
SHAH ALAM: Dua finalis rancangan realiti Astro Oasis, Imam Muda bertuah apabila Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menawarkan tajaan pendidikan sepenuhnya kepada mereka untuk menyambung pelajaran di situ.
Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, bukan saja ditawarkan biasiswa pendidikan, malah mereka boleh memilih bidang pengajian yang diminati pada peringkat sarjana.
Ia diumumkan Ketua Pengarah Yayasan Antarabangsa Al-Madinah, Bahrudin A Rahman di sini, semalam sempena kunjungan kedua-dua Imam Muda berkenaan ke kampus MEDIU, di sini.
Muhammad Asyraf ketika ditemui berkata, beliau berbesar hati selepas ditawarkan pengajian percuma di MEDIU dan berharap dapat memanfatkan sepenuhnya ilmu yang diperolehi.
“Saya gembira kerana sampai ke peringkat ini. Pengalaman sepanjang program akan dimanfaatkan sepenuhnya pada masa depan dan pertandingan ini adalah satu batu loncatan untuk merapatkan diri dengan masyarakat,” katanya.
Hizbur Rahman pula berkata, rancangan realiti berunsurkan keagamaan itu memberikan pengalaman baru yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
“Saya buat perkara yang tidak pernah dilakukan selama ini dan banyak perkara baru dipelajari. Pada peringkat awal pertandingan, saya selalu nasihatkan diri sendiri supaya berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.









tuh la. saya pon terkejut gak bila dapat tawaran sambung belajar kat Universiti Madinah. dah rezeki kan.
.-= aidi-safuan´s last blog ..Jom Mimic Dengan Munchys Muzic! =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
July 29th, 2010 at 08:52
@aidi-safuan,
oit.. bukan ko yek… tp finalist imam muda… perasan!! hahaha
[Reply]
aidi-safuan Reply:
July 30th, 2010 at 20:56
@sumijelly, la. saya la finalist imam muda. tuh guna nama samaran jer tuh
[Reply]
tak pernh tgk pun rncngn ni.
sbb x de astro.:)
.-= unwanted´s last blog ..Kecurian kayu di Rumah Sewa Aku =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
July 29th, 2010 at 09:04
@unwanted,
la …x der ker??
dlm internet mesti ada yg record dn upload dalam u tube…
tr search…
[Reply]
rezeki… rezeki, isk best tuh sambung belajar FREE
.-= Wan Anie´s last blog ..FREE Bag Keychain Yang Cute =-.
[Reply]
sumijelly Reply:
July 29th, 2010 at 09:18
@Wan Anie,
tu la kan… untung IM …dh la berbakat..dpt tajaan lagi…sejuk perut mak dia mengandungkan dia dulu..sbb menjadi org berguna kan?? huhuh
[Reply]
rezeki mereka berdua…
[Reply]