FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa.” – Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”
PENGERTIAN PUASA :
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB :
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT :
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa hari Arafah
- Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa bulan Syaaban
- Puasa Isnin dan Khamis
- Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH :
Puasa yang terus menerus sepanjang masa. Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM :
- Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
- Puasa pada hari raya pertama Haji
- Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
SYARAT WAJIB PUASA :
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH PUASA :
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Article by Sumijelly, has written 1948 articles for Sumijelly.com
Pemilik blog 'Sumijelly.com'. Untuk maklumat lanjut sila usha sini. Jangan lupa follow sumijelly di twitter.
If you liked this post, you will definitely enjoy others too. Subscribe to the feed via RSS to get instantly updated for those awesome posts soon to come.









ala, belum mumaiyiz. xyah puasa la kan?
[Reply]
sumijelly Reply:
August 12th, 2010 at 09:17
@aidi-safuan,
banyak la ko………
ko tu dah besau….sekeh nak tak??
[Reply]
aidi-safuan Reply:
August 13th, 2010 at 00:37
@sumijelly, ape yang besar?
[Reply]
boleh ajdi ustazah ni kak sumi..
[Reply]
selamat berpuasa, semoga amal ibadahnya diterima di Bulan Ramadhan ini
[Reply]
sumijelly Reply:
September 4th, 2010 at 13:17
@indonesia news,
Terima kasih,….selamat berpuasa jugak…
[Reply]