JAKARTA: Indonesia semalam menafikan ia menimbang untuk mengharamkan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry seperti langkah yang diambil Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.
Bagaimanapun, pada masa sama, ia tidak menolak kemungkinan mengharamkannya. Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring berkata, kerajaan sudah meminta pembuat telefon pintar berkenaan, Research in Motion (RIM) untuk membuka ‘pusat data’ di Indonesia tetapi setakat ini, belum ada rancangan untuk mengharamkan perkhidmatannya.
“Itu tidak benar. Tidak ada dasar seumpama itu,” katanya dalam mesej menerusi laman web Twitter sebagai mengulas laporan media.
Jurucakap kementerian, Gatot Dewa Broto sebelum ini memberitahu AFP: “Tidak benar kami merancang mengharamkan perkhidmatan BlackBerry di Indonesia.
“Kami hanya mengesyorkan mereka membuka pusat data supaya data itu tidak perlu disalurkan ke Kanada,” katanya.
Seorang pegawai badan pengawas telekomunikasi bagaimanapun berkata, pengharaman terhadap perkhidmatan itu adalah satu pilihan pada masa depan sekiranya RIM enggan membina pusat data di Jakarta, tindakan yang akan menjejaskan keselamatan perkhidmatan yang ditawarkannya kepada pelanggan.
“Kami perlu bertegas dengan RIM jika mereka enggan membuka pusat data itu di Indonesia,” kata pegawai itu, Heru Sutadi.
“Ada kemungkinan kami akan mengharamkan perkhidmatan BlackBerry pada masa depan. “Tetapi buat masa ini, belum ada keputusan dibuat mengenainya. Kami mengikuti perkembangan di negara lain dan sebenarnya, kami juga mempunyai kebimbangan serupa. UAE dan Arab Saudi mengambil langkah menyekat perkhidmatan BlackBerry dengan alasan keselamatan. – AFP
Di petik dari : Harian Metro 06.08.2010
Nota kaki : errk…jangna la kat Malaysia pun ada ura-ura nak di haramkan…huhuhuu (dah haram tak leh sentuh la kan?? dah sentuh kene samak tak?? hehehe)

pernah terima email jugak pasal isu datacenter blackberry ni, esp yg melibatkan rahsia..tapi since ku tak guna blackberry so buat tak kisah aje hehehe 😀
@etomyam,
huk3… jgn la… nanti nak beli blackberry gak..hehehe
sbb tgk ramai nau org pakai…nak gak maju..ewah..
tp rasanya angan2 jerla… sbb banyak lagi yg lebih penting..hehehe
kak sumi.. email phone number akak
@hamzah,
sudah ku smsm kan??
sila simpan untuk pembelian anak ikan nanti..hak3
kenapa di haramkan? baru saja nak beli huwaaa
@Liyana L,
huhuhu… tu la.. baru sumi ingat nak beli..
kita tunggu diharamkan dulu..mana tahu leh dapat harga murah..hik3..
sbb dah tak laku kan…