YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan kerjasama Pelita Hati Sdn Bhd sedang menganjurkan Pameran Lukisan ‘Kata Luhur’ karya Sasterawan Negara, Y.Bhg. Datuk (Dr.) A. Samad Said berdasarkan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 19 Jun – 31 Julai 2010
Tempat : Lobi Muzium Sejarah dan Ethnografi, Banda Hilir
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Bayaran masuk : Dewasa – RM 5.00,  Kanak – kanak – RM 2.00

kata luhur

‘Kata Luhur’ merupakan pameran solo ketiga A.Samad Said yang memaparkan kira – kira 64 buah lukisan (sebahagian lain telah terjual) daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah terjemahan pengalaman A.Samad Said dalam memperjuangkan dunia kesusasteraan.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi :

Nama Pegawai : Puan Nor Erniewati Nordin dari Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
No telefon : 06 – 2826526 / 06-2811289.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Responses to “Pameran Lukisan ‘Kata Luhur’ Karya Y.Bhg Datuk (Dr.) A. Samad Said”

  1. nuyin2u says:

    rasanya puisi / sajak dia ada gak yg bertajuk ‘kata luhur’ni kan. suka dengar..kat ikim
    .-= nuyin2u´s last blog ..Majlis Sambutan Hari Lahir OKU PDK Senawang =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @nuyin2u,
    yup…ada puisi dia tajuk tu..
    kali nie lukisan pulak…
    rezeki A.Samad makin melimpah luah..huhuhu

    [Reply]

    Ida Reply:

    @sumijelly, salam, sy nk tny, ade x koleksi gamba2 lukisan a samad said? sy tgh buat research ttg beliau utk assignment tp masih x lengkap sbb xde cth2 gmba lukisan. boleh x email kat sy klu ade?

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Ida,
    Maaf Ida…sumi x ada la…
    sumi hanya bg info pasal pameran dia jer…kalu lukisan dia sumi memang x ada…
    maaflah kerana tidak dapat membantu Ida buat research… mungkin boleh minta pada org lain..maaf yek…

    [Reply]

    Ida Reply:

    @sumijelly, oo..k, ape pon trima kasih sbb bg maklumat pasal pameran dia..sy org ipoh, jadi kalau nak g melaka tu agak payah sikit..

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Ida,
    ohw… x per… nanti cuba google lg dlm internet..mana tahu leh jumpa org yg wat entry pasal A.Samad Said nie… try yek..

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge