda pula bagaimana??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...