Fasha nafi kejar harta Jejai

On July 5, 2010, in Blog, by Sumijelly


Fasha nafi kejar harta Jejai

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
diana.azaham@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS

Fasha



SETELAH sekian lama ‘berlakon’ dengan dunia cintanya, akhirnya segala teka-teki hubungan pelakon yang tidak lekang dengan kontroversi, Fasha Sandha dengan duda aktres Nora Danish terjawab.

Ya, saya dan Rizal bercinta dan kami bahagia sekarang,” terang pelakon Anak Halal ini secara terbuka kepada media awal minggu lalu.

Selepas sering menafikan hubungan akrab dengan duda popular itu, Fasha akhirnya membuka mulut dan membuat pengakuan ‘berani mati’ yang dia dan Toh Muda Rizal Ashram Ramli menjadi pasangan kekasih secara rasmi sejak 17 Mei lalu.

Enggan berselindung lagi, Fasha berkongsi saat bahagia mereka ketika ditemui pada sidang akhbar dan pelancaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Productions Sdn. Bhd.

Cerita Fasha, dia dan Rizal mula menjadi pasangan kekasih selepas Rizal membuat kejutan dengan datang ke set penggambarannya di Pulau Lang Tengah, Terengganu menaiki helikopter.

“Saya terharu dengan kesungguhan dan keberanian Rizal menunjukkan cintanya dan saya rasa itulah masa terbaik untuk menerima cintanya.

“Ketika itu, kami sudah dua bulan tidak berjumpa dan saya tidak sangka dia bersungguh-sungguh ingin berjumpa dengan saya sampai datang dengan menaiki helikopter.

“Dia adalah kekasih saya yang kedua. Kami mula berkenalan tujuh tahun lalu, cuma baru-baru ini saling mengenali hati budi dan akhirnya saya menerima cintanya selepas peristiwa helikopter itu.

“Kami bahagia sekarang dan dalam pertemuan itu Rizal telah menghadiahkan sebentuk cincin tanda saya kini miliknya ketika di Pulau Lang Tengah,” terang Fasha sambil tersenyum manis.

Menurut Fasha, tiada orang lain pernah bersungguh-sungguh dengannya seperti Rizal lakukan kepadanya dan dia memang terharu dengan usaha Rizal itu.

Tambah Fasha, jika tidak kerana kedatangan Rizal yang mesra dipanggil Jejai menaiki helikopter, dia tetap akan menerima cintanya kerana telah mengenal hati budinya, cuma mungkin lambat sahaja.

“Usaha dia datang berjumpa dengan saya ketika itu membuatkan saya berasa sungguh istimewa,” tambah Fasha.

Pada 17 Mei lalu, Rizal dan rakan-rakannya membuat kejutan kepada pelakon filem Anak Halal itu dengan hadir menaiki helikopter peribadi sewaktu Fasha menjalani penggambaran drama bersiri, Duyong Aridinata di sana.

Helikopter peribadi milik Rizal yang merupakan ahli perniagaan berjaya itu mendarat berhampiran chalet yang didiami Fasha bersama krew drama.

Rizal kemudian menjamu selera makan tengah hari bersama Fasha dan krew-krew yang lain

Nota kaki : eemm…ni susulan selepas RIZAL enggan bincang hubungan dengan Fasha.. Aku rasa mungkin Jejai x sanggup nak mengaku Fasha tu kekasih dia kot?? huhuhu. Korang baca le arkib semalam di bawha nie..

—————————————————————————————————————————

ARKIB Utusan 3 Julai 2010

Rizal enggan bincang hubungan dengan Fasha

KUALA LUMPUR 2 Julai – Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, enggan mengulas lanjut hubungannya dengan Fasha Sandha, 26, selepas pelakon popular itu mendedahkan dia adalah kekasihnya pada suatu sidang akhbar di Ampang, Selangor kelmarin.

Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai belum bersedia mengeluarkan kenyataan mengenai hubungannya dengan aktres itu selepas dia memberi komennya kepada akhbar Kosmo! seperti yang disiarkan hari ini.

“Cukuplah dalam akhbar Kosmo! hari ini. Biarlah mereka (Kosmo!) sahaja yang menyiarkan kenyataan saya. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi (tentang hubungan dengan Fasha),” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ahli perniagaan itu juga enggan mengiakan atau menidakkan hubungan cintanya dengan pelakon filem Anak Halal itu kerana tidak mahu kisah peribadi mereka diketahui lebih lanjut oleh masyarakat.

“Macam yang saya cakap dalam Kosmo! hari ini bagilah saya privacy. Saya tidak mahu bercakap lagi tentang perkara itu. Cukup setakat ini sahaja. Sekarang saya mahu sambung bermain polo. Minta maaf. Saya harap anda faham,” ujarnya.

Kelmarin aktres itu membuat kejutan dengan mendedahkan hubungan cinta yang dijalinnya bersama anak bekas Menteri Besar Perak terbabit sejak Mei lalu selepas berkenalan hampir tujuh tahun lalu.

Malah, Fasha turut menayangkan cincin berlian di jari manisnya yang didakwanya pemberian Jejai yang merupakan duda kepada pelakon Nora Danish sebagai tanda hubungan intim mereka.

Nota kaki : Alahai… mcm mana kalu seorang jer berkata Ya lagi sorang tidak berkata2… ishk..ishk.. adakah Fasha itu saja memperbodohkan diri sendiri??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Responses to “Fasha nafi kejar harta Jejai”

  1. Khairi says:

    Gila meroyan kot hehe. tapi kalau betul tu takpa la kawin bahagia kendian buat anak diam2.
    .-= Khairi´s last blog ..Harap dapat manfaat =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @Khairi,
    aku rasa iyer la kot… kot x meroyan mesti nak sawan..muahahaha…….
    emm….jejai tu mcm x nak mengaku yg dia bercinta ngan Fasha jer..muahahaha

    [Reply]

  2. layan la korang dua…

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @maslinamansor,
    layanzzzzzzzzz……hahaha…dh ala2 melodi la pulak…….

    [Reply]

  3. cikhel says:

    pasah pasah
    .-= cikhel´s last blog ..Perlawanan Bola Sepak Antara Wakaka eh eh – Go Go Ale Ale =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @cikhel,
    pasah…pasah..pasah…. tmbg sendat la belakang Cik Hel..
    jadi pasah sendat…..keh3

    [Reply]

  4. lily lotus says:

    biasalah tu. kang dia kata..banyak hati yg perlu saya jaga

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @lily lotus,
    hik3…jawapan yang biasa di dengar…hehehe

    [Reply]

  5. matjoe says:

    ni mcm entry utk provoke sang anon brunei jer ni

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @matjoe,
    hahaha…eee…x de rkene mengena pun..
    memang dh skrg gossip artis adalah FASHA SANDHA dan JEJAI…
    pedulik apa aku ngan anon tu…muahaha…
    agak2 ko dia baca x?? hik3

    [Reply]

  6. meo188 says:

    fasha sandha… sy keciwa..
    .-= meo188´s last blog ..Rejected again- Pergi- kamu tak tau melukis- =-.

    [Reply]

    sumijelly Reply:

    @meo188,
    huhuhu…kenapa ko keciwa??
    ko mahu dia kah?? hehehhe

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge