Maut dengan kesan tembakan
Maut dengan kesan tembakan
jenayah@utusan.com.my
![]() |
|
Jenazah mangsa kes tembak di susur keluar Sungai Buloh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, semalam.
|
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat sini hari ini.
Abdul Aziz adalah ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian itu.
Kedua-dua mayat mangsa ditemui di dalam kereta jenis Toyota Caldina yang terbabas di pembahagi lebuh raya berkenaan pada pukul 11 pagi.
Ketika kejadian, kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan dari pejabat Abdul Aziz di Petaling Jaya menuju ke Tanjung Karang untuk menghadiri mesyuarat.
Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver .38, dua butir peluru belum digunakan dan tiga kelongsong peluru dalam kereta berkenaan.
Senjata yang ditemui itu disahkan milik Abdul Aziz manakala kereta Toyota Caldina tersebut pula kepunyaan Siti Rohana namun dipandu oleh Abdul Aziz semasa kejadian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis pada mayat kedua-dua mangsa mendapati terdapat kesan tembakan di kepala mereka.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati tembakan tersebut dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan dinaiki mangsa.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia adalah satu kes bunuh dan bunuh diri.
“Laporan bedah siasat awal mendapati terdapat satu kesan peluru di kepala Abdul Aziz manakala dua kesan peluru dikesan di kepala Siti Rohana,” katanya dipetik dalam laman sosial Facebook di sini hari ini.
Khalid turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kes terbabit memandangkan beberapa saksi di tempat kejadian mengesahkan tidak melihat individu lain dalam kereta berkenaan.
Article by Sumijelly, has written 2044 articles for Sumijelly.com
Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.
If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.













mcm mana la boleh jadi mcm nie ek?
[Reply]
sumijelly Reply:
August 4th, 2010 at 12:46
@lynn hamzah,
tu la….. susah nak cakap gak..
masih dlm sisatan…hhuhuhu
[Reply]
ok, ini pendapat aku la cam ne kejadian ni boleh berlaku…ini adalah pendapat sahaja, jgn pikir aku buat thomahan pula.:)
agak sukar kalau hendak kata bunuh diri sebab kereta tu terbabas, kalau bunuh diri biasanya kereta akan parking dahulu dimana².
kemungkinan besar mereka bergaduh didalam kereta.
dan salah seorang telah menembak dikepala mangsa, dimana kemungkinan tinggi adalah orang yang menembak adalah yang disebelah pemandu. disebabkan itu kereta itu hilang kawalan dan terbabas.
apabila sudah jadi macam tu, dan takut dengan apa yang telah dilakukan, so bunuh diri juga dengan menembak kepala.
pendapat sahaja.:)
[Reply]
unwanted Reply:
August 4th, 2010 at 13:17
@unwanted,
owh, silap. kemungkinan pemandu yang menembak dahulu kerana ada 2 peluru di kepala mangsa perempuan dan satu peluru dikepala lelaki.
Mana mungkin untuk bunuh diri dengan 2 peluru dikepala.
n stuju dengan kemungkinan polis, kes bunuh dan bunuh diri..
[Reply]
sumijelly Reply:
August 4th, 2010 at 15:49
@unwanted,
tp memang itu yg org duk kata.. kemungkinan lelaki itu yg mulakan tembakan…hehehe
[Reply]
kita bersangka baek jerla..huhu
[Reply]
sumijelly Reply:
August 4th, 2010 at 15:57
@makdara TERdiva,
yup..baik bersangka baik kan?? kan??hehehe
[Reply]
yeah..mari jadi team csi untuk siasar
[Reply]
sumijelly Reply:
August 4th, 2010 at 16:21
@lily lotus,
huhhu,…peralatan kat Mesia x secanggih kat Miami, New York huhuhu
[Reply]