2010 May

World Milk Day 2010

On May 29, 2010, in Blog, Events, Orang awam, Others, by Sumijelly

Kemana anda hujung minggu ini?? tak tahu kemana??

apa kata esok 30.05.2010 pergi ke Pavillion KL

dl

Sertai World Milk Day bersama Book of  Record dan 250,000 susu PERCUMA

Ya… percuma ko.. bukan suh bayar…

Anak2 aku pun minum Dutch Lady..jadi harusla g sana…

dl

Oh ya..sambil minum susu apa kata sertai peraduan Dutch Lady jugak..

mana tahu leh menang Hadiah Utama RUMAH TERES….

Jadi..mari kita reramai serbu Pavillion….

Moh sumer!!!

Churp-churp ku sudah naik…

On May 28, 2010, in Blog, Nuffnang, Pendapat/Komen, by Sumijelly

Selamat Hari Wesak pada yang menyambut… apa yek nak citer petang2 Wesak nie…

Citer pasal DUIT best kan?? hehehehe

Masih ingat x lagi entry aku pasal Pendapatan Churp-churp tu??

Aku wat entry tu pada 15.04.2010 dan aku punya pendapatan masa tu baru RM13.24 sahaja…

churp

Jadi pada hari ini 28.05.2010 pendapatan Churp-churp aku naik ke RM22.04.

perghh……..naik sebanyak RM8.00 selepas 1 bulan 13 hari…

churp

eeem……….nampaknya naik juga yek hasil Tweet aku tu…

Terima kasih pada yg sudi klik link yg aku sebarkan melalui Twitter tu….

walaupun x banyak… tapi ada la jugak hasilnya…

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit….

Selamat Menyambut Hari Wesak 2010

On May 28, 2010, in Blog, by Sumijelly

wesak
(kredit to GOOGLE kerana menemui gambr ini)

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip “Precepts” sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha “Sutras”. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

  • Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu: Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  • Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  • Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.

Hari Wesak juga merupakan salah satu CUTI UMUM MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadualkan menghadiri majlis sambutan Hari Wesak pada 28 Mei ini di Kuil Buddha Maha Vihara di Brickfields di sini.

“Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka tiba di kuil itu pada jam 9.30 pagi,” kata Ketua Sami Besar Malaysia, K Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thera hari ini.

- Di petik dari Berita Harian 16.05.2010

Nota kaki : Pada pengganut Buddha… selamat menyambut hari Wesak. Dan pada yang lain, selamat berhujung minggu……

YOUTH’10 @ PWTC

On May 27, 2010, in Blog, Events, by Sumijelly

Oh ya ujung minggu ni di PWTC ada YOUTH 10. Dalam paper, surat kahabr, blog…sumer citer pasal YOUTHSAYS….

Aku baru pasan ghupanya Jumaat cuti, jadi x dpt la aku nak kesana kalu waktu cuti.. kalu time kerja senang sikit…

ys

Jadi marilah warga belia ke YOUTHSAYS… banyak aktiviti dan atris yg akan dtg… Sambil2 tu banyak pameran turut ada.

Tarikh : 28 – 30 May 2010
Tempat : PWTC
Masa : 10.00 pg – 10 mlm

ys

Datang lah memeriahkan acara ini… Dato Siti Nurhaliza pun dtg tau… dia akan muncul pada pukul 3:00pm to 4:10pm di Venue: PTWC, the Maybank Theatre in YOUTH’10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...