2010 August

Ayam Penyet AP @ Shah Alam

On August 31, 2010, in Blog, Makanan, Nuffnang, by Sumijelly

Alhamdulilah…merasa jugak aku makan di Ayam Penyet

Selama nie mendengar cerita dari kawan mengatakan Ayam Penyet best…… jadi, langkah kanan la aku sekeluarga kerana dapat merasa Ayam Penyet nie….

ayam penyet

Ayam penyet ni terletak di Shah Alam, Sekeyen 9. Sekarang nie dah banyak dah cawangan Ayam Penyet dah…

Korang search jer dalam Web site nya di Ayam Penyet AP… sumer lokasi terdapat di citu…

Mesti tertanya-tanya, kenapa di Shah Alam gak aku g…

Dah orang yang aturkan, aku datang aja…hehehehe..so tak leh la komen apa-apa kan… jauh ker dekat ker, janjji sedap…m 

ayam penyet

Aku sekeluarga datang…. kali nie aku bawa my IR dan anak-anak aku sekali…….

dan inilah juga pertama kali kami sekeluarga makan bersama di luar sepanjang berpuasa…….yerla sepanjang berpuasa nie, aku duk masak jer kat rumah kan…..

apa salahnya kali nie aku makan luar lak… sekurang-lurang nya, tak la pening pala memikirkan juadaha pa nak masak..

“Hari-hari siakap jer” bak kata Eyriqazz hehehehe……

ayam penyet

oh…ini pula air yang aku pesan..

tuk anak-anak aku pesan Milo ais, aku berdua air Manggo Juise Snow Shake..

emm…sedap sungguh air Manggo nya..terasa manggonya….

ayam penyet

Ni harga air nya…

murah-murah dan sedap….. RM 4.00 – RM 6.00 jer….

ayam penyet

Ya…. lauk pun sudah sampai…

yang aku pegang tu ayam goreng penyet…perghh….. marvelous ko…

Ranggup, sedap dan memang enak di makan begitu saja jer tau….

ayam penyet

ayam penyet

tapi dalam banyak-banyak menu tu…

Udang Penyet jer aku tak merasa…..waaaaa.geram aku…

memula ada atas meja..pas tu tetiba ilang…

huhuhuhu….nampaknya kene datang lagi sekali nie …nak merasa udang penyet dia…hehehehe (alasan nak datang lagi tu….)

Ni senarai harga menu…

sumer murah-murah belaka…. dan sedap ko…

lauk tu kalu kongsi 2 orang pun cukup….memang mengenyangkan…

ayam poenyet

Pergh…korang tengok aksi-aksi blogger tegar..

sebelum makan harus snap gambar dulu….hehehehe…. nak buat entry dalam blog nie…

ayam penyet

Ni yang aku sekelurga makan…

Si Danial ni kalu ada Udang…makanan lain dia tak makan… udang tu sumer dia jer yang makan..hehehehe

ayam penyet

Ewah…. sempat lagi snap untuk gaya makan terbaik!!! hahahaha

Ni khas gambar nie ku tujukan tuk Jejai…semoga kita dapat makan bersama-sama di lain hari yek..

Nanti kita ajak BN g makan Ayam Penyet lak..lepas raya yek..heheheh

Jangan la dikau keciwa yek Jejai…hehehe

ayam penyet

Seronok memasaing dapat layan Ayam Penyet…kebanyakkan ada yang pertama kali datang makan kat situ..

ada juga yang dah mencuba sebelum nie….

Sedap ko..datang la wei makan..memang BEST!!!!

ayam oenyet

Burrp……….alhamdulilah… kenyang giler la…

tinggal tulang jer…. memang marvelous la….  leh datang lagi..sambal dia pun tak sakit perut..

sebab sebelum nie Kak Red ada citer, dia pernah sakit perut kalu makan sambal ayam penyet..

tapi yang kat Shah Alam ni..ok aku rasa..tak tahu la kalu cawangan lain yek…

ayam penyet

Memang BEST…dan kami pasti datang lagi….

Best tau..datang la….cawangan Ayam Penyet jer dah banyak di buka….

ayam penyet.

Sebelum ku akhiri entry ini…

Terima kasih kepada En Amran kerana sudi melayan kami datang menjamu selera di sini…

Layanan pun amat memuaskan…. order air dapat cepat, order lauk dapat cepat…..

dan tak lupa juga blogger-blogger yang turut hadir… lain kali kita jumpa lagi….

Alamat Ayam Penyet AP di Shah Alam :

No 15, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/E,
Section 9, 40200 Shah Alam

Website: www.ayampenyet-ap.com

Nota kaki : perghh….tetiba teringat ayam penyet dia…ishk..sedap dungguh rasanya…hehehe

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke – 53

On August 31, 2010, in Blog, by Sumijelly

Malaysia

Wah… x sedar, rupanya hari nie kita dah Merdeka selama 53 tahun…
hari nie gak Malaysia di istiharkan CUTI UMUM di mana semua pejabat di tutup..
tapi selalunya pasaraya bukak, kang tutup kat mana lak nak berjalan2 lak..
dan nanti anak2 muda ni nak bersidai muker kat ner lak kan?

tapi bulan nie kan bulan poser…
eleh…bulan poser pun derang kan kesah pun..
janjji ada port nak lepak..
ish…aku nie..ada ker mengumpat di bulan mulia nie..
hahahaha……

kali nie sambutan di adakan ala kadar jer…
x semeriah tahun2 terdahulu..
mungkin jatuh pada bulan poser.. x der perbarisan la kot..
aku lak..duk umah jer, nak kuar mcm malas…
baik duk umah, kemas umah..
(kemas ker umah aku wei??) hehehe….

so pada semua aku ucapkan

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 tahun
dan selamat beristirehat bersama keluarga……

puspakom

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Puspakom Sdn. Bhd. menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan persendirian dan motosikal di semua cawangan Puspakom sempena musim perayaan ini.

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-Hicom ini bermula hari ini sehingga 9 September.

“Pemeriksaan menyeluruh yang akan dijalankan oleh kakitangan Puspakom yang bertauliah merangkumi pengesahan identiti kenderaan, pemeriksaan bahagian atas kenderaan, ujian pengeluaran asap (untuk enjin petrol), ujian brek, ujian suspensi, ujian gelincir sisi, ujian meter laju dan ujian bawah kenderaan,” kata Puspakom dalam kenyataan hari ini.

Puspakom berkata, pemeriksaan percuma itu merupakan antara komitmen Puspakom kepada pelanggannya dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan kenderaan mereka.

Puspakom juga akan menjalankan pemeriksaan identiti dan tayar terhadap motosikal yang hadir untuk pemeriksaan.

“Puspakom turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan menyertai kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di lokasi-lokasi tertentu,” kata kenyataan itu. – Bernama

Iftar bersama kelurga tersayang

On August 30, 2010, in Anak-anak, It's Me!!, Keluarga, Makanan, by Sumijelly

Hari Jumaat lepas, aku kan kene ber’cuti’ sebab TASKa anak aku tutup.. (tp last minute aku tahu, mereka bukak pula…grrrrr….)

Jadi aku ambik kesempatan suh kelurga aku datang berbuka kat rumah aku.

Kira selama hampir 15 hari berpuasa, baru berkesempatan nak berbuka bersama kelurga aku…huhuhuhu…

Macam la jauh nau Bangi – Pandan Indah kan?? tapi masa jer aku tak ada..hehehe

berbuka puasa

Aku tak kasi mak aku masak lauk. Sebab nak suruh dia datang makan jer... tp di sebabkan kakak aku dari lipis datang sekali, dia tingin nak makan Sup Ikan Merah, jadi mak aku pun masak la.

Aku pula masak Ayam masak lemak cili api, ikan siakap berlada, telur goreng dan sayur sahaja.

Dan ada yang di beli tapi sikit jer sebab tak mahu ada pembaziran berlaku.

Kebetulan sepupu aku, Ayu pun cuti jadi aku ajak la sekali makan bersama. Cian mak yong… tak yahla penat-penat nak masak… datang jer makan umah aku yek..hehehe

berbuka puasa

Makan kat bawah jerla yek..

Mana cukup nak makan kat atas meja tu… kusi aku jer ada 6..yang datang jer dekat 15 orang…hehehe

Perghh…. presentation pun tak chantik… ni kalu bukak bisnes kedai ni..confirm orang tak datang makan..hehehe….

berbuka puasa

Kakak aku dari lipis tu datang sempena Nuzul Al-Quran. Kan pahang cuti, ambik kesempatan bershopping sambil berbuka puasa ngan kelurga aku.

Nanti minggu depan dah tak sempat, sebab tahun nie masing-masing pakat raya umah mertua dulu termasuk aku la..

Kakak aku balik Kelantan, jadi pepaham la..sure kene balik awal kan?? hehehe

berbuka puasa

Aku tahun nie balik Melaka jer. Walaupun dekat, tapi kalu kene kesesakan lalu lintas yang amat panjang..perghh……boleh patah ko kaki tekan clash tu…hehehe

Selalu kami akan pulang sehari sebelum raya. Belah petang la kot. Tinggal la umah aku sunyi sepi… tapi kawasan umah aku dah ada pegawal keselamatan. Harap2 mereka dapat menjaga keselamatan kawasan rumah ni..

berbuka puasa

Selesai makan dan sembahyang maghrib, mak aku dah cabut dulu.

Sebab dia nak kejar terawikh kat umah. Jadi pulang awal cikit. kemudian masing-masing pun membawa diri untuk pulang.

Kakak aku terus balik umah mak aku la.. kecik-kecik pun umah mak aku, tu la tempat kakak aku duk tidur baring…

Jadi kesimpulan nya, bila berbuka beramai-ramai, memacam cerita yang keluar.. seronok tengok gelagat anak-anak buah aku.

Masing-masing dah besar. anak-anak buah auku yang tolong basuh pinggan mangkuk pas makan.

Ringan sikit kerja mak teh ko ni…hehehehe

Nota kaki : Alhamdulilah, bila masak sederhana, tiada pembaziran berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...